Bab 9

Drama Series 5143

Pada waktu rehat, Marina membawa Aufa ke kantin kolej. Semua kawannya dah menunggu di sana. Terdapat beberapa pelajar sedang meluncur papan luncur di tempat parkir kosong di sebelah kantin.

"Zaa, kau okey ker kat kolej?", tanya Farid sambil menyedut minumannya.

"Okey ... Marina dan Ryn tolong aku.", aku sengih.

" Baguslah macam tu.", ujar Tikah.

" Tapi kalau kau ingat balik, lagi best...", sampuk Syakir.

Kawan- kawan yang lain dah menjegilkan mata.

"Oppss, sorry..."

"Kau jangan ambil port sangat cakap si Syakir ni. "

"Tak apa. Aku mungkin tak sama macam dulu. Tapi kita boleh buat kenangan baru. Haa , apa yang kau orang nak buat?", Aufa menjungkit kening sebelah kirinya.

' Maaf sebab terpaksa menipu korang semua. Apabila Zahiyyah kembali, semuanya akan pulang ke asal.'

"Apa kita nak buat yer???", fikir Marina sambil jari di letakkan di dagu.

" Nantilah kita buat list", Emy menjawab.

"Kau tak nak makan? Takkan minum jer?", Farid menegur Zahiyyah.

"Aku kenyang lagi. Pagi tadi aku makan banyak.", Aufa menjawab.

Suasana kantin riuh dengan gelak ketawa mereka. Ada aje point untuk mereka berborak.

Selepas mereka keluar dari kantin, mereka berpisah. Maklumlah mereka semua berlainan course. Aufa bersama Marina dan Ryn terpaksa melalui kawasan parkir di sebelah kantin sebelum sampai ke fakulti mereka.

"Hey watch out...", jerit seseorang.

Kami menoleh, seorang peluncur lelaki telah hampir dengan mereka. Aufa menolak Marina ke tepi namun malang baginya apabila tubuhnya di rempuh. Aufa memejamkan mata.

' Aik, rasa melayang jer.', Aufa membuka mata.

Bulat mata kirinya memandang tepat lelaki di hadapannya. Kaki Aufa berada di atas kaki lelaki tersebut manakala pinggang Aufa berada di dalam lingkaran tangannya. Tangan Aufa terlekap pada dada lelaki itu. Tunak mata lelaki itu memandangnya. Sama-sama kaget. Papan luncur melanggar penahan jalan kaki menyebabkan mereka rebah ke atas rumput. Saat itu, rambut Aufa terkuak menampakkan parutnya. Lelaki itu hanya memandang dia dengan kelu.

"Zahiyyah, kau okey ker?", Ryn dah meluru mengangkat Zahiyyah.

'Zahiyyah?'

Lelaki itu masih memandangnya.

'Takkanlah. Berbeza sangat.'

Marina datang selepas itu. Aufa membetulkan rambutnya.

" Huh nasib baik tak ada apa-apa. Kau ni suka sangat bermain kat sini. Pergilah main kat tempat lagi luas.", Marina membebel.

"Hey Mar, aku okey.", Zahiyyah menegurnya.

"Hayyan selalu begitu. Kau bukan tak tahu dia ni. Musuh ke... Oppss.... Zaa. Sorry.... Kau tak ingat diakan?"

Aufa menggeleng.

Hayyan merenung Zahiyyah pelik. Memang dia ada dengar Zahiyyah accident.

"Kau kenapa?", tanya Hayyan memandang Zahiyyah.

" Tak ada apa."

"Ni...", tangan Hayyan menguak rambut Zahiyyah.

Aufa melarikan wajahnya. Tangannya pantas menarik Marina dan Ryn beredar dari situ. Hayyan masih kaku di situ.

Aufa menghela nafas mengah.

"Hey slow la Zaa...", mengah Marina. Ryn pun tercungap-cungap sama.

'Apa tak kena dengan kawan aku ni. Lari macam tengok hantu.'

Marina yang mengomel di dalam hati terus tersenyum apabila melihat wajah Zahiyyah yang merona merah.

'Haillah... Jangan cakap kau jatuh cinta sama 'lanun' tu'

Marina ketawa kecil. Ryn menjegilkan mata.

" Kau kenapa ? Macam kena sampuk aje...Isssh... Seram aku."

Aufa menjeling. Marina masih ketawa. Namun dia tidak menjawab pertanyaan Ryn.

'Tunggu dan lihat sajalah, Tom and Jerry ni.'

Marina menyengih

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience