Bab 2

Drama Series 5143

Deringan telefon di ruang tamu memecahkan kesunyian.

"Kak Milah, angkat telefon tu..."

Terkocoh-kocoh Kak Milah menuju ke ruang tamu. Qadriyyah yang sedang menyenduk nasi ke dalam pinggan suaminya, menjengukkan kepala ke ruang tamu.

"Siapa Kak Milah?"

Biasanya pembantu rumahnya itu akan terus menceceh memberitahunya. Namun di lihat wajah Kak Milah yang seakan pucat tidak menyedapkan hatinya.

"Pergilah tengok. Abang boleh ambil sendiri."

Dah menjadi kebiasaaan isterinya mengambil apa-apa juadah untuknya tatkala makan. Qadriyyah hanya mengangguk. Lantas menapak ke ruang tamu.

"Kenapa?"

Kak Milah menghulurkan gagang telefon.

"Hello."

Pucat wajah serta merta, terus pitam. Kak Milah automatik memegang tubuh majikannya yang melurut.

" Tuan..... Tuan..."

Zahir yang sedang menyuap nasi terkejut dengan laungan Kak Milah. Terus tangannya di basuh. Dia bergegas ke arah isterinya.

"Cik Zaariyyah...." ,Kak Milah menghulurkan telefon.

"Hello... hello ....puan..."

"Hello , Datuk Zahir di sini. "

" Maaf Datuk, anak Datuk di hospital Ampang sekarang. "

"Ya Allah"

"Kami memohon keizinan Datuk untuk pembedahan anak-anak Datuk sekarang. Mereka kritikal. Doktor Saifullah akan menjalankan pembedahan"

Zahir terkejut apabila di beritahu anak-anaknya.

"Siapa?"

"Anak-anak perempuan Datuk"

Zahir terkesima. Takkanlah. Dia meraup muka tanda tidak percaya.

"Saya izinkan"

"Terima kasih Datuk"

Zahir termenung seketika.

'Ya Allah, Engkau selamatkan anakku.'

" Kak Milah tolong beritahu Zaumar."

Tubuh isterinya di angkat ke bilik mereka di atas. Dia turun tergesa-gesa.

"Kak Milah jaga puan kat bilik. Saya ke hospital."

"Baik tuan"

"Dah bagitahu Zaumar?"

"Dah tuan."
Zahid mengangguk. Kak Milah menyusul ke atas menjenguk majikannya.

*******

Kelihatan dari kejauhan , tiga orang lelaki berlari cemas menuju ke arah bilik pembedahan.
Datuk Zahir yang berjalan ke hulu ke hilir di dekati mereka.

"Papa... Zahiyyah macam mana?"

" Masih lagi di dalam"

Zaumar mengeluh.

"Maafkan saya, Datuk."

Salah seorang lelaki yang berdiri menghadap Zahir , menunduk sedikit kerana perasaan bersalah tidak menemani Zahiyyah ketika itu. Jika dia ada bersama, tentu semuanya dapat di elakkan.

" Don't worry, Akmal. She'll be fine"

Zahir menepuk belakang anak muda itu. Bodyguard Zahiyyah yang telah berkhidmat sejak 6tahun dulu sangat komited dalam tugasnya. Cuma hari ini Akmal meminta cuti kerana kakaknya berkhawin.

Setelah 3 jam berlalu, doktor Shaifullah keluar menemui Datuk Zahir.

"Bagaimana dengan adik saya ?"

Zaumar meluru ke arah doktor Shaifullah.

"Maaf ,boleh saya bercakap dengan Datuk terlebih dahulu."

Zahir membuntuti doktor Shaifullah kebilik doktor terbabit.

Zaumar meraup muka sambil memandang ke arah pintu bilik pembedahan. Pintu yang terkuak membuatkan dia berlari ke arah katil yang di tolak keluar. Sekujur tubuh yang terbaring di amatinya. Kepala yang berbalut separuh wajah adiknya di renung hiba.

*****

Zaumar memegang tangan Zahiyyah. Adiknya diletakkan di bilik VIP.

"Adik... bangun dik... Abang minta maaf. Kalaulah abang tak bergaduh dengan papa kelmarin. Tentu adik sentiasa dengan abang."

Tangan Zahiyyah di lekapkan pada pipinya. Airmatanya mengalir. Sungguh dia tak mampu untuk kehilangan satu-satunya adik yang dia paling sayang.

"Sabarlah Zaumar"

"Muklash, aku sanggup terbaring dekat sini dari adik aku..."

Akmal hanya memandang. Pintu di kuak. Zahir masuk ke bilik menuju ke katil. Dia menepuk bahu Zaumar.

"Papa... Abang minta maaf."

"Papa maafkan. Zahiyyah ok. Kita tunggu dia bangun ok"

Tangannya menggosok belakang anak lelakinya.

"Papa nak balik jenguk mama"
Zaumar mengangguk.

"Abang tunggu adik bangun. Akmal tolong jagakan papa saya"

"Baik Zaumar."

******

"Zahiyyah... Anak mama. Ya Allah, abang. "

Qadriyyah mengongoi melihat anaknya yang terbaring di katil.

Tangannya naik melekat pada balutan wajah anak kesayangannya.

"Kita boleh buat pembedahan kan untuk wajag Zaa kan?"

"Qad, parutnya terlalu dalam untuk dibaiki. Nanti kita dapatkan pakar luar negara. Kita tunggu Zaa sedar dulu.."

"Abang baliklah dulu. Bersihkan diri. Nanti Zahiyyah sedar, papa call."

Zahir merenung wajah kusut anak terunanya yang sedang duduk berteleku di sofa.

"It's okay ,papa. Abang nak adik bangun nanti tengok abang ada."

" Jangan degil abang, nanti malam abang nak jaga adik."

Zaumar akur dengan kehendak papanya. Dia bingkas bangun. Muklash mengikut dari belakang.

******

Terasa kesakitan yang menjalar di kepalanya membuatkan dia mendesis. Pandangannya yang kabur makin terang. Silau memandang lampu di siling memaksa dia melarikan mata ke arah sekeliling.

'Aku di mana ni? Takkan di hospital kot. Lain jer bilik ni'

Tangannya ingin di tarik, baru di sedari tangannya di genggam oleh seseorang. Dia memandang yang hampir seusia dengan ibunya.

" Zaa... ", gerakan tubuh wanita itu menyentakkan pandangannya. Mungkin di sebabkan gerakan tangannya tadi. Wanita tersebut terpisat-pisat bangun dari lena.

"Zaa.. Zaa dah sedar. Ya Allah, alhamdulillah... Abang, Zaa dah sedar..."

Zahir yang tertidur di sofa terbangun. Dia memandang isterinya yang sudah pun memeluk Zahiyyah sambil menangis.

"Mama sangat takut kalau- kalau Zahiyyah tak bangun-bangun lagi. Jangan takutkan mama lagi. Jangan tinggalkan mama."

Aku masih keliru. Mataku makin layu. Mengantuknya.

' Ibu, di mana ibu. Aufa rindu ibu. Jangan tinggalkan Aufa.'

Terngiang-ngiang di telingaku suara riuh sekeliling.

"Abang, kenapa dengan Zahiyyah?"

"Sabar Qad. Zahiyyah masih dalam pengaruh ubat. Doktor Shaifullah dah terangkan pada abang."

Zahir memeluk Qadriyyah erat. Zaumar baru jer tiba. Dia termangu melihat ibubapanya berpelukan.

"Kenapa mama?"

"Zaa baru jer sedar, tapi dia tidur balik"

"Alhamdulillah"

Doktor Shaifullah tiba untuk pemeriksaan lanjut.

"Jangan risau. Zahiyyah dalam keadaan stabil. Mungkin terdapat beberapa kemungkinan . Saya mohon keluarga Datuk dapat menerima dengan hati terbuka. Kalau boleh jangan terlalu mendesak pesakit. Kecederaan di kepalanya terlalu kuat."

Mereka hanya mengangguk kepala.

******

Aufa membuka mata perlahan-lahan. Hanya sebelah kiri dapat melihat. Tangannya menyentuh balutan wajah kanannya.

' Mesti teruk mukaku'

Dia masih teringat hentakan di kepalanya. Teringat ibunya yang terkulai layu. Airmatanya mengalir mengingatkan ibunya.

"Adik..."

Aufa berpaling ke arah suara tersebut. Seorang lelaki yang tegak berdiri menjijit makanan melihat terus ke arahnya. Aku terkedu.

' Biar betul aku ada abang kah'

Zaumar melangkah mendekat adiknya. Tangannya automatik menyapu airmata yang mengalir. Lantas di tarik tubuh adiknya ke dalam pelukannya.

" I'm sorry dear. Abang tak patut biarkan adik pergi dengan uncle Zain jer.."

Qadriyyah yang baru jer sampai dengan suaminya terkejut melihat anaknya telah sedar. Dia meluru ke arah mereka. Aufa hanya terkedu. Matanya terkebil-kebil. Sungguh tak tercapai dek akal fikirannya apabila wanita semalam muncul kembali.

Zaumar menepi memberi ruang kepada ibunya. Qadriyyah duduk di tepi katil sambil mengelus tangan anaknya.

" Zahiyyah, you must be strong my girl"

"Kenapa?"

Aku menjadi pelik.

Tangannya menyentuh muka sebelah kanan yang berbalut. Mata kiriku hanya memandang ke arah wanita separuh usia di depanku.

'Siapakah dia?'

Aku tak pernah melihatnya sebelum ini. Wanita itu memegang kejap tangan kiriku seolah-olah mereka adalah orang yang paling rapat.

"Mama patut suruh Akmal ikut Zahiyyah. This is my fault."

Aku memandang wanita itu pelik.

"Sudahlah Qad. Zaa selamat"

"Tapi abang, wajah anak kita"

Ucapnya lirih. Zahir hanya memeluk Qadriyyah supaya isterinya bertenang.

"Jangan stress Qad. Nanti siapa yang nak jaga anak manja awak nie"

Qadriyyah melepaskan pelukan sambil mengesat airmata sambil tersenyum ke arah anak gadisnya.
Aufa terkebil-kebil memandang hairan dengan drama di depannya.

"Errr.... maaf yer. Uncle and auntie ni siapa?",ujarnya perlahan.

Qadriyyah terkejut. Zahir hanya tenang sahaja.

"Abang, kenapa dengan anak kita? Dia tak kenal kita lagi?", goncang Qadriyyah.

"Tenang... Qad.., Ini hanya sementara. She lost her memory"

'Gila'

Aufa membuntangkan mata. Matanya melirik ke arah lelaki yang masih tegak berdiri menahan hiba. Dia hanya senyap tanpa menyelit dalam perbualan di depannya.

"Mama, abang keluar sekejap."

Ujarnya tanpa menoleh ke arahku. Sedaya upaya dia menahan sebak di dada. Laju Zaumar melangkah keluar.

"Zaumar.., kenapa?"

Tegur Akmal apabila melihat wajah murung anak majikannya.

"Zahiyyah tak kenal kami"

Muklash menepuk lembut bahu Zaumar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience