Zahir sengaja menyibukkan diri di bilik kerja. Dia tidak mahu bertemu muka dengan Aufa. Sukar untuknya menjawab persoalan anak gadis itu. Sampul surat dan dompet Aufa tersisip kemas dalam laci meja kerjanya di ambil. Sampul itu masih bergam kemas, tidak di buka. Hanya isi dompet sahaja di beleknya.
Dia hairan. Mengapa kad pengenalan Aufa tertera Jazaul Aufa binti Malik Syariff? Sedangkan ayahnya bernama Tsarwan Umran. Dia masih buntu. Segala siasatannya menemui jalan buntu.
Apa yang pasti Aufa dan Zahiyyah memang kembar. Dia mengambil dokumen laporan DNA yang di buatnya. Aufa dan Zahiyyah, 99% match.
"Abang..., jom breakfast.", Qadriyyah yang tiba-tiba muncul.
Zahir segera menyimpan dokumen dalam laci lantas menguncinya.
"Abang busy sikit ni .Qad bawa ke sini je lah. Esok abang ada meeting dengan Dato Amran. So abang kena siapkan hari ni."
" Bukan Zaumar yang handle?"
"Zaumar kan jaga Zahiyyah hari tu, tu yang abang take over."
"I'm sorry abang sebab susahkan abang Dan Zaumar. Sepatutnya Qad yang jaga Zaa."
Wajahnya di tundukkan.
"Kan sayang tak sihat. Nanti darah tinggi Qad naik balik, lagi abang susah hati. Dah la tu... Zaa pun dah balik rumah..."
Qadriyyah senyum. Zahir amat penyabar dengan kerenahnya. Membuatkan dia makin sayang...
"Nanti Qad bawa breakfast untuk abang...", ujarnya seraya berlalu.
******
Pintu yang di tolak dari luar tidak di pandang. Zahir ingatkan Qadriyyah yang masuk membawa breakfast.
"Letak di sini jer sayang", lantas berpaling.
Namun dia terkejut dengan kehadiran Aufa yang memegang dulang.
"Saya nak bincang sesuatu dengan uncle."
Zahir sudah sedia maklum. Tak dapat nak di elakkan lagi. Lagipun dia sudah buntu. Aufa meletakkan dulang di atas meja.
"Uncle breakfast lah dulu. Saya boleh tunggu."
Zahir hanya mengambil secawan kopi lalu menyisip sedikit. Cawan kopi di letakkan kembali.
"Uncle nak kamu gantikan Zahiyyah buat sementara. Aunty Qadriyyah kamu ada masalah depression, dia tak boleh tertekan. Dulu selepas kematian anak kami, dia menjadi sasau. Ketika menerima rawatan di hospital, waktu itulah uncle berkenalan dengan ayah kamu. Oleh kerana aunty kamu makin teruk, Zahiyyah di berikan kepada kami. Sejak hari itu ,aunty kamu menjadi bertambah baik."
Aufa mendengar dengan tekun.
"Uncle dah lama mencari ayah kamu. Baru sebulan yang lepas, uncle dapat tahu ayah kamu meninggal dunia kerana accident. Ibu dan kamu, hilang entah ke mana."
Aufa menghela nafas.
" Sebenarnya uncle, kami berpindah randah. Ibu cakap kerana ada orang nak bunuh kami. Malam saya cedera, ibu telah di bunuh. Rumah kami di bakar. Hanya surat yang ibu berikan, namun dah hilang..", ujar Aufa hiba.
Zahir membuka kunci laci.
"Surat ini?", dia menunjukkan sekeping sampul surat kepada Aufa.
" Macam mana boleh berada di tangan uncle?"
" Di hospital, doktor Shaifullah menyerahkan kepada saya."
Aufa mengambil sampul tersebut lalu di buka berhati-hati.
Terdapat 3helai kertas. Dan terdapat satu gambar ,di mana ibunya bersama seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
Zahir memerhati wajah Aufa yang sudah berubah tatkala membaca kandungan surat tersebut.
"Kenapa Aufa?"
Aufa melipat rapi lalu di simpan ke dalam poket. Dia menggeleng kepala.
" Sorry uncle. Saya minta diri dulu." ,seraya berjalan ke arah pintu.
"Aufa, you must tell me what point from that letters:"
" I'm sorry uncle, I can't tell you now. Tolong hati-hati dan pastikan Zahiyyah selamat."
Sebelum keluar, Aufa menoleh ke arah Zahir.
"Thank you a lot uncle, for take care my young sister very well"
Aufa melangkah keluar. Melihat dari reaksi Datuk Zahir, Aufa amat pasti adiknya masih hidup. Dan dia menaruh kepercayaan kepada Datuk Zahir.
'Adik, bersabarlah. Aku akan selesaikan semua ni. Agar kau selamat. '
********
"Abang Akmal, boleh tolong saya?"
Akmal menoleh ke arah suara yang di lontarkan. Wajah Zahiyyah di depannya di pandang.
"Apa yang Cik Zahiyyah nak saya tolongkan?"
Sedaya upaya, dia menahan gugup.
" But before that, you must promise for me one thing."
"Okey, what's matter?"
"Pastikan rahsia , hanya di antara kita. Promise...."
"Okey, promise", Akmal mengangkat tangan.
Aufa tersenyum. Akmal menggelabah.
"Abang tolong siasat siapa Datuk Malik Syariff, boleh?"
" Baik. Untuk Cik, abang sanggup buat apa saja..."
"Hah..."
"Errr....abang akan siasat"
"Be careful , abang"
Akmal menelan liur, merah telinganya.
' Aduh, nasib tak kantoi. Kalau tak mana nak letak muka.'
Aufa sudah melangkah pergi, Akmal hanya mengekori dengan mata.
" Oh ,abang. Esok hantar saya ke kolej, boleh?"
Akmal tersentak melihat Zahiyyah yang menoleh kembali.
"Boleh. Boleh... "
' Fuh.... Kus semangat'
Tangannya di letakkan di dada.
'Abang.....?', dia senyum.
Haillah...
*****
#author
sorry kalau ada typo tu, ignore deh... thanks a lot 4 reading...
Share this novel