Suasana di cafe agak sibuk. Ramai pelajar sedang menjamu selera. Aufa merenung mee goreng di hadapannya.
"Kau dah kenapa, Zaa?..." , Syakir bersuara.
"Aa ah... Makan jelah. Dah tadi suruh aku oderkan dulu. Aku oder la. Bukan ni favourite kau eh....", Ryn menyampuk.
Aufa sudah memandang mereka. Kepalanya di garu.
'Macam mana aku nak cakap yang aku tak makan mee. Mau muntah aku nanti... Huwaaa....'
Masing-masing sudah melihat Aufa yang terketar-ketar tangan memegang garpu. Aufa lambat-lambat mengangkat mee dengan garpu. Mulutnya hampir terbuka. Dia menahan gelojak perutnya yang loya.
"Hi guys... Sayang..., makan tak ajak pun....", satu suara mematikan tangannya dari memasukkan mee ke mulut.
Hayyan tersengih sambil menarik tangan Aufa menyuap mee ke mulutnya. Aufa tercengang. Hayyan dengan selamba menarik kerusi di belakang untuk duduk di sebelah kiri Zahiyyah. Kawan-kawan Zahiyyah dah ternganga melihat mereka berdua.
"Bila kau orang....", ujar Marina teruja.
"Stop... stop... Aku lapar ni.... Tanya lepas ni boleh.... Zaa sayang, nak lagi....", Hayyan mengenyit mata sambil mengangakan mulut.
Aufa hanya menurut.
'Fuh selamat aku... Thanks Hayyan....'
Licin Hayyan makan mee goreng Zahiyyah. Selesai sahaja, tangan Hayyan menyeluk beg sandangnya, mengeluarkan roti pizza yang di beli pagi tadi. Pantas dia mengoyak plastik sambil menyuap ke mulut Zahiyyah. Aufa kaget, namun mulutnya mengunyah juga. Sementelah perutnya memang kelaparan. Aufa tidak menghiraukan kawan-kawannya yang makin melopong.
' Biar betul dia orang ni....'
"Korang couple eh....", Marina meneka.
Hayyan hanya senyum. Aufa menggeleng.
"Dah tu....?", Hariq bertanya.
"Aku tunggu Zaa bagi green light dulu...", Hayyan mencebik.
Aufa menjeling mata ke atas.
"Korang tolong la pujuk kawan kau ni terima aku.....", pinta Hayyan seperti bergurau.
Masing-masing ketawa melihat tingkah Hayyan.
" Bukan dulu kau anti betul dengan Zaa. Asyik gaduh jer.... Ni apa kes ...?", Farid membidas.
Hayyan gelak. Aufa dah merah muka apabila di jadikan bahan kawan-kawannya.
'Biarlah aku seorang yang tahu.....'
"Zaa, nanti lepas kuliah, kau ikut aku eh....", Hayyan memandang Zahiyyah.
"Pergi mana...?"
"Ceehhh.. cehh.. Zaa.... Kau kan kalau suka, on je lah... ," Emy mencebik.
" Ha ah la.... Malu-malu kucing pulak.....", Lina mencelah.
Yang lain sudah gamat ketawa. Aufa cemberut , tidak tahu nak menjawab apa. Dia bingkas bangun.
"Aku pergi dulu....", mencanak dia pergi.
"Woi... mau lari ke mana tu....",Tikah memanggilnya.
"Hahaha....", mereka ketawa.
Hayyan pun dah bangun.
"Kau pun dah nak blah....", Syakir menegur.
"Sorry guys, nak kejar puteri aku jap.....", Hayyan menyengih.
"Boooo...... hahaha....", gamak cafe kedengaran dengan suara mereka.
Hayyan terus melangkah keluar mengejar Zahiyyah yang sudah jauh.
"Sayang... tunggu la...."
Aufa melajukan langkah. Namun terhenti tatkala pergelangan tangannya berada di genggaman Hayyan. Aufa berpaling melihat Hayyan. Hayyan memandang lembut wajah di depannya.
"Who you are.... I love you...."
"Hayyan....", Aufa serba salah.
"Aku jatuh cinta kerana diri kau....."
"Tapi..... I'm not what you thinking......"
"I know.... I know that you're not Zahiyyah...."
Aufa terkesima . Wajahnya pucat tak berdarah.
'Bagaimana.....?'
Hayyan merenung wajah di depannya.
"Nak tahu macam mana aku tahu....", Hayyan menjungkit keningnya.
Aufa sudah pucat mendengarnya.
"Apa yang kau merepek ni, Hayyan....?", Aufa cuba melepaskan tangannya.
Hayyan mengemaskan pegangan sambil menarik rapat Aufa. Tubuhnya begitu dekat, malah hembusan nafasnya menyentuh pipi Aufa. Tangan kanannya menyelak rambut yang menutup parut di muka Aufa.
" Ini.... tanda kau bukan Zahiyyah...."
Tangan kiri Aufa segera memegang dahinya berdekatan anak rambut. Dia tersentak.
'Tahi lalat...'
Zahiyyah tiada tahi lalat disitu. Aufa menekup mulutnya. Rahsianya terbongkar.
Hayyan hanya tersenyum melihat gelagat gadis di depannya. Memang betul tekaannya.
"Don't worry, aku takkan hebahkan.... dengan syarat...", Hayyan senyum simpul.
Aufa terbeliak dengan kata-kata Hayyan.
"Huh....", bengang serta merta Aufa apabila diberikan syarat.
"Apa dia...?"
"First, couple nak...."
"Tak nak....", Aufa pantas menjawab.
" No excuse....," Hayyan menggeleng kepala.
'Ni dah kenapa, tanya orang pastu tak nak terima kehendak orang pulak. Diktaktor betul.....', gerutu Aufa dalam hati.
"About you and Zahiyyah.... I will wait when you want telling me everything. But now, just tell me what's your name....?"
Aufa hanya senyap.
"Okey dear... I just call you ,honey.... Can't I....?"
Merona wajah Aufa tatkala jari Hayyan mencuit hidungnya.
"Give me a time, Hayyan....", keluh Aufa.
"Okey , honey....", Hayyan senyum senget.
Aufa yang melihatnya berdebar-debar. Jantungnya berdegup kencang.
'Asal nampak handsome sangat ni....'
Hayyan melepaskan tangannya.
"So now, you're my girlfriend. So, apa pun yang terjadi, kita akan bersama-sama."
'Tapi aku takut.... Takut kalau-kalau aku akan kehilangan kau seperti aku kehilangan ibuku.... ', ucapan itu hanya bergema di fikirannya.
'Apa yang perlu aku buat.....?'
Share this novel