"Ibu..."
Zaumar yang terlena terkejut lantas bingkas bangun tatkala mendengar jeritan adiknya. Segera dia menghampiri Zahiyyah yang masih meracau.
" Syuuu... syuuu... Adik tidur yer. Abang ada."
Tangannya menepuk perlahan bahu adiknya. Wajah adiknya yang kembali tenang di renung. Inilah satu rutin hariannya selama ni. Setiap malam mesti adiknya mengigau, dia yang selalu mendodoikan Zahiyyah. Sampai pintu bilik pun rela dia bukakan, risau jika Zahiyyah terbangun di tengah malam.
Mata Zahiyyah terbuka luas, nafasnya tercungap-cungap.
' Ya Allah'
"Kenapa? Adik mengigau yer. Tidurlah..", tangan Zaumar masih menepuk bahu Aufa.
Aufa menelan liur.
' Caring giler mamat ni. Bertuah Zahiyyah ada abang macam ni.'
Perutku berkeriut.
'Laparnya. '
"Adik lapar? Nak makan apa? "
"Errr.., apa yang ada?"
"Roti ada. Nak? Kalau tak nak, nanti abang carikan nasi."
"Roti pun dah ok"
Aku tak nak susahkan dia dah. Kesian pulak aku tengok. Aku bukan adik betul dia pun.
Zaumar yang telah mencapai roti menghampiri adiknya.
"Come abang suapkan"
"It's okay. Saya boleh makan sendiri.", ujar Aufa sambil menyuakan tangan kepadanya.
"Abang suap, okay. Titik. Noktah."
Tegas Zaumar seraya di cubit sedikit roti lalu menyuap adiknya. Hendak tak hendak ,Aufa terpaksa membuka mulut.
Akhirnya hbis jugak roti sebungkus.
'Kuat melantak...hahaha.'
Malu aku dengan Zaumar. Siap di beri minum lagi. Angkat tangan sikit pun dah membebel.
'Abang siapa la ni. hahaha'
Aufa gelak jahat dalam hati.
'Kalau hari-hari macam ni, kus semangat. Takut nanti jatuh hati lak...'
"Apa yang di sengih tu? Dah tidur sekarang."
Zaumar membetulkan gebar pada badan adiknya. Mata Aufa tunak pada wajah Zaumar.
'Alangkah baiknya jika abang Aizad masih hidup. Tentu dia akan jaga aku macam ni juga.'
Matanya bergenang.
"Hei kenapa ni?"
Tersentak dengan teguran Zaumar, Aufa senyum.
" Rindu abang.." Aufa berbisik.
Zaumar terkedu.
"Adik dah ingat abang?..."
Aufa hanya menggeleng. Zaumar senyum sambil mengucup dahi adiknya. Aufa terkedu. Sungguh dia rasa di sayangi.
" It's okay sayang. Nanti adik akan ingat balik. Abang tetap abang adik. And you.., still 5years old my little sister. Don't cry baby..."
Macam mana aku tak menangis. Pertama kali aku di layan begini. Mungkin sebab inilah Zahiyyah menjadi manja. Aufa yang keras pun boleh tersentuh. Zaumar menepuk-nepuk bahu adiknya sehingga lena.
Di luar bilik, Akmal hanya memerhati. Dia memang sudah biasa melihat Zaumar begitu. Kalau dekat pejabat, serius memanjang. Tapi bila berhadapan dengan adik kesayangannya, dia berubah 360 darjah. Sanggup batal meeting bila melibatkan Zahiyyah. Itu yang membuatkan Zaumar sukar bertahan lama dengan perempuan. Gilfriend mana sanggup menahan sabar apabila Zaumar memberi lebih perhatian kepada adik dari girlfriend. Aku pun tak sanggup. Akmal tersenyum.
*******
"Morning princess"
Kelibat doktor Shaifullah bersama dua orang jururawat menghampiri Aufa. Aufa yang sudah siap membersihkan diri hanya duduk di atas katil. Mujurlah Zaumar keluar mencari sarapan untuknya. Hanya Akmal berada di luar bilik. Tak sanggup Aufa apabila Zaumar ingin mandikan dia. Pening dia. Gila apa. Dia bukan sakit kaki atau tangan. Itu yang dia cakap nak makan nasi lemak. Nak suruh Zaumar tinggalkan dia sekejap. Sempat la dia mandi kerbau. Aufa tersengih.
"Rasa macam mana? Ada pening- pening?"
"Tak ada doktor."
"Hari ni saya nak buka balutan ni. Selalu lepas cuci, saya balut balik. Rasanya tak perlu lagi, luka dah sembuh."
Aufa senyap. Doktor Shaifullah merenungnya. Dah 2 minggu Aufa di hospital, luka makin sembuh.
"Are you okay? Don't worry about your scars. Nanti saya rujukkan awak pada pakar plastic surgery. Datuk Zahir akan tolong awak."
"Doktor, saya tak kisah kalau wajah saya cacat sekalipun. Saya takkan lupakan apa yang terjadi. Biarkan jer"
Doktor Shaifullah terkedu mendengar bicara gadis di depannya.
"Saya tahu doktor tahu siapa saya. Boleh saya tanya, di mana Zahiyyah yang sebenar?.."
"Yang itu, awak kena tanya Datuk Zahir sendiri. I'm sorry."
Aufa melepaskan nafas keras. Matanya memandang ke arah jururawat yang berdiri di sebelah doktor.
' Mereka juga mungkin sudah di larang berkata apa-apa. Senyap jer ni'
Aufa mengeluh.
"Come, saya nak buka bandage."
Aufa hanya memandang tangannya yang lincah membuka balutan pada wajahnya.
" Done"
Parut pada wajah itu di pandang, jaluran dari atas dahi sampai ke bawah menghampiri hujung telinga melepasi tengah matanya. Kening sudah terputus di tengah-tengah. Aufa bernasib baik kerana matanya tidak terjejas.
"Boleh saya tengok doktor?"
Doktor Shaifullah hanya mengangguk, sambil meminta cermin dengan jururawat. Dia sudah bersedia apabila terdapat kes sebegini. Memang sukar, namun sebagai doktor, dia harus menghadapi segala kemungkinan daripada pesakit. Tangannya menghulurkan cermin kepada Aufa. Aufa menyambut. Sambil menghela nafasnya, perlahan-lahan dia mengangkat cermin. Wajah yang terbias di cermin di renung.
'Boleh tahan panjang parut. Macam gengster la pulak aku ni.'
Aufa tersenyum.
Pintu terkuak dari luar.
"Adik...."
Senyap. Aufa memandang ke arah Zaumar, Akmal turut terjengul di pintu. Zaumar kaku melihat wajah adiknya. Aufa yang menyedarinya, terus menyisir rambut dengan jari, untuk menutupi parut. Rambutnya yang separas leher, cukup buatnya menutup sebelah muka . Sekali tengok dah macam artis kPop la pulak... Aishh...
Tangannya menggosok leher belakang. Doktor Shaifullah memandang Aufa.
'Comel'
"Encik Zaumar, Zahiyyah dah boleh discharge petang ni. Nanti saya sediakan discharge letter. Saya keluar dulu", ujar doktor Shaifullah selepas menulis laporan pesakit.
Zaumar tersentak.
"Thank you doctor."
"Welcome", dia segera berlalu bersama jururawatnya.
Akmal hanya mengangguk. Dia memandang gadis di depannya.
"Err abang. Mana nasi lemak tu?"
Aufa janggal. Zaumar mengangkat plastik yang di tangannya.
"Jom Akmal ,kita makan sekali"
Akmal mengangguk. Sesudah dia duduk di hadapan adiknya, dia merenung gadis itu.
"Zahiyyah okay."
"Okay"
"Adik abang seorang yang kuat"
Tangannya lincah membuka bungkusan nasi.
"Buka mulut", tangannya sudah menghalakan sudu ke mulut Aufa.
"Adik makan sendiri yek"
"Buka"
Nak tak nak ,Aufa buka juga. Sebelah tangan Zaumar menyelak rambut Aufa, melihat parut panjang yang terlekat di situ. Aufa hanya senyap sambil mengunyah. Akmal melihat sekilas, sungguh dia merasa bersalah. Melihat noda di wajah gadis itu, membuatkan dia tak keruan. Selera makannya mati tiba-tiba. Sudu yang dipegang, di letak perlahan. Aufa yang perasan akan Akmal, berasa serba salah. Mungkin Zahiyyah juga tidak menyalahkan lelaki itu. Selama 2 minggu dia mengenali orang-orang yang rapat dengan Zahiyyah,. Memberikan kesimpulan padanya, yang gadis bernama Zahiyyah, seorang yang amat bertimbang rasa dan lembut hati.
"Bukan salah abang Akmal"
Akmal mendongak.
Macam mana Aufa tahu nama Akmal, tentulah sebab semua panggil dia Akmal.
"Dah takdir saya begini"
Zaumar memandang adiknya. Sungguh dia sayang gadis itu.
"Cik Zahiyyah...", dia tidak tahu nak cakap apa.
"Hey makanlah,. Rugi tau, best ni.", Aufa merampas sudu di tangan Zaumar sambil tersengih.
" Nah, abang pun makanlah. Adik suapkan.", sudu yang di ceduk nasi di suakan ke mulut Zaumar. Aksi spontan. Zaumar hanya membuka mulut.
" Emm memang sedap. Makan la Akmal."
Waktu itu bagaikan tidak terasa oleh Aufa. Dia sungguh gembira. Akmal tersenyum melihat Zahiyyah yang tersenyum riang dengan Zaumar. Hatinya seakan bergetaran melihat Zahiyyah kebelakangan ini. Apakah perasaan ini??? 'Janganlah wahai hati...' Tangannya automatik terletak di dadanya...
Share this novel