"Zahiy... I don't believe that you forget me. You just kidding, right?"
Hariiz masih tidak percaya jika Zahiyyah sudah melupakannya. Mereka sudah kenal 7tahun. Takkanlah baru berpisah setahun, dia sudah lupa. Hariiz sendiri tidak tahu kenapa dia di tinggalkan Zahiyyah.
Hayyan setia berdiri di sisi Zahiyyah. Dia juga sedang mencerna perwatakan Zahiyyah sekarang. Seolah-olah orang yang berbeza.
" Suka hati encik la nak percaya ke tidak... Jom Hayyan..." , Aufa menarik tangan Hayyan pergi.
Hayyan tersenyum senget ke arah Hariiz. Hariiz mengetap bibirnya menahan marah.
'Tak guna punya Hayyan. Kau memang sengaja nak menyakitkan hati aku.'
*****
"Hayyan ,kita pergi Petaling Street jer la ", saran Aufa.
Hayyan terlongo.
"Kau tak kisah ker? Selalu kau jaga standard. Tak main celup-celup ni....", sindir Hayyan.
"Ye ker?", Aufa menggaru kepala.
"Banyak kutu eh...", bidas Hayyan sambil gelak.
Aufa mencerlung. Tangannya di kepal.
"Aduh....", Hayyan menggosok bahunya.
"Ha kan dah kena. Aku serious, dia main-main pulak..."
Hayyan tersengih, sisi baru Zahiyyah membuatkan dia jadi gila bayang. Tak bergedik, tak de control cun. Memang rare la....
Aufa menelefon Akmal memberitahu yang mereka akan ke Petaling Street. Sudah terbayang di matanya, barang-barang murah di sana.
*****
Rambang mata aku di gerai-gerai di Petaling Street. Murah-murah beb. Kalau kena gaya, dapat kurang lagi.
Hayyan hanya mengikut aku yang sudah kelabu mata. Beberapa jeans dan t-shirt telah ku ambil.
'Alamak... Aku mana cash...', terhenti tangannya yang masih lagi memilih.
Hayyan perasan akan Zahiyyah yang monyok tiba-tiba.
"Dah kenapa pulak? Pergilah bayar..."
Aufa memandang wajah Hayyan sayu.
"Aku tak de cash. Abang Akmal pun tak sampai lagi...."
Hayyan benggang bila mulut gadis di depannya menyebut nama Akmal.
" Aku yang di depan , tak nak tanya pulak... Haishhh bikin aku panas jer..... Sib baik comel...'
"Bak sini...", Hayyan dah mengambil pakaian-pakaian di tangan Zahiyyah sambil menghulurkan ke arah penjual.
Beberapa not seratus di keluarkan. Beg plastik yang di hulurkan terus di beri kepada Zahiyyah.
Aufa terkedu. Namun tangannya menyambut beg plastik dari Hayyan.
"Err nanti aku bayar balik...", ujar Aufa.
"Tak payah. Aku belanja. Tapi jadi girlfriend aku lah....", Hayyan mengenyitkan mata seraya berlalu.
" Hah....", Aufa ternganga.
'Biar betul mamat ni ....'
"Hey.... kau gurau je kan?"
Aufa mengejar Hayyan yang sudah masuk di celah-celah orang ramai. Dalam mencari-cari kelibat Hayyan, satu figura yang pernah dia nampak di hospital tempoh hari sedang berdiri tidak jauh darinya. Mata mereka bertembung. Lelaki itu cepat-cepat beredar. Aufa mengekori.
"Hey... Tunggu..."
Lelaki itu terus melarikan diri. Aufa segera mengejar.
"Maaf...maaf...", apabila terlanggar orang-orang yang berada di situ.
Di hujung selekoh, Aufa sudah kehilangan jejak.
"Shit..."
Tiba-tiba tangannya di pegang. Aufa menoleh, melihat Hayyan membuatkan dia lega.
"Kau ke mana? Siapa yang kau kejar?", soal Hayyan.
Hayyan sudah melihat Zahiyyah tadi. Namun Zahiyyah tidak perasankannya. Sehinggalah dia melihat gadis itu mengejar seorang lelaki. Hayyan turut mengejar gadis itu dari belakang.
' Laju betul minah ni lari...'
Aufa hanya tersengih. Dia tidak tahu bagaimana hendak memberi alasan.
"Tak de siapa. Aku ingat kau tadi. Rupanya orang lain.", Aufa buat-buat gelak.
"Iyalah tu. Ni nak pergi mana pulak..?"
"Pasaraya UO kejap... Tapi... kau kena tunggu bawah...."
"Lah kenapa pulak..", Hayyan pelik.
Mereka berjalan berpapasan menuju ke pasaraya yang berada tidal jauh di situ.
"Dah aku suruh tunggu. Tunggu jer la.", Aufa melangkah ke escalator tanpa memandang ke arah Hayyan.
*****
Wajah Aufa sudah memerah melihat Hayyan di sisinya. Sejak bila dia di sini. Bra di tangannya di sorokkan pada belakangnya.
"Kan dah cakap, tak payah ikut... Kau ni kan...", wajahku cemberut.
Hayyan gelak kecil apabila melihat wajah Zahiyyah yang memerah.
" Tak perlu la sorok. Meh aku pilihkan...."
Selamba badak Hayyan mengambil bra di tangan Aufa.
"Wow this size yer...tapi warna tak cantik... warna maroon ni cantik... suit dengan kau...."
"Hayyan...."
Aufa dah menekup muka menahan malu. Sudah la jurujual yang berada di situ juga sudah tersipu-sipu dengan ungkapan di Hayyan. Aufa terus berlalu.
Hayyan ketawa.
"I nak yang ni okey..." , Hayyan menghulurkan beberapa bra yang berlainan warna kepada penjual.
"Encik bayar dekat kaunter depan yer...."
Hayyan mengikut langkah penjual ke kaunter bayaran.
Aufa menunggu Hayyan di bawah. Tangannya masih lagi melekat di pipi. Masih lagi merona merah.
"Nah...", Hayyan menghulurkan kepada Zahiyyah.
Aufa masih menunduk. Hayyan menunduk mengintai wajah gadis di depannya.
"Tak payah la nak malu-malu dengan aku...."
"Pervert...."
Hayyan gelak. Selepas seketika dia senyap. Aufa yang menyedarinya, menoleh.
Hayyan sedang merenungnya. Aufa terkedu apabila tubuh mereka yang begitu rapat.
"Be my girlfriend?"
"Hah....", Aufa terkejut.
"Please...tolong terima.... Aku nak kau jadi awek aku."
' Gila la kau Hayyan, depan supermarket kot.'
Aufa sudah memandang beberapa di situ sudah memandang mereka.
'Ahh malunya aku.'
"Errr kita cakap tempat lainlah..."
"Okey. Tapi aku nak jawapan positif dari kau"
Hayyan menarik tangan Zahiyyah pergi dari situ.
Share this novel