Bab 21

Drama Series 5143

Hayyan mengheret begnya selepas turun dari tingkat atas. Dia dah tak boleh tinggal di situ lagi. Hatinya sangat sakit.

"Hayyan.....", Hariiz memanggil.

Hayyan menoleh. Melihat Hariiz yang juga merah matanya menahan tangis. Dia di peluk erat.

"I'm sorry about Aufa...."

Hayyan hanya membalas pelukan. Tanpa berkata apa-apa, dia melangkah pergi.

"Tuan Hayyan...", tegur seorang lelaki bersut hitam.

Hayyan mendongak melihat seorang lelaki yang sedang membuka pintu kereta kepadanya. Hayyan mengerutkan dahi.

"Kami di arahkan menjemput tuan oleh pemangku tuan...."

"Pemangku...?", Hayyan kembali bertanya.

"Datuk Malik Syariff..."

"Saya tak nak ikut....", Hayyan ingin berlalu.

"Tuan Hayyan perlu ikut... Lagi 2 hari, Tuan Hayyan akan berusia 21 tahun. Kami ditugaskan untuk menjaga keselamatan tuan. Dato Tuan Kamarul telah amanahkan kami untuk jaga tuan...."

Hayyan menoleh. Wajahnya bagaikan tidak percaya.

"Papa saya...?"

"Yer... Sebelum Dato Tuan Kamarul meninggal, dia telah tinggalkan pesan pada saya. Tuan mungkin tak perasan semasa di hospital."

Hayyan teringat semasa dia sampai di hospital, ibu bapanya sudah tinggal jasad. Waktu itu, dia tidak peduli siapa dan apa yang terjadi. Dia hanya kaku melihat jasad kedua orang tuanya. Walaupun dia teramat sedih, namun tiada setitis pun airmata di matanya. Hayyan hanya memeluk erat jasad yang terbaring kaku. Sukar baginya menerima kenyataan. Hanya beberapa bulan untuk dia menghadapi PT3. Memang berat untuk dia menanggung.

"Tuan..."

Lamunan Hayyan terhenti. Akhirnya Hayyan hanya menurutkan kehendak orang-orang ayahnya.

*****

Hayyan meneliti sekeliling banglo milik keluarganya. Masih terjaga rapi. Di muka pintu banglo, seseorang sudah menanti dengan wajah yang tersenyum. Hayyan terkejut.

"Mak...."

Hayyan berlari memeluk seorang wanita tua. Wanita itu tergelak.

"Sudah besar rupanya Tuan Hayyan... Tapi perangai macam kanak-kanak ribena lagi...."

Hayyan tersengih.

"Macam mana mak boleh ada dekat sini....?"

"Tu... Farish yang jemput mak... Dia cakap mak sudah cukup rehat, sekarang kena balik jaga Tuan Hayyan....", mengekek dia ketawa selepas memuncung ke arah lelaki-lelaki bersut hitam di depan rumah.

"Hayyan rindu mak....", peluk Hayyan.

Mak Sufiah menepuk-nepuk belakang anak asuhannya. Dia juga rindu. Namun apakan daya apabila Hayyan diletakkan di bawah jagaan Datuk Malik. Dia bukan siapa-siapa dengan Hayyan. Dia menyeka matanya yang berair. Farish yang melihat, terasa berpasir mata lantas berpaling ke arah lain. Mak Sufiah gelak melihat Farish. Hayyan melepaskan pelukan.

"Jom masuk... Mak dah masak makanan kesukaan Tuan Hayyan..."

"Mak.... Panggil Hayyan sudahlah...'

"La... Kan nama Tuan Hayyan, Tuan Hayyan Faiq... Mak suka nama Tuan Hayyan.... Kalaulah mak ada anak, mak nak letak Tuan juga kat depan..."

Hayyan memandang wajah pengasuhnya yang sudah berusia dengan sebak.

Mak Sufiah menarik tangan Hayyan menuju ke ruang makan. Di atas meja sudah penuh dengan pelbagai juadah. Hayyan ternganga.

"Mak oiii , banyak betul mak masak...."

"Mak nak Tuan Hayyan makan puas-puas hari ni.. Dan habiskan... "

"Mana habis macam ni mak... Hancus diet Hayyan...", cebir Hayyan.

Mak Sufiah ketawa.

"Jangan risau.... tu bodyguard kamu kat luar tu boleh habiskan.....", mak Sufiah tersenyum.

"Kalau macam tu, Hayyan panggilkan... Mana best makan sorang....", laju Hayyan keluar dari ruang makan.

Seketika kemudian, hampir kesemua berada di situ.

"Kenapa Tuan...?"

"Duduk...", tegas Hayyan.

"Tapi Tuan...."

"Duduk...."

Nak tak nak, mereka terpaksa duduk. Mak Sufiah sudah tersengih.

"Mak pun duduk...."

Tersentak Mak Sufiah sambil memandang Hayyan.

"Nanti mak nak senduk nasi unt....."

"Boleh ambil sendiri... Mak duduk tepi Hayyan...", potong Hayyan sambil menarik Mak Sufiah duduk di tepinya.

"Farish baca doa...",arahnya kepada Farish.

Sengaja dia membuat muka serius. Farish yang terkejut terus membaca doa. Masing-masing tergelak. Farish terkebil-kebil.

"Doa makan... bukan doa penerang hati...", Hayyan masih gelak.

Farish mengaru kepala. Malu juga. Akhirnya dia membaca doa makan.

"Sekarang makan....", ujar Hayyan sambil menceduk nasi ke pinggan Mak Sufiah.

"Mak boleh buat sendiri...."

"Tak apa mak... Dulu masa Hayyan kecil, mak yang suapkan Hayyan. Apasalahnya kalau sekarang, Hayyan layan mak...."

Hayyan menceduk lauk ke dalam pinggan nasi Mak Sufiah. Mak Sufiah terharu, matanya berkaca-kaca.

"Jom makan... "

Masing-masing menjamu selera sebaik sahaja Hayyan menyuap makanan.

"Sedap mak. Dah lama Hayyan tak makan masakan mak....", sambil tangan menceduk gulai lemak paku di depan.

Mak Sufiah memerhati gelagat Hayyan. Terbayang-bayang di matanya sewaktu Hayyan kecil sehinggalah ke alam persekolahan. Riuh dengan telatahnya. Dato Tuan Kamarul dan Datin Munirah yang sentiasa meluang masa dengan anak tunggalnya. Memang meriah. Setiap hari kalau tak usik mengusik, memang tak sah.

"Laa... mak tak makan ker...?", Hayyan melihat Mak Sufiah yang termenung.

"Aaaa.... mak makan ni....", Mak Sufiah menyuap makanan.

Farish tersenyum. Mak Sufiah bukannya orang lain dengannya. Masih dekat lagi, mak sepupunya sebelah ibu. Dia yang berkhidmat dengan Dato Tuan Kamarul pun atas jasa Mak Sufiah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience