Puas dia mendail nombor Datuk Zahir namun masih tak berangkat. Lantas dia menekan interkom.
"Lin, call Harmony Holdings. Then pass to me..."
"Okey Datuk..."
Datuk Malik resah menunggu.
"Datuk, CEO Harmony on line...."
"Thanks Lin..."
Tangannya menekan butang.
"Hello, yes Datuk Malik.... I'm Zaumar, CEO Harmony... Anything can I help..."
Datuk Malik tercengang.
"I want talk to Datuk Zahir...."
"Sorry Datuk Malik. Datuk Zahir sedang bercuti. Apa-apa urusan , boleh berurusan dengan saya."
"Tolong bagi nombor contact Datuk Zahir. It's urgent."
"Sorry Datuk... Saya sendiri pun tak dapat contact papa saya. I'm sorry again...", jelas Zaumar.
Datuk Malik terdiam. Ada kejujuran di dalam nada suara Zaumar.
"Thanks Zaumar. Sorry to disturb you this time...."
"It's okay Datuk... Welcome..."
Datuk Malik memutuskan sambungan. Dia mengeluh.
'Mana kau pergi Zahir...?'
******
Zaumar mengeluh selepas menerima panggilan dari CEO Gah Holdings. Mereka memang sudah lama bermusuh. Zaumar sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan ayahnya dan Datuk Malik bermusuh. Sedangkan pada zaman remaja, mereka bersahabat baik. Itupun sebab ibunya yang menceritakan padanya.
Selepas sampai pagi tadi, dia terus ke ofis setelah menerima emel dari ayahnya supaya terus ke pejabat. Sebaik tiba, Muklash sudah menunggunya dengan pelbagai dokumen. Zaumar akur dengan keputusan ayahnya supaya dia mengambil alih syarikat dengan segera. Apabila dia bertanyakan mengenai Zahiyyah, Muklash tidak memberikan sebarang penjelasan.
Zaumar mendail nombor telefon Akmal. Lama menunggu, panggilannya di angkat.
"Assalamualaikum Akmal..."
"Waalaikumussalam...", suara gemersik seorang wanita kedengaran.
"Err boleh saya bercakap dengan Akmal....?"
"Akmal masih lagi tidur. Ni siapa yer...?"
"Saya Zaumar... Kawan dia...",sengaja Zaumar menyatakan kawan.
"Oh... Saya kakak Akmal. Jadi awak tak tahu la yang Akmal di hospital sekarang ni..."
"Hospital...?"
"Yer... dia baru keluar dari operation... Kena tembak semasa bertugas..."
"Apa???"
"Hospital mana?"
"HKL..."
"Okey.. Terima kasih kak..."
"Sama-sama."
Zaumar menelefon Muklash supaya masuk ke biliknya. Zaumar mundar mandir sambil memikirkan apa yang terjadi semasa ketiadaannya.
Tok. Tok. Tok.
"Masuk...."
Muklash yang baru melangkah masuk, di terpa. Zaumar memegang bahu Mukhlas.
"Now, tell me what's going on..?"
"What...?"
"Akmal at hospital...?"
Muklash diam seketika.
"Okey, I tell you everything... But you must calm down..."
Zaumar mengangguk. Muklash menarik nafas panjang sebelum menceritakan segala-galanya.
Zaumar termenung panjang apabila Muklash selesai.
"Siapa yang ambil Aufa...?"
"Itu aku tak tahu... kami buntu."
"Dah siasat..?"
"Dah... no clue...They disappear like a ghost... Tak ada jejak langsung... Nombor plat pun palsu..."
Jeda sebentar. Zaumar kembali bertanya.
"Jadi kau tahu di mana papa aku sekarang...?"
Muklash mengangguk.
"Tapi buat masa sekarang, kau lebih selamat jika tidak tahu... Bersabarlah...."
Zaumar diam. Dia perlu mengikut arahan ayahnya.
*****
Datuk Malik pulang ke rumah mencari isterinya, Zaimah. Sebaik sahaja tiba, dia melihat isterinya yang sedang melayan tetamu.
"Eh... Awal abang balik hari ni...", ujar Zaimah lembut.
Datuk Malik mendengus.
"We need to talk now...."
Zaimah mengangguk sambil matanya mengarahkan kawan-kawannya pulang dahulu.
"Kami balik dahulu Datuk... Datin...."
Zaimah kembali memandang suaminya yang nampak marah.
"Nak bincang apa...?"
Datuk Malik hanya berjalan masuk ke bilik kerjanya. Zaimah hanya menurut tanpa riak. Dia sudah biasa dengan angin pasang suaminya itu.
"You cakap sekarang... Rafiiqah betul- betul dah meninggal???", tekan Datuk Malik dengan keras.
"Yer...", Zaimah menjawab selamba.
"You jangan nak tipu I...!"
"Kenapa baru tanya sekarang.....?", Zaimah meninggikan suara.
"Zai... !", Datuk Malik terkejut.
Selama ini, Zaimah tidak pernah meninggikan suara padanya. Zaimah sentiasa lembut dan tenang walaupun semasa dia mengamuk.
"You tak pernah fikirkan I... Selama ni asyik Rafiiqah jer yang you sebut. Even dalam tidur you. You ingat I ni tunggul, tak ada perasaan....", hambur Zaimah.
Datuk Malik jeda.
"Yes...I memang tipu you. I tak nak dia dalam rumah ni. You hak I seorang.... I tak nak kongsi..."
Datuk Malik terduduk di kerusi. Dia tidak menyangka Zaimah begitu.
"Zai... Sampai hati you... You pisahkan I dengan Rafiiqah... Anak-anak I....."
"Anak you... Dah mati agaknya. You ingat I tak tahu yang you upah orang untuk bunuh Zahiyyah. But Aufa yang ganti tempat tempat Zahiyyah. I know Aufa anak you ....", sinis Zaimah sambil tersenyum.
Hayyan yang baru turun dari bilik mendengar suara keras dari bilik kerja bapa saudaranya. Dia ingin beredar apabila terdengar sesuatu yang lain. Kaku kakinya di hadapan pintu bilik yang sedikit terbuka.
" I tak tahu la macam mana anak you boleh seiras betul dengan Zahiyyah. No wonderlah you salah target..."
"Macam mana you tahu Aufa anak I ...?", Datuk Malik memegang kedua belah bahu Zaimah.
"Hey... calm down...."
"Tell me how you know Aufa is my daughter....?"
"I kan isteri you, mestilah I tahu....", ujar Zaimah sambil tangannya menolak tangan suaminya.
"Tak nak tanya kenapa I tak bagitahu you lepas I tahu you nak bunuh Zahiyyah.... Opps sorry, Aufa... I hate that women and that child... So don't blame me.... This all cause of you...."
"Zaimah... How could you..?", jerit Datuk Malik, tangannya membalikkan meja di hadapannya.
Hayyan menangis. Dia tidak menyangka semua yang berlaku di sebabkan oleh bapa saudaranya.
Hariiz yang baru pulang, hairan melihat Hayyan yang berdiri di hadapan bilik kerja ayahnya. Dia ingin menegur, namun berhenti apabila Hayyan beredar ke atas dengan mata yang berlinangan.
Hariiz mendekati bilik kerja ayahnya. Kedengaran seperti berlaku pertengkaran. Sewaktu dia menolak pintu, terpampang di wajahnya. Ayahnya sudah meluru mencekik leher ibunya. Ibunya hanya senyum sinis walaupun wajah sudah kemerahan kerana tidak dapat bernafas.
"Daddy... Daddy....", Hariiz menerpa cemas, melepaskan ibunya dari cengkaman ayahnya.
Zaimah tercungap-cungap bernafas.
"Kita berpisah saja...", tegas Datuk Malik .
"Ingat semudah itu..."
Datuk Malik mencerunkan mata melihat Zaimah. Hariiz kelu tatkala mendengar bicara kedua orang tuanya.
"I nak you serahkan Gah Holdings pada Hariiz..."
"Mommy....", Hariiz terkejut.
Datuk Malik juga terkejut.
"You tahukan Gah Holdings bukan milik I ..."
"What...?"
"Milik Hayyan. I hanya penjaga...."
Hariiz tercengang.
"I hanya boleh bagi Jaya Holding untuk Hariiz...."
Zaimah terdiam. Namun kepalanya ligat berputar.
"Okey... I nak rumah ni... Itupun kalau you masih lagi nak berpisah dengan I...."
"Okey.... up to you... I tak boleh tengok muka you lagi selepas apa yang jadi... Zaimah, I ceraikan you dengan talak satu...", Datuk Malik terus bangun untuk keluar.
Hariiz terduduk kerana terkejut dengan apa yang berlaku.
Apabila langkahnya menghampiri Hariiz, Datuk Malik mengusap kepala Hariiz seketika sebelum melangkah keluar.
Sebaik sahaja Datuk Malik hilang di balik pintu, Zaimah meraung sambil tangannya menyelerakkan semua benda. Habis di balingnya.
Hariiz memandang hiba. Dia tahu tentu besar kesalahan ibunya jika ayahnya berkelakuan begitu. Namun dia masih tidak mengetahui apakah sebabnya menyebabkan ayahnya nekad meninggalkan ibunya.
Share this novel