Haniey gelisah tatkala Zaumar merenungnya tak berkelip. Hayyan pelik.
"Kenapa Encik Zaumar?", tanya Hayyan.
"Oh .. Tak ada apa-apa... rasa macam pernah jumpa jer, secretary you..."
Haniey menelan liur. Hayyan tersenyum.
"Yeke, Encik Zaumar... Tapi ni first time saya jumpa encik...", Haniey berkata selamba.
"Haha... ye kot. Teringat kat adik saya...awak ada iras-iras sikit, tang hidung nga mulut tu memang sebijik....", jelas Zaumar.
Haniey ketawa menutup gugup. Hayyan melirik pandang ke arah Haniey.
"Sebelum start meeting... I nak tanya, Zahiyyah dah cover ke belum. Hari tu dia masih pakai tongkat kan....?", Hayyan sengaja bertanya sambil menjeling sedikit melihat riak wajah Haniey.
Haniey buat tidak tahu sahaja.
"Alhamdulillah dah boleh berjalan dah. Insyallah akhir bulan ni, dia pulang ke rumah kami di sini..."
"Adik Encik Zaumar sakit apa eh....?", tanya Haniey tiba-tiba.
Hayyan menoleh ke arah Haniey. Tadi macam tak ambil point pun.
"Accident 2 tahun lepas... 2 bulan koma... dia lumpuh akibat kecederaan pada kepala...jadi kami sekeluarga sering berada dengan dia untuk fisioterapi supaya dapat pulihkan dia...."
Haniey kusyuk mendengar, dia memandang wajah Hayyan apabila menyedari Hayyan memerhatikannya.
" Kenapa Tuan?"
Hayyan hanya menggeleng.
Zaumar juga pelik melihat Hayyan. Setahunya Hayyan sayangkan Aufa. Beralih arahkah.
"Jom kita mulakan...", Hayyan berkata serius.
Haniey hanya menurut sambil bersedia untuk mencatat isi perbincangan.
******
Haniey menilik wajahnya yang terbias di cermin di bilik air. Mujur solekannya masih elok. Tidak sia-sia dia mempelajari teknik solekan di Thailand.
' I'm sorry Hayyan... Kau umpan terbaik aku buat masa ini... Bersabarlah....'
Telefonnya bergetaran. Dia mencapai sambil melihat pemanggil, J. Panggilan yang memasuki line private.
"Hello J..."
Diam seketika. Suaranya sangat perlahan. Supaya tidak di dengari keluar dari bilik air.
"Okey J...Hmm...3 minggu lagi? Di mana?", Haniey bertanya.
"Ohh.. Anniversary Harmony Holdings... Kenapa tidak anniversary Gah Holdings?"
"I see.... Okey... I'm ready."
Haniey mematikan panggilan. Dia termenung. Nampaknya dia perlu segera memberitahu rakannya. Dia hanya switch nombor simkad pada telefonnya.
"Hello, Nur... You take Firdaus dulu. I ada kerja... Please stay safe..."
Haniey diam sejenak mendengar Nur berbicara.
"Ya... aku janji aku jaga diri aku. Don't worry..."
Haniey segera menelefon seseorang.
"Hello abang. Move plan B... Yeah... diaorang dah bergerak. Kita ada 3 minggu nak setelkan hal ni... We want reveal her, right....?"
Haniey mengangguk walaupun orang di sana tidak nampak.
"I'm very sure... J dah inform their plan...Now, I just follow them... Be careful abang...."
Haniey memutuskan panggilan. Haniey membetulkan rambutnya sedikit. Bibirnya di oles sedikit dengan gincu.
Haniey bergegas keluar. Mungkin Hayyan sudah lama menunggu.
Haniey melangkah masuk ke bilik CEO Harmony Holdings. Melihat Hayyan yang sedang menikmati kopi bersama Zaumar.
"Minum dulu Cik Haniey....", Zaumar meletakkan kopi di meja sebelah Hayyan.
Haniey hanya mengangguk sambil duduk dan menyisip sedikit kopi.
Hayyan sudah bangkit dari kerusi.
"Jom..", Hayyan menarik tangan Haniey supaya bangun.
Zaumar hanya melihat tautan tangan Haniey dalam genggaman Hayyan. Keningnya terjungkit.
Hayyan hanya selamba.
"Kami pergi dulu. Kalau ada apa-apa, just tell me...", Hayyan berjabat tangan dengan Zaumar.
"Okay..."
Hayyan hanya senyum. Dia menarik Haniey keluar.
Tiba di lot parking. Hayyan membuka pintu kereta untuk Haniey. Haniey pelik.
Haniey hanya menurut. Sebaik Hayyan duduk di tempat pemandu, dia menoleh melihat Haniey.
"Saya nak bawa awak ke satu tempat."
"Mana Tuan...?", Haniey menoleh melihat Hayyan.
Hayyan hanya senyum.
*******
Jam sudah menginjak pukul 5.30 petang. Haniey memandang sekeliling. Taman itu mengingatkannya sesuatu. Beberapa orang sedang joging, ada juga yang bersenam santai. Ada sekumpulan remaja yang sedang bermain papan luncur.
Hayyan menarik tangan Haniey ke arah kumpulan remaja tersebut. Haniey tersentak namun kakinya tetap melangkah mengikut rentak Hayyan.
"Eh... abang Hay... lama kitaorang tak jumpa abang...", tegur seorang remaja.
"Abang sibuk sikit, Amir..."
Hayyan mengambil papan luncur dari tangan Amir. Lalu menunjukkan sedikit skill.
Haniey terlopong.
'Mamat ni dah tahu ker pasal aku...', Haniey berpeluh.
'Janganlah...'
Hayyan memandang ke arah Haniey sambil melambai tangan supaya pergi kepadanya. Haniey menggeleng. Hayyan mengorak langkah kepadanya.
"Jomlah, saya ajarkan..."
"Tak nak la... nanti jatuh.. Lagipun saya pakai skirt kan ni... "
Hayyan menepuk dahi.
"Hahaha.. saya lupa..."
Hayyan melipat lengan baju separas siku sambil memandang Haniey.
"Boleh awak tunggu sini...?", Hayyan berkata sambil meluncur perlahan.
Haniey mengangguk. Haniey melangkah ke bangku berdekatan.
Melihat Hayyan yang sedang menunjukkan demo kepada kumpulan remaja, Haniey sangat teruja.
'Kau tak berubah Hayyan... aku cintakan kau sejak kali pertama kita berjumpa... Aku akan pastikan kau selamat...'
"Hai... Sorang jer ker?...", tegur seorang lelaki.
Haniey menoleh melihat ke arah suara yang menegurnya. Tiga lelaki sedang tersengih melihatnya.
"Adik manis nama apa?", tanya seorang lagi.
Haniey menjungkitkan keningnya.
Lelaki-lelaki itu masih lagi tersengih.
"Karl, sombong la minah ni..."
Lelaki yang di panggil Karl duduk dekat dengan Haniey. Haniey tidak berpuas hati.
"Saya tak kenal awak. Boleh tak jangan kacau saya...", Haniey bersuara.
"Tapi saya nak kenal dengan awak la.... Awak ni cantik la..."
Tangan si Karl sudah bergerak nak menyentuh wajah Haniey. Haniey sudah hilang sabar lalu menepis. Tangannya dipegang kejap oleh lelaki itu.
"Kau akan menyesal..."
Haniey sedaya upaya melepaskan tangannya. Haniey sudah berdiri. Tiba-tiba satu tumbukan hinggap di muka lelaki itu. Pegangannya terlepas. Haniey menggosok tangannya yang sudah merah.
"Berani kau kacau aku...", marah lelaki itu.
Kawan-kawannya sudah mendekat untuk membalas.
Haniey memandang ke arah Hayyan yang berjalan di hadapan Haniey.
"Dia milik aku...," keras suara Hayyan.
Haniey tersentak.
"Berani kau... belasah dia...", arahnya kepada dua orang kawannya.
Mereka meluru ke arah Hayyan. Hayyan tenang saja. Dia terus menendang perut mereka. Masing-masing terdampar di tanah. Lelaki ya g bernama Karl yang melihat sudah kecut perut. Tak sangka , mereka berjumpa dengan orang yang salah.
"Dah blah. Blah...", lelaki itu mengajak kawan-kawannya.
Amir dan kawan-kawannya datang menghampiri apabila melihat Hayyan membuka langkah.
"Wahh.. hebatnya abang...", mereka teruja.
"Selalu ker penyangak tu datang sini...?", tanya Hayyan.
"Diaorang selalu datang mengacau kat sini..."
Hayyan menggeleng kepala. Anak muda zaman sekarang, teruk betul.
Hayyan menoleh ke arah Haniey. Tangan Haniey di belek. Jelas berbekas kemerahan, malah ada sedikit darah. Mungkin terkena kuku lelaki tadi.
"Jom saya sapukan ubat.", Hayyan memegang tangan Haniey.
Amir dah tersenyum bermakna.
"Abang balik dulu yer..."
"Okay abang...," ujar Amir sambil mengangguk.
Hayyan menarik Haniey menurutinya.
Berdebar dadanya tatkala tangannya dalam genggaman Hayyan.
Perutnya rasa sebu. Hatinya berbunga-bunga.
'Aku jatuh cinta lagi....'
Share this novel