Haniey merenung Hayyan yang sedang menyapu ubat pada pergelangannya.
"Sakit...?", Hayyan bertanya.
"Tak...," Haniey menggeleng.
Matanya masih lagi pada Hayyan.
"Dah siap...", Hayyan mendongak melihat Haniey.
Haniey segera mengalihkan pandangan ke arah lain. Hayyan tersenyum. Bukan dia tak perasan Haniey ralit merenungnya. Sengaja dia buat-buat tidak nampak.
Haniey membelek tangannya.
"Terima kasih...., Tuan...", lerek suara Haniey, manja sambil tersenyum.
Hayyan kelu.
'Mak ooiii , suara... Ni nak menggoda ke apa??'
Hayyan menggosok belakang tengkuknya. Meremang.
"Errr sama-sama...."
'Aduiii.... dah la aku dengan dia jer kat sini...'
Haniey tersengih. Dia ketawa jahat dalam hati.
' Best juga kenakan dia.... hahaha...'
"Tuan, saya balik dulu yer....", Haniey sudah bangun.
"Nak saya hantarkan?", spontan Hayyan bersuara.
"It's okay, Tuan... Sikit je pun...."
"Okay, hati-hati..."
Haniey melangkah ke arah lif. Sengaja Haniey menyuruh Hayyan datang ke pejabat. Alasannya, dia tertinggal kotak pensel warna Firdaus di dalam laci. Hadiah Firdaus.
Boleh jer dia ambil hadiah itu keesokkan harinya. Namun sebenarnya dia ingin mengambil air mineral yang dia sembunyikan dekat pantri.
********
Hayyan tersenyum setelah kelibat Haniey menghilang. Serta merta tangannya membuka lappy. Terlayar adegan yang berlaku pada pagi tadi di dalam biliknya.
"Who are you, Haniey?"
Hayyan sedia maklum dengan kedatangan Emilia di pejabat sememangnya di rancang. Dia juga tahu, ubat yang di masukkan itu untuk menggagalkan sistem saraf. Sebab itu, setiap kali berlaku serangan, dia berlakon seolah-olah tidak kuat. Sentiasa bergantung harap dengan bodyguard sahaja.
Dia boleh agak siapa dalangnya namun tiada bukti kukuh.
Hayyan sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku nanti.
Cuma Hayyan tak pasti, Haniey di pihak yang mana.
******
Setibanya di rumah, Haniey membelek tangannya.
'Kurang ajar betul tiga malaun tu... kalau tak kerana Hayyan ada kat situ, dah aku belasah cukup-cukup...'
Dengus Haniey.
Rumahnya sunyi. Tentu Nur sudah bawa Firdaus pergi. Kalau tak memang riuh la rumah dengan suara Firdaus.
Haniey berlalu ke bilik air. Wajahnya di bersihkan dengan hati-hati.
Wajahnya yang terbias di cermin di lihat dengan teliti. Parut panjang di wajah kanannya di pegang perlahan.
Hebat teknik solekan sekarang, parut pun boleh di tutup tanpa sebarang cela. Malah raut wajah pun boleh di ubah melalui solekan. Patutlah ramai yang cantik-cantik. Dari Haniey yang cantik, dia kembali menjadi 'badgirl'.
Melihatkan wajahnya, Aufa teringatkan ibunya. Sungguh dia rindu.
'Mak... Aufa rindukan mak....'
Setelah siap membersihkan diri, dia keluar ke bilik Firdaus. Katil anak kecil itu di sapu sedikit, lalu mendakap bantal. Aufa tersenyum. Sungguh Firdaus mengurangkan perasaan rindunya pada Hayyan.
Pintu bilik Firdaus di tutup rapi. Aufa menuju ke bilik kerjanya. Matanya tunak pada satu gambar. Semuanya berpanah kepada seseorang. Pada mulanya, dia juga terkejut. Terasa begitu mustahil. Tapi segala bukti amat jelas sekali.
'Mak... Aufa akan dedahkan siapa yang bunuh mak. Dan dia akan mendapat balasan atas apa yang dia lakukan pada keluarga kita...'
*******
Hayyan termenung di buaian menghadap halaman rumah.
'Aufa...'
"Tuan..."
Hayyan menoleh ke arah Farish.
"Ya Farish..."
" I get information about Haniey..."
Hayyan teruja.
Farish menghulurkan satu sampul.
Hayyan mengeluarkan isi. Terdapat beberapa gambar.
"Who's this?," Hayyan bertanya apabila melihat satu gambar Haniey yang berpegangan tangan dengan seorang lelaki.
"He's a CEO Lions..."
"What...?", Hayyan terkejut.
"Yes... And they're are siblings..."
"Are you kidding...?",
Namun wajah Farish yang serious membuatkan Hayyan kelu.
"Kenapa...? Kenapa dia masuk Gah Holdings?"
"I don't know yet.... but you must be careful with her..."
"I don't think she wants to hurt me... Cause she's doing something weird today."
Farish menjungkit kening.
"What do you mean...?"
"You know Emilia isn't... Pagi tadi dia datang... know what, Haniey reduce that mineral bottle from my desks..."
Farish tercengang juga mendengar penjelasan Hayyan.
"Just wait , Farish...", Hayyan tersenyum.
Hayyan nak tengok apa yang Haniey rancangkan. Dia hanya mengikut rentak Haniey buat masa ini.
*******
Share this novel