Bab 23

Drama Series 5143

Farish menghulurkan dokumen kepada Hayyan. Hayyan menyambut sambil meneliti setiap helaian. Hayyan memandang Farish.

"Just this...?"

"Yes Tuan Hayyan... Jay, Black, dan Riez... We losing them... We can't find them..."

"5 years, Farish... Why didn't get any sign from them...."

Farish menggeleng.

"Nothing.... I think maybe they're finish and died... Or be some one else.... Cause this'll included influence high-class people and they're cruel. But I don't know who is it..."

"It's okey. Now we have to gather all evidence and find out who's behind this. Don't rushing even we make years for find it... We'll find and get them down... All of them...."

"Yes Tuan Hayyan..."

"Please careful and alert, Farish..."

"I will...."

Farish beredar. Hayyan merenung dokumen di atas meja. Di ambil, lalu di simpan di tempat simpanan rahsianya. Tempat yang hanya di ketahui olehnya dan Farish.

Hayyan meneliti bilik ofis yang pernah di duduki oleh ayah dan bapa saudaranya. Dia teringat akan Aufa.

'Honey sihatkah? I miss you, honey...'

Matanya merenung lappy yang di hiasi dengan wajah Aufa.

'Where are you...?Please honey, comeback to me... I'm really, really miss you..."

*****

"Zaimah.... Zaimah....."

Datuk Malik menjerit memanggil dari luar pagar apabila tidak di benarkan masuk oleh pengawal. Pengawal yang lama sudah di berhentikan sejak Zaimah menjadi pemilik tunggal banglo tersebut.

Zaimah keluar dengan senyuman sinis. Tangannya di silangkan.

"Well.... Well... Who's come here.... I'm surprised...."

"Zaimah.... I need your explained....!"

"Explained for what? What's that....?", Zaimah mencebik.

"It's that true....., Hariiz.... is not my son....???"

Zaimah memandang wajah bekas suaminya. Dan dia ketawa jelik.

"25 years...., why you ask me today....? Why not 25 years ago.... Why...???", sinis Zaimah meninggikan suara.

Datuk Malik Syariff tergamam.

"So, now you want know it's true or not...., right... ?", Zaimah menjungkit keningnya.

Datuk Malik hanya menanti dengan debaran di dada. Hatinya sudah menjangka apa yang akan Zaimah katakan. Namun dia ingin mendengar sendiri dari mulut Zaimah sendiri.

"Hariiz... Yes, he's my son with Hazran... ", Zaimah tersenyum.

Datuk Malik Syariff terkedu. Sakit hatinya apabila dia di tipu oleh Zaimah selama ini. Perit.

"Hariiz....", Zaimah berubah pucat.

Datuk Malik Syariff menoleh ke belakang apabila melihat wajah Zaimah yang pucat lesi. Wajah merah Hariiz Damien di pandangnya. Hariiz mengangkat kedua belah tangan supaya ibunya tidak meneruskan bercakap. Airmatanya menitis jua.

"Just enough , mom... I don't want hear anymore...", Hariiz berpaling lalu melangkah pergi.

"Hariiz.... Hariiz... Listen to me...", panggil Zaimah.

"Lan, open this gate....", arahnya pada pengawal.

Sebaik sahaja terbuka, Zaimah meluru mengejar Hariiz yang sudah pun mengundurkan keretanya. Hariiz memandu dengan laju meninggalkan kawasan tersebut.

"Hariiz....", jerit Zaimah.

Zaimah berpaling melihat ke arah Datuk Malik Syariff dengan perasaan marah.

"This is all your fault... Get lost from here. I don't want see your face again.... Get lost.....!", pekik Zaimah.

"You dah berubah , Zai....."

"Get lost... I said get lost...."

Datuk Malik Syariff melangkah pergi dengan hati yang sebal. Sakitnya tuhan saja yang tahu.

******

Zaumar bergegas meninggalkan pejabatnya.

"Bos, nak pergi mana..?", tanya Erin kerana kaget melihat Zaumar yang kelam kabut.

Sambil berjalan, Zaumar memandang setiausahanya.

"I ambil emergency leave okey... Seminggu... You arrange balik jadual I.... Apa-apa you email I...."

"Okey Bos..."

Zaumar terus berlari keluar. Kakitangannya yang melihat Zaumar yang berlari, sudah berbisik-bisik sesama mereka. Masing-masing meneka apa yang berlaku.

Erin yang menyedarinya, terus bersuara lantang.

"Tolong jangan membawang....."

Serta merta sunyi sepi. Maklum la bila Erin debab sudah bersuara. Takut dengan mulut puaka Erin. Mau hijau nanti.

******

Semasa Akmal sedang mengemaskan beg pakaiannya, telefon berdering. Panggilan dari Muklash di angkat dengan tangan kanan.

"Waalaikumussalam... Muklash..."

Tangan kirinya masih memasukkan baju-baju yang berlipat. Tangannya terhenti seketika tatkala mendengar setiap ungkapan dari Muklash.

"Okey, aku terus ke sana. Aku baru dapat keluar wad..."

Selepas menamatkan panggilan. Cepat-cepat dia memasukkan baki baju ke dalam beg. Kakaknya yang baru tiba menegurnya.

"Akmal..., bukan kamu balik dengan akak kan...? kelam kabut ni, nak kemana?..."

"Kak... Akmal dah kena pergi kerja. Nanti kirim salam kat mak.... Ada masa nanti, Akmal balik jumpa mak...", jelas Akmal sambil mencium tangan kakaknya.

"Yelah. Hati-hati Akmal. Jangan jadi macam ni lagi...",nasihat kakaknya.

"Baik kak... Terima kasih kak sebab jaga Akmal kat hospital...."

Kakaknya mengangguk. Akmal segera beredar.

*****

Rafiq sudah pun menunggu Akmal di hadapan hospital. Melihat kelibat Akmal, Rafiq melambaikan tangan.

"Mana Zim ..?", tanya Akmal sebaik saja dekat dengan Rafiq.

"Dia iring Encik Zaumar pergi terlebih dahulu... Jom bertolak sekarang. Cepat sikit sampai...."

Beg di letakkan di tempat duduk belakang. Sebaik saja mereka bertolak. Akmal memerhati sekeliling supaya tiada yang mengekori mereka.

"Betul ker Cik Zahiyyah dah sedar...?"

"Yup...."

"Alhamdulillah...."

Akmal gembira apabila Zahiyyah sedar dari koma. Dalam masa yang sama, dia teringatkan Aufa.

"Macam mana dengan Aufa...? Ada perkembangan..?"

"Takde... Aku pun dah suruh budak-budak kita risik..., namun tiada jejak...."

"Aku risau Fiq, Aufa dah tak sedarkan diri masa tu..."

"Insyallah Aufa selamat. Kita berdoalah supaya dia selamat. Aufa seorang yang kuat...."

Akmal diam sambil berfikir. Betul apa yang di katakan oleh Rafiq. Aufa seorang yang kuat semangat.

*****
Qadriyyah memeluk erat Zahiyyah. Zahir menggosok belakang isterinya supaya bertenang.

"Mama ingat tak dapat jumpa Zaa lagi....", ngongoi Qadriyyah.

Zahiyyah membalas erat ibunya.

"I'm sorry, mama... buat mama susah hati...."

Qadriyyah meregangkan pelukan. Matanya tunak memandang wajah Zahiyyah yang sedikit pucat dan cengkung.

"Adik..."

Zahiyyah menoleh ke pintu, susuk tubuh Zaumar di lihatnya. Matanya berkaca, rindu kepada abangnya.

"Abang....", menitis jua airmatanya.

Zaumar menghampiri Zahiyyah lalu memeluknya.

"Sorry... abang gagal lindungi Zahiyyah...."

"Adik yang patut minta maaf dengan abang. Adik tak patut rahsiakan hal tu dari abang...."

Zaumar mengerutkan dahi. Qadriyyah dan Zahir sudah berpandangan.

"Jadi Zaa tahu siapa yang buat Zaa macam ni....", soal Zahir.

"Ya papa..., Zaa minta maaf..."

"Adik tahu.... Siapa?", Zaumar tekan suara.

"Auntie Zaimah.....", Zahiyyah bersuara perlahan.

"What....!", berpadu serentak suara Zahir dan Zaumar.

Qadriyyah tergamam. Zahiyyah hanya selamba.

"Macam mana Zaa tahu auntie Zaimah yang buat bukan Datuk Malik Syariff....??", soal Zahir.

Zahiyyah menarik nafas panjang.

"Ingat tak masa Zaa putuskan hubungan dengan Hariiz. Zaa terdengar perbualan auntie Zaimah dengan seseorang. Mereka nak papa dan uncle Malik berperang, tak kisah siapa pun terkorban. Malah Hariiz juga akan tercedera dalam plan mereka. Sebab tu Zaa patahkan hati Hariiz....", Zahiyyah menunduk.

"Adik.... kenapa tak cakap dengan abang atau abang Akmal...?"

"Adik tak nak kehilangan abang berdua. Zaa sayang sangat... Zaa sanggup ganti dengan nyawa Zaa sendiri...."

Akmal yang baru tiba, tergamam dengan ucapan Zahiyyah. Dia tak menyangka begitu sekali Zahiyyah menyayanginya. Walaupun sebagai seorang abang. Malah sanggup melepaskan cintanya demi orang yang dia kasihi.

Rafiq dan Zim hanya diam. Mereka baru berkhidmat 2 tahun dengan Datuk Zahir. Mereka sudah sedia maklum akan ke akraban Zahiyyah dengan Akmal yang sudah lama berkhidmat.

Zahiyyah yang menyedari kehadiran Akmal, terus memanggilnya.

"Abang Akmal..."

******

Ketika dirinya di temani oleh ayahnya, Zahiyyah memberanikan diri bertanya.

"Papa....gadis yang cedera sekali dengan Zaa.... Di mana dia....?", soal Zahiyyah.

Saat dari dia sedar, dia sudah tak sabar nak berjumpa dengan kakaknya. Zahiyyah tahu itu kakaknya, kerana mereka sangat seiras.

Datuk Zahir gamam dengan pertanyaan Zahiyyah.

"Zaa kenal...?", soalnya kembali.

"Zaa rasa dia kakak Zaa..."

Datuk Zahir menghela nafas.

"Yes... dia memang kakak Zaa. Your twin..."

"Mana dia? Zaa nak jumpa dia...", bersinar mata Zahiyyah memandang papanya.

Datuk Zahir serba salah. Zaumar yang baru melangkah masuk dengan Akmal , berdiam diri. Dia sudah mendengar dari luar akan bicara adiknya.

"Papa tak tahu... Akmal akan ceritakan kat Zaa nanti. Zaa rehat dulu yer..."

Zahiyyah mengesan sesuatu yang kurang enak dalam nada suara papanya.

"Zaa nak tahu sekarang..."

Akmal memandang wajah majikannya. Datuk Zahir mengangguk. Akmal menarik nafas. Lalu duduk berdekatan dengan Zahiyyah. Zaumar mengenggam erat jemari Zahiyyah supaya bertenang.

Satu persatu Akmal menceritakan kepada Zahiyyah. Zahiyyah sudah menangis. Harapannya untuk bertemu ibu kandungnya juga tidak kesampaian.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience