Bab 11

Drama Series 5143

Hayyan membawa Zahiyyah ke Bukit Bintang. Itu pun kerana Akmal sudah menetapkan tempat di mana mereka boleh pergi. Di sebabkan Akmal dengan kereta, tersekat dalam kesesakan . Hayyan bernasib baik kerana membawa motor. Dia paling malas menghadapi kesesakan lalulintas. Paling beruntung dapat berlama-lama dengan Zahiyyah. Hayyan tersenyum. Sempat juga dia membawa Zahiyyah ke farmasi bagi membeli ubat untuk lebam.

"Nak pergi mana eh sini. Tengok kedai ni dulu la.."

Aufa masuk ke sebuah butik, Hayyan hanya menurut di belakangnya.
Dari satu rak ke satu rak, Aufa menelek. Tapi satu pun dia tak suka. Yang dia berkenan, harga pulak tak berkenan.

" Tak suka?.."

"Em "

"Jom kita tengok kedai lain", dia keluar dahulu.

Aufa menyusul.

"Auch... Buta ker??", tengking seseorang.

Aufa terkebil-kebil. Bahu kirinya juga terasa sakit. Perempuan di sebelah kirinya mencerlung marah.

"Sorry cik..."

"Huh.... Sayang.... Bahu I sakit la."

Aufa memandang ke arah belakang perempuan tu. Segak berdiri sambil merenung ke arahnya. Aufa hanya senyum.

"Saya minta maaf yer."

Aufa malas nak bergaduh sebenarnya. Pipi dia masih sakit. Walaupun tak nampak sebab Hayyan dah sapu alas bedak pada lebam.

"Wait. Wait... I rasa macam pernah tengok you.... OMG you... Zahiyyah... You nampak lain sangat dengan rambut pendek you ni...And that clothes... It's suit you....", cebik perempuan itu.

"Oh yeah.... You kenal I ker? Sebab I tak ingat pun you siapa?"

"You.... kan... Sayang...", rengek perempuan itu dengan kekasihnya.

"Tengok perempuan ni....", tangannya memaut lengan si lelaki.

Lelaki itu mendengus sambil melepaskan tangan si perempuan. Aufa jelik.

'Mengada-ngada.'

Aufa dah angkat kaki hendak pergi. Namun terasa pegangan di pergelangan tangannya. Kasar pegangannya. Aufa menoleh, terperanjat dia apabila lelaki itu yang memegangnya.

"Lepaslah. I dah minta maaf kan dengan awek you. Apahal???"

"Hariiz... ", perempuan tu dah menganga. Dia menghentakkan kaki.

'Oh Hariiz nama mamat segak ni.. Nice...'

"Ok encik Hariiz. Boleh tak you lepaskan tangan i?", pinta Aufa.

"No... but you must explain to me..."

"What???"

"Why you still wear this t-shirt?"

Aufa pelik. Apa yang tak kena dengan t-shirt ni. Dari pagi lagi, semua bertanya. Dia menilik.

'Tak yang pelik. Cuma terdapat perkataan ALWAYS YOUR'S. ', Aufa menggaru kepala.

Lelaki itu memandang hairan gelagat Aufa.

"Tak de yang pelik. Tak de koyak pun. "

"Ini....", tunjuk Hariiz ke arah perkataan di baju Aufa.

"Oh ini ker... Biasa la t-shirt mesti ada something like this."

"Macam mana you boleh lupa?", bulat mata Hariiz bila gadis di depannya selamba berkata tanpa sebarang perasaan.

Aufa menghalakan telunjuk ke arah dirinya sendiri. Seketika kemudian, dia tersentak.

' Jangan... jangan... Zahiyyah... Aduuhh... Haru biru aku hari ni'

Aufa menepuk dahinya.

"Macam ni la encik...encik Hariiz.. I tak ingat you, okey. So please let me go...."

"Kau pergi mana? Lambat betulll..Ak....", Hayyan terjengul di sebalik pintu. Tunak matanya memandang tangan seorang lelaki pada pergelangan tangan Aufa.

Panas dada Hayyan melihatnya. Dia segera merentap tangan Zahiyyah sambil menariknya keluar.

"Zahiy...," Hariiz memanggil. Kakinya turut menuruti langkah mereka.

"Hayyan... sekejap...", Aufa menarik pegangan Hayyan.

Hayyan merenungnya. Wajahnya cemberut. Aufa tergelak.

'Oh my.... Comelnya dia....'

" Okey....", Hayyan berpaling nak menjauh. Dia cemburu. Sebab dia kenal lelaki tu , ex Zahiyyah.

"Hayyan, stay with me...", pinta Aufa.

Kaki Hayyan terpaku, dia menoleh memandang Zahiyyah.

Aufa menghadap lelaki bernama Hariiz yang sudah berdiri dekat dengannya.

"Now, you cakap apa yang you nak cakap. I hear you."

"I'm still love you. And I know you still love me.if not , you not wear this t-shirt. It's a couple t-shirt belongs us."

Aufa ternganga.

'Patutlah...'

"Okey... Listen... You salah anggap ni... I pakai bukan sebab you.. I tak ingat you siapa"
Aufa sudah berfikir, kalau dia mengaku dia bukan Zahiyyah. Keselamatan Zahiyyah akan terancam. Mereka akan menjumpainya. Keadaan Zahiyyah juga amat teruk pada malam itu. Dia tak nak kehilangan satu-satunya ahli keluarga.

Hariiz mendengus.

" I know you still angry with me . But please dengar apa yang I nak explain...."

" Encik Hariiz....Betul I tak ingat you... 3 weeks ago, I had accident. And I don't know who am I. So listen, just forget the past."

Hariiz terkejut.

"You accident.... but why I don't know..."

Aufa menjungkit bahu.

"Manalah I tahu...."

Hariiz meraup muka. Dia memandang wajah yang selalu terpahat di hatinya. Zahiyyah yang berada di hadapannya sangat berbeza. Wajah kanannya di tutupi rambut membuatkan dia tertanya-tanya.

Hayyan memerhati sahaja. Walaupun hatinya bergolak hebat. Dia sanggup bertahan. Kalau terpaksa berebut pun, dia sanggup.

'Aku dah jatuh cinta. Aku takkan lepaskan dia kepada sesiapa.', matanya tunak memandang gadis di depannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience