Hayyan sudah berada depan banglo Datuk Zahir.
"Saya nak jumpa Cik Zahiyyah....", Hayyan memberitahu seorang pengawal keselamatan.
"Awak siapa?"
"Saya Hayyan. Kawan dia... Boleh tak saya jumpa dia?"
"Cik Zahiyyah belum balik lagi ,encik...."
Hayyan termangu.
'Honey ke mana.??'
"Kenapa ni?", tanya seorang lelaki lain.
"Eh Muklash... Ni ada kawan cik Zahiyyah , nak jumpa Cik Zahiyyah...."
Hayyan menoleh ke arah lelaki tersebut.
"Oh... Rasanya cik Zahiyyah sekarang dengan Akmal. Sekejap lagi baliklah. Encik....?", ujar Muklash.
"Hayyan...", ujar Hayyan pendek sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Oh Encik Hayyan....", Muklash menyambut salam.
"Tak silap saya, Encik Hayyan ni anak saudara Datuk Malik Syariff... ?"
"Yer saya...."
"Masuklah dulu.... Tunggu di dalam."
Belum sempat mereka bergerak masuk. Telefon Muklash berdering. Melihat nombor yang tertera, dia segera mengangkat.
"Assalamualaikum... Akmal...."
Riak wajahnya cemas apabila mendengar suara Akmal. Hayyan yang mendengar nama Akmal juga tersentak. Dia menghidu sesuatu yang tidak baik berlaku.
"Rafiq, Zim.... Ikut aku sekarang....", jerit Muklash sambil bergegas ke kereta.
Hayyan segera mengekori kereta Muklash.
'Please jangan jadi apa-apa ,honey....'
Apabila sampai ke destinasi yang di bawa Muklash. Telinganya menangkap bunyi tembakan yang bertalu-talu.
Hayyan berlindung di sebalik kereta. Dia melihat Akmal sudah cedera di bahu, namun masih membalas tembakan. Matanya meliar mencari Aufa. Dia jeda apabila melihat gadis itu berlindung di belakang kereta. Gadisnya cedera. Namun tak pasti seteruk mana. Hayyan cuba mendekati.
"Honey....", panggil Hayyan dalam jarak beberapa meter.
Aufa menoleh. Dia terkejut apabila melihat Hayyan berada di situ. Dia tak mampu nak berjalan, kakinya di tembak.
"Kau buat apa di sini...? Bahaya tau tak....," marah Aufa.
Hayyan ingin melangkah ke arahnya. Aufa sudah memandang beberapa konco yang sedang melepaskan tembakan. Dia tersentak apabila melihat seorang daripada mereka menghalakan pistol ke arah Hayyan.
"No.... Hayyan stay back....", Aufa mengagahkan diri untuk bangun.
Aufa berlari memeluk Hayyan.Namun saat itu tubuhnya sudah di tembusi 2 peluru. Dia terkulai dalam pelukan Hayyan.
"Aufa......", Akmal sudah menjerit.
"Tak guna.....", Akmal segera beralih.
"Hayyan, sini.... Bawa Aufa ke sini...", Akmal mengarah.
Hayyan segera mengangkat Aufa mengikut arahan Akmal.
"Aufa....", Hayyan menitiskan airmata apabila melihat wajah Aufa.
Hayyan baru tahu nama pencuri hatinya. Dia gembira dan sedih dalam masa yang sama. Aufa sanggup menjadi perisai kerana ingin menyelamatkannya. Aufa meletakkan tapak tangannya di pipi Hayyan.
"Ssshu... Jangan menangis....."
Aufa menahan kesakitan. Dia tak ingin Hayyan menangis.
"Sekarang... dah..tahu... nama..saya kan...., " tersekat-sekat suara Aufa berbicara.
Hayyan menangis. Dia memeluk erat Aufa.
"Jangan tinggalkan saya....", pinta Hayyan.
Aufa menghulurkan sesuatu. Mata Hayyan tertancap pada telefon di tangan Aufa.
"Hadiah...untuk... awak. Tq....buat...saya...happy....," Aufa terasa matanya kelam.
Tapi dia berusaha untuk membuka mata. Namun dia tak mampu lagi bertahan. Tangannya melurut ke bawah.
"Aufa.... Aufa.... Aufa.... Buka mata honey....", Hayyan menepuk pipi Aufa.
Telefon di tangan Aufa di ambil. Lantas dia menghulurkan tangannya ke arah Akmal meminta pistol. Tanpa berfikir panjang, Akmal menyerahkannya. Hayyan menembak, 2 orang rebah terkena tembakannya.
Akmal menghampiri Aufa. Tangannya menekan nadi Aufa, lemah. Akmal memberi isyarat kepada Muklash yang sedang menembak. Supaya mengambil Aufa.
Muklash ingin menghampiri, terhenti apabila sebuah kereta yang datang dari arah utara menghalang pergerakannya. Berdecit tayar apabila di brek, seorang lelaki dari tempat duduk belakang lalu keluar mengambil Aufa.
Akmal yang ingin menghalang, namun perutnya yang di tendang menyebabkan pegangannya pada tangan Aufa terlepas. Hayyan tidak sempat menerpa. Semuanya berlaku dengan cepat. Aufa telah di bawa pergi.
Dengan situasi itu, 2 penyerang lagi mengambil peluang meloloskan diri. 7 orang daripada mereka tumpas di tangan Hayyan , Akmal dan Muklash.
Hayyan terduduk merenung telefon di tangan.
'Aufa....'
Share this novel