Dalam perjalanan pulang, Zaumar masih membebel. Aufa tidak ambil pusing, hatinya tenang jer. Best ada abang macam ni. Rasanya dia sudah jatuh sayang. Sebagai abang.
Sejak Aizad meninggal, dia sudah tidak mendengar sebarang leteran. Ibunya lebih banyak diam. Arwah ayahnya pernah beritahu bahawa ibu pernah mengalami kemurungan yang teruk semasa mengandungkan dia. Selepas dia lahir, ibu masih murung namun masih terkawal.
"Adik... Adik..."
Zaumar menepuk lembut adiknya yang nampak mengelamun.
"Ya abang...", Aufa berpaling ke arah Zaumar.
" Dah sampai ,sayang. Welcome home my sweet baby..."
Zaumar sudah pun melangkah keluar dari kereta. Tangannya sudah di hulur ke arah adiknya. Aufa hanya menyambut.
Aufa memandang banglo 2 tingkat di hadapannya.
'Besarnya.'
"Jom...", tangannya ditarik menuju ke pintu masuk.
Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk.
"Surprise....", jerit semua orang.
"Welcome home...."
Aufa tercengang. Ramainya. Rakan-rakan sekolej Zahiyyah mengerumuninya. Ada yang pernah menjenguknya di hospital, ada yang tak pernah dia tengok. Semuanya tersenyum mesra. Tak lama, mereka semua memberikan ruang kepada seseorang. Kelibat seorang lelaki dari belakang mereka, muncul di depannya. Dia tersenyum kacak.
Kacak ker?
"Sayang...", tangan Aufa telah berada dalam genggamannya.
' Ah sudah. Ni siapa pulak?'
Aufa makin cuak. Mata-mata yang memandang tersenyum , ada yang mengenggam tangan, Ada yang wajah terharu.
'Apahal?'
"I'm sorry.... sebab tak sempat melawat you kat hospital."
Zaumar merapati Aufa sambil menunduk berbisik.
"He is your boyfriend, Akram"
Mata Aufa terbuntang. Lekas-lekas tangannya di tarik. Wajah di depannya sedikit terkejut.
"Ehem semua. Saya minta maaf sebab Zahiyyah masih lagi sakit. Dia tak kenal semua orang. Jadi saya nak,... kalau boleh bantulah Zahiyyah sebaik-baiknya. Especially you, Adham Akram."
Datuk Zahir menjelaskan keadaan. Akram memandang tidak percaya. Dia kembali menatap Zahiyyah di depannya.
"You memang tak kenal I?"
Aufa mengangguk.
"Tak kenal"
Masing-masing sudah melopong.
"Lusa, Zahiyyah akan ke kolej. Boleh tolong jaga anak saya."
"Boleh uncle"
Aufa sudah dikelilingi oleh sahabat baiknya. Siapa lagi kalau bukan mereka yang sentiasa melawatnya di hospital.
Dengan mereka ,dia sudah tidak kekok lagi. Malah Aufa juga sudah biasa bergelak ketawa tatkala mendengar lawak sengal mereka. Dalam kegembiraannya, di satu sudut terdapat sekeping hati yang terluka.
' Bagaimana dia boleh melupakan aku'
Bahunya di tepuk seseorang.
" Don't be sad Akram. You boleh jer tackle dia balik. Lagipun family kita pun dah kenal lama. You sendiri yang cakap, nak engaged after Zahiyyah convo. Take your time dude."
Akram tersenyum. Memang dari kecil lagi mereka dah saling mengenali. Datuk Fawaid, ayahnya bersahabat baik dengan Datuk Zahir.
"I'll do the best"
Akram mengorak langkah ke arah Zahiyyah.
"You..."
Aufa menoleh.
"We need to talk"
Tangannya menarik tangan Aufa keluar ke halaman, menuju ke kolam ikan kap di kanan banglo.
'Huh... apasal tangan aku jer asyik kena tarik. Pening aku. Macam mana ni, Datuk Zahir pun asyik mengelak jer bila aku nak soal dia. Penat weh jadi orang lain.'
Akram memegang kedua-dua bahu Aufa. Aufa merenung tajam.
" Married me?"
"Gila. Aku kenal pun tak. Tiba-tiba ajak aku khawin."
Akram menghela nafas.
" Okey. Okey. Just engaged, kita kenal-kenal then married"
"Huh...saya tak nak."
"I love you Zahiyyah"
"I Don't...so please stay away."
"No , you're mine."
Aufa dah bengang.
' Apa ker bahlol ,paksa -paksa orang'
Aufa mengeluh. Dia tak nak. Tiba-tiba tangannya yang sudah tersentuh muka semasa meraup wajahnya. Dia diam seketika.
" You akan menyesal kalau khawin dengan I."
"No. I don't." ,Akram menjawab dengan yakin.
"It's true. I'm not perfect again. I have a scars."
"It's okay dear"
Aufa menyelak perlahan rambutnya. terserlah parut panjang di wajah kanannya. Akram tergamam. Kelu tak terkata. Aufa membetulkan kembali rambutnya.
"Think about it"
Aufa melangkah pergi meninggalkan Akram yang terduduk pada bangku. Lelaki perfect macam Akram tak mungkin menerima kecacatan sebegitu.
*******
Malam itu Aufa tidur di bilik Zahiyyah. Qadriyyah menemaninya. Aufa terjaga. Pintu biliknya ternganga.
' Biar betul, tidur tak tutup pintu'
Aufa bangun perlahan supaya tidak mengganggu tidur mama Zahiyyah. Dia berteleku di pinggir katil. Laci meja tidur di sebelah katil ,di tarik perlahan. terdapat beberapa buah buku. Namun buku berkulit pink sangat menarik minatnya.
'Diari, ooo Zahiyyah suka menulis diari rupanya.'
Di buka satu persatu. Ada banyak gambar Polaroid kawan-kawannya siap bersertakan nama, no phone, tarikh lahir dan alamat.
'Wow...'
Aufa makin teruja menyelak. Sampai satu muka surat, terdapat gambar Akram Dan Zahiyyah membuatkan tangan peace. Dia membaca coretan di bawah gambar.
' I love you so much Akram. Don't forget me. emoji smile love'
Helaian di selak-selak. Namun di penghujung diari seakan menarik minatku.
#3 Julai, papa beritahu yang aku ada kakak. Sungguh aku terkejut. namun selepas apa papa explain dekat aku. Barulah aku mengerti mengapa mama sentiasa manjakan aku, sentiasa pastikan ada orang jaga aku.
#6 julai ,papa cakap ayahku Tsarwan sudah meninggal dunia 3 tahun lepas akibat kemalangan. Ibu dan kakakku tidak berjaya di temui. Aku kecewa. Mama tidak tahu. Kerana mama sakit, ibu menyerahkan aku kepada papa.
#8 julai, aku khuartir aku di ekori. Namun aku tidak beritahu sesiapa. Aku tahu abang Akmal sudah memohon cuti kerana perkhawinan kakaknya. Dialah abangku selain abang Zaumar. Sayangnya aku kepada mereka. Aku rela nyawa aku jadi taruhan daripada nyawa mereka yang tergadai.
# 10julai, aku secara tak sengaja terdengar perbualan papa di bilik kerjanya. Papa berang kerana si pemanggil seakan mengugut papa. papa memberi amaran jika berlaku apa-apa padaku, papa takkan lepaskannya.
#12 julai, aku telah mengambil langkah2 berjaga-jaga. Tak lagi pergi melepak dengan Farid ,Lina, Marina, Tikah, Emy, Hariq, Ryn. Aku risau jika mereka juga tercedera kerana aku.
#15 julai. Akram mengajak aku menonton wayang, namun aku memberi alasan bahwa aku tidak sihat. Kesian Akram, dari Kuantan dia datang. tapi aku juga tak nak dia terluka.
#17julai, esok birthday party Marina. Sungguh tak sanggup aku menolak. Dialah BFF aku. Aku buat keputusan untuk pergi.
Helaian lain masih kosong.
******
Aufa menyorokkan sedikit diari Zahiyyah.
' Dia sudah tahu,. Tapi masih mengambil risiko.'
'Adikku Zahiyyah, kakak doakan kau selamat.'
Sekarang hanya Datuk Zahir yang perlu memberikan penjelasan kepadanya.
Esok dia perlu bersemuka dengan Datuk Zahir. Dia baring di sebelah Qadriyyah, lantas memeluk tubuh kurus itu. Akhirnya dia terlelap kembali.
' Ibu, walaupun Aufa tidak sempat berbakti lama kepada ibu. Aufa akan berbakti kepada seorang ibu yang telah bersusah payah menyusukan dan membesarkan adik. Ibu tenanglah di sana.'
Share this novel