Hayyan merenung Zahiyyah. Dia masih menunggu jawapan dari empunya badan.
Aufa buat-buat tidak tahu.
"Zaa..."
Aufa mengangkat tangan supaya Hayyan berhenti dari menyambung ayat.
Hayyan kelu.
"Sorry Hayyan... Aku baru kenal kau hari ni.... Boleh tak kita berkawan jer dulu...?", bicara Aufa sambil merenung Hayyan.
Hayyan kecewa. Namun dia masih tersenyum.
'Tak mengapa. Don't give up Hayyan...'
"Okey, kita kawan dulu. "
Aufa senyum sambil mengangguk.
'Maaf Hayyan.... Aku tak mampu membalas....'
Akmal menghampiri mereka. Aufa tersengih.
"Abang lambat la. Dah siap shopping dah....", Aufa menunjukkan ke arah beg plastik.
"La... Ye ke.. Kalau camtu, jom gerak balik... Dah nak magrib dah ni....", Akmal tersenyum.
Aufa mengangguk sambil matanya tertancap pada dua figura di belakang Akmal. Serius wajah mereka. Aufa ketawa kecil.
'Sado...'
Hayyan yang melihat telatah Zahiyyah, tersengih.
"Sudahlah ushar orang lain. Baik kau tengok aku...."
"Yelah.... Yelah...", jawab Aufa spontan.
Aufa terus menutup mulutnya dengan tapak tangan apabila menyedarinya.
Hayyan gelak kuat. Berbunga hatinya apabila mendengar jawapan Zahiyyah.
"Kau ni.... Tak apa, aku tunggu....", jarinya mencuit hidung Zahiyyah.
Aufa sudah merona merah lalu bingkas bangun.
"Jom abang, balik...."
Akmal memandang pelik tingkah Zahiyyah. Ada apa-apa ke.
"Jumpa esok...",ujar Hayyan.
"Okey....", Aufa menjawab tanpa menoleh.
Menonong Aufa berjalan mengekori Akmal dari belakang. Manakala dua lelaki yang datang bersama Akmal, berada di belakangnya.
'Dah macam artis la pulak aku ni. Ada bodyguard bagai...hehe', gelak Aufa dalam hati.
Akmal hanya menahan rasa. Dia sedar Zahiyyah sukakan Hayyan apabila melihat wajah merah Zahiyyah tadi.
******
Hayyan yang baru tiba di rumah, hanya tersenyum melihat wajah cemberut Hariiz. Dia terus melangkah menuju ke arah tangga.
"We need to talk...", Hariiz bersuara keras.
Langkah Hayyan terhenti di anak tangga kedua. Dia menoleh ke arah Hariiz.
"Tak perlu...", Hayyan meneruskan langkah yang terhenti.
"What do you mean , Hayyan??"
Hayyan tidak menoleh.
Hariiz bengang. Dia lantas menuruti Hayyan yang naik ke bilik.
Pintu bilik Hayyan di buka laju. Hayyan terlentang di atas katil.
"Apalagi Hariiz??", Hayyan duduk di birai katil menghadap Hariiz yang berdiri.
"Kau tahukan Zahiy hanya milik aku....", Hariiz menekankan perkataan milik aku.
"Woo...woo....", Hayyan bingkas bangun.
"She's not your's anymore. Kau dah lupa dah setahun kau orang putus. Please move on ...."
"Aku tak pernah lepaskan dia."
"It's just you... please la Hariiz, Zahiyyah is no longer with you. Please respect her..."
"No.... She's belongs to me. "
Hayyan gelak kuat.
"We will see..... Who's she will chooses?"
Hariiz melepaskan tumbukan mengenai pipi Hayyan. Di cekak leher baju Hayyan.
"Don't ever think to get her"
"Oh yeah.... but I think she's in love with me. And for your information, she's totally out of mind. She's lost her memory. So good luck if you want win her heart, again...."
Hayyan merentap tangan Hariiz dari mencekak bajunya. Hariiz terkesima. Patutlah Zahiyyah tidak beriak semasa bersua dengannya malah boleh berbalas kata. Kalau Zahiyyah ,dah mencanak lari. Belum sempat nak berbicara.
"Now... Get out. Aku nak solat. Jangan lupa tutup pintu!", Hayyan segera mencapai tuala dan menuju ke bilik air.
Hariiz segera keluar. Wajahnya masih tegang. Berserabut wajahnya di kala itu.
Hayyan membelek pipinya.
'Aduh lebam pipi aku. Sakit jugak. Camne la minah tu boleh tahan sakit pipi dia.'
Hayyan tersenyum apabila teringat peristiwa petang tadi. Hari ini adalah hari terbaiknya setelah sekian lama. Segera dia membersihkan diri.
*******
Zahiyyah membelek- belek pakaian yang dibeli bersama Hayyan. Bibirnya tidak berhenti tersenyum.
'Waaa malunya aku'
Wajahnya merona apabila terpandang benda alah di depannya. Macam-macam warna ada.
Haillah....
Ting.
Aufa melihat wasap yang masuk.
'Kau dh smpai umh - Hayyan'
'Dh... - Zahiyyah'
'Dh tgk mmmm (emoji senyum kenyit) - Hayyan'
Aufa sudah merona wajahnya.
'Pervert.....(emoji muka marah) - Zahiyyah'
'So cute.... Jgn lupa pakai...(emoji gelak) - Hayyan'
Aufa tidak membalas. Dia teringat semasa mereka menunggu Akmal, Hayyan merampas iPhonenya selepas dia menelefon Akmal. Siap masukkan no dia. Aufa menatap gambar Hayyan yang menjegilkan mata di biodata wasap. Aufa tersengih.
'Sweet giler mamat ni....'
Share this novel