Bab 34

Drama Series 5143

Aufa gembira tak terkira apabila Hayyan menghantar mesej menyuruhnya bersiap-siap di saat itu. Kalau di ikutkan perasaan letihnya bermain olahraga petang tadi, tentu saja dia sudah tidur. Namun dia tak ingin melepaskan peluang untuk bersama Hayyan.

******

Sebaik sahaja pintu dibuka. Hayyan sudah menunggu di depan pintu. Aufa tersenyum.

"Jom...", Hayyan bersuara sambil melihat Haniey sekilas lalu.

Aufa mengetap bibir. Geram dengan pandangan endah tak endah Hayyan padanya.

"Hayyan...."

Langkah mereka berdua terhenti. Aufa dan Hayyan menoleh serentak. Hati Aufa berdetak kuat apabila melihat gerangan yang berada di hadapannya. Hayyan hanya memandang sambil tersenyum.

"You buat kat sini Zaa...?"

Zahiyyah tersenyum.

"I cuti.... sekali sekala cuti dalam negara sendiri kan best...."

"Ye la tu... selalu fly gi Jerman, tak pun Korea... Banyak sangat ker cuti you tu....sampai 10 kali setahun..."

"Hehehe...", Zahiyyah menggosok belakang kepalanya.

Hayyan menggeleng kepala melihat telatah Zahiyyah.

"Mama papa pun ikut sekali. Hurm..., elok la you ada ni, boleh join we all. You pun dah lama tak jumpa mama dengan papa....."

Aufa terkejut mendengar bicara Zahiyyah.

Zahiyyah yang perasankan Aufa, menoleh sambil bertanya kepada Hayyan sambil tersengih.

"Siapa ni? Awek baru yer..."

"Ehem... ni secretary baru I, Haniey. Haniey, kenalkan Zahiyyah rakan sekolej saya...."

"Hai ,I Zahiyyah. Selamat berkenalan..."

"Selamat berkenalan, Haniey..."

Aufa berlagak biasa sehabis mungkin. Inilah pertama kali dia bersemuka dan bercakap dengan Zahiyyah. Jika sebelum ini mereka bertemu dengan hanya bertentangan mata sesaat cuma.

Tatkala tangan mereka bertaut. Masing-masing terkedu. Satu perasaan yang halus menjalar di sanubari mereka. Aufa cepat-cepat menarik tangannya. Zahiyyah masih lagi kaget di situ.

"Zaa, you okey...?", Hayyan menegur Zahiyyah yang seakan terpaku.

"Owhhh.... I'm okay...", Zahiyyah yang terkejut, menoleh.

'Apa perasaan ini? ', Zahiyyah merenung wajah Haniey yang menunduk.

"Mana bodyguard you tu?"

"Akmal dah turun... I suruh dia tunggu kat bawah... Lagipun sekejap lagi abang Zaumar juga akan sampai..."

Aufa tersentak, bayangan wajah Zaumar yang sangat prihatin dan penuh kasih sayang, berlegar di dalam mindanya.

'Abang...'

Rindunya bertaut. Walaupun sekejap cuma dia di manjakan oleh Zaumar, dia sudah menganggap Zaumar seperti abangnya sendiri.

"Haniey...awak turun dulu...", Hayyan perasan akan perubahan Haniey yang tenggelam dalam lamunan.

Aufa tersentak.

"Ya Tuan... maafkan saya, sebab tak dengar Tuan cakap apa tadi..."

Zahiyyah dengan sengaja memaut lengan Hayyan sambil menjeling Haniey. Zahiyyah tersenyum sinis apabila melihat wajah Haniey yang merah padam.

"It's okay. Awak turun dulu. Nanti saya turun dengan Zahiyyah... Saya dah tempah table..awak tanya jer pengurusan okey..."

Hayyan tidak berkata apa-apa dengan kelakuan Zahiyyah. Matanya menjeling melihat Haniey yang mengetap bibir.

"Baik Tuan Hayyan....", Aufa menekan sedikit suaranya.

Aufa mengangguk walaupun dalam dadanya sudah mendidih menahan cemburu apabila melihat Zahiyyah memaut lengan Hayyan dengan erat. Namun dia tetap melangkah memasuki lif untuk turun ke bawah.

"She's likes you Hayyan...", ujar Zahiyyah sambil melepaskan pautan.

Hayyan memandang Zahiyyah.

"Macam mana you tahu..?"

"Pandangannya..., "

"You know I love your sister...."

"Yup... but I think you fall in love with Haniey too...", tebak Zahiyyah.

"Ia berbeza... maybe sebab cara pandangannya seperti Aufa...."

"Oh ye ker, Hayyan... i don't think so... ", Zahiyyah geram , hatinya sedikit sakit.

"Dah la Zaa, just stop talking about it...."

"Okey.... but i know , my sis can't let you go with another woman....", ujar Zahiyyah keras sambil berjalan ke lif.

Hayyan tersenyum sambil membuntuti Zahiyyah.

' Of course...Aufa, kau seorang yang mencuri hatiku... Haniey hanyalah sisi bayangan dirimu yang aku rindui selama ini... cintaku tiada dua...'

Hayyan memandang Zahiyyah.

'Thanks Zahiyyah....'

Dalam tidak sedar, Zahiyyah telah mengungkai kekeliruan Hayyan antara Aufa dan Haniey. Walaupun adakalanya hatinya tertarik dengan Haniey. Namun masih bayangan Aufa tetap di sanubarinya. Dia perlu menetapkan batasannya dengan Haniey.

**********

Aufa yang sedikit bengang .Dia tidak menuju ke restoran. Kakinya melangkah ke arah pantai. Dari jauh, terdapat beberapa keluarga dari rombongannya sedang bersukaria. Ada yang melambai ke arahnya supaya bersama. Aufa menolak dengan menunjukkan tangannya.

Kakinya menelusuri jalan pantai. Suasana cerah dengan cahaya bulan. Aufa duduk menghadap dada pantai. Tangannya menguis-nguis pasir yang lembut.

'Aku tak sepatutnya jelous dengan Zahiyyah.. aku kena selesaikan misi dengan cepat... Hayyan...., dekat denganmu membuatkan aku penasaran.'

Matanya merenung kilauan cahaya bulan di atas lautan.

"Hai ....sorang jer ker?", tegur seseorang.

Aufa menoleh. Mulutnya ternganga melihat gerangan yang menegurnya.

"Abang...."

"Hah...abang....awak kenal saya ker...?", wajah itu berkerut.

Aufa menggeleng kepala. Silapnya kerana berkata tanpa berfikir dahulu.

"Wajah awak seiras dengan abang saya....", dalih Aufa.

Zaumar mengerutkan dahi. Suaranya agak mirip dengan Zahiyyah dan Aufa. Namun wajahnya berbeza.

"Oh.. awak buat apa kat tempat yang jauh dari orang ni..."

"Cari ketenangan...abang? Ops...sorry...", Aufa menekup mulut.

"It's okay.... panggil jer la abang...", Zaumar tersenyum.

Mata Aufa bersinar apabila mendengar jawapan Zaumar.

"Abang...?"

"Zaumar..."

"Haniey...", Aufa tersengih.

Zaumar merenung wajah Haniey yang tersengih, seperti Aufa. Zaumar tersenyum senang.

"Diq honey.... Abang panggil Diq Honey...,boleh...?"

"Em...boleh", Aufa mengangguk.

Zaumar menggosok kepala Haniey. Bayangan Aufa kembali menjengah. Sungguh dia juga rindu pada Aufa. Walaupun Zahiyyah di depan mata, namun perangai mereka memang berbeza. Melihat gelagat Haniey di depannya seolah-olah bayangan Aufa kembali. Dia tenang dengan keletah Haniey.

"Jom....ikut abang...", Zaumar menarik tangan Haniey spontan.

"Pergi mana, abang...?", Aufa bangun menuruti Zaumar.

"Makan.... Abang dah lapar...Diq Honey teman abang makan ,boleh...?"

"Boleh, adik pun dah lapar..."

Aufa bahagia, hilang sekejap sakit hatinya pada Hayyan. Dia tertawa riang mendengar celoteh Zaumar.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience