Bab 32

Drama Series 5143

"Tuan..."

Hayyan menoleh. Farish menunjukkan ke arah satu sudut. Seorang wanita bersama seorang budak lelaki amat menarik perhatiannya. Wajahnya persis sedikit dengan Haniey, setiausahanya. Hayyan terkejut apabila menyedari budak itu adalah Firdaus.

Firdaus yang memanggung kepala, merenung ke arah Hayyan.

"Uncle...", laung Firdaus sambil melambai.

Haniey terkejut. Buntang matanya memandang ke arah Hayyan. Segera dia bingkas bangun lalu mendukung Firdaus untuk berlalu. Hayyan turut bangun mengejar.

"Tunggu...."

Haniey menoleh sekilas, namun kakinya terus melangkah masuk ke kereta yang baru berhenti di depannya. Dia terus berlalu.

Hayyan hanya mampu melihat mereka berlalu pergi.

"Tuan, nak kejar mereka?", tanya Farish.

"Tak perlu..."

Hayyan pelik, sedangkan Latipah sudah memaklumkannya bahawa Haniey bersama rombongan mereka. Bagaimana boleh muncul bersama Firdaus.

Telefonnya berdering. Hayyan terus mengangkat.

"Yer kak Latipah.... Okey..."

Hayyan merenung sejenak.

"Kenapa Tuan?"

"Mereka dah sampai.... Let's go..."

Fikiran Hayyan berlegar-legar. Hatinya meluap tiba-tiba. Dia berasa sedikit terkilan dan marah apabila Haniey tidak berterus terang dengannya.

***************

"Kak Latipah..."

Haniey yang sedang berborak dengan kak Latipah segera menoleh. Melihat Hayyan berjalan ke arah mereka. Dia menahan debar.

"It's everything okay?"

"Okey Tuan...."

Haniey tersenyum namun Hayyan hanya memandang sekilas. Farish yang berdiri tidak jauh dari situ hanya memerhati.

"Okey.... Haniey dan kak Latipah pergi ambil kunci bilik dan bahagikan kepada staff", arah Hayyan sambil memandang Latipah.

"Baik Tuan...", ujar kak Latipah.

Haniey menggigit bibir melihat Hayyan tidak memandang wajahnya langsung. Keruh wajahnya.

Farish tersenyum melihat telatah Haniey.

Haniey menarik begnya menuju kaunter hotel sambil mencebik.

'Huh.... Kita dah la rindu dia.... boleh dia bo layan.... nyampah.....', bentak hatinya.

Bunyi mesej yang masuk memberhentikan langkahnya. Matanya terbuntang melihat mesej dari ' Haniey'.

Dia terkedu.

'Ahh.... sudah...'

***************

Setelah selesai pembahagian kunci bilik. Haniey aka Aufa terus masuk ke biliknya. Di sebabkan masing-masing membawa keluarga, terpaksalah dia menginap seorang. Dia bernasib baik. Tak perlulah pakai mekap 24jam.

Aufa menjatuhkan tubuhnya di atas katil. Dia hi memandang siling bilik.

'Aku tak boleh beritahu Hayyan lagi....not yet.....'

Aufa bangun membersihkan diri. Contact lens dibuka. Iris matanya yang sedikit coklat di renung seketika. Mekap di wajahnya di bersihkan dengan hati-hati. Tangannya mengusap parut lama di wajah kanannya.

'Ibu....'

Airmatanya menitis apabila teringatkan arwah ibunya.
Aufa hanya mampu mendoakan dari jauh. Dia belum dapat menziarah kubur ibunya lantaran terdapat seseorang yang asing selalu berlegar di kawasan kubur. Mungkin untuk menjejak dirinya. Jika penjaga kubur, tentu saja dia mengenalinya.

Dia berbaring di sofa seketika. Matanya di pejam rapat tanpa menyeka airmata yang mengalir.

**********

Hayyan merenung rembulan di balkoni.

'Sudah tidurkah dia....?'

Telefon di tangan menyentuh skrin. Nama Haniey di pandang. Teragak-agak untuk menekan simbol dial. Akhirnya dia menekan juga. Lama dia menunggu.

"Hello...", kedengaran suara serak di corong telefon.

"Assalamualaikum....", Hayyan memberi salam.

"Hmm..."

Hayyan termangu. Lalu tersenyum. Sah-sah si Haniey dah tidur, menjawab pun dalam mamai.

"Awak sayang saya tak?", tanya Hayyan.

"Hum em..."

"Betul ker?"

Tiada respon.

"Haniey....."

Senyap. Hanya kedengaran dengkuran halus di sebelah sana. Sesekali terdengar Haniey mengigau namun tidak begitu jelas butirannya.

"Good night, sweet dreams...", Hayyan memutuskan talian.

Bibirnya masih tersenyum. Hilang perasaan marahnya petang tadi. Sengaja dia tidak mahu menegur semasa bersua muka di lobi hotel petang tadi.

"Tuan....."

Hayyan berpaling ke arah Farish yang baru sahaja selesai solat.

"It's Tuan love Honey?"

Senyum di bibir Hayyan mati. Cintakah dia.

"I don't know Farish. She just like Aufa... terlalu banyak persamaan..."

"I'm just want you alert and keep safe.... Careful..."

"it's okey. She's not going kill me. "

Farish hanya diam apabila mendengar jawapan Tuan Hayyan. Dia sedikit gusar dengan Hayyan, seolah-olah dia melihat Aufa. Sedangkan hasil siasatannya masih lagi tidak dapat memastikan Haniey adalah kawan atau salah seorang musuh mereka. Dia harus berwaspada.

********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience