Aufa menggeliat. Sakit badannya akibat bertumbuk petang semalam. Sebaik sahaja Aufa membuka mata. Terbuntang matanya melihat Qadriyyah sedang tegak merenung ke arahnya.
"Eh mama....", kalut sebentar.
Qadriyyah menghampiri anaknya. Laju tangannya memegang pipi, di pusing-pusing untuk melihat dengan teliti.
"Ni kenapa? Mama tengok macam lebam..."
Qadriyyah gusar melihat pipi Zahiyyah yang lebam. Dia yang ingin mengejutkan Zahiyyah pada waktu itu terkejut juga melihat kesan lebam di pipi anaknya.
"Ye ker... Aaaa jatuh semalam dekat kolej. Sikit jer mama....", Aufa sudah gelabah.
"Hari ini tak payah pergi kolej lah. Lebam ni....,"
"Zaa okey, mama jangan risau....."
"Betul... Lagipun Zaa baru pergi satu hari, takkan nak MC lagi....", Aufa sengih menampakkan gigi.
Dah macam iklan ubat gigi dah.
"Kalau macam tu, Zaa siap-siap. Nanti Akmal hantar. Abang Zaumar, lusa baru balik. Outstation kat Singapore..."
" Patutlah tak nampak batang hidung abang..."
"Cepatlah, dah pukul 7 dah ni..."
"Alamak... Subuh...."
Qadriyyah menggeleng kepala melihat Zahiyyah yang sudah mencanak ke bilik air. Semalam dia sudah tertidur jadi tidak dapat menemani Zahiyyah seperti sebelum ini. Qadriyyah keluar untuk turun ke bawah. Dia sudah siap memesan kepada Kak Milah supaya menghidangkan sarapan.
******
Aufa sudah pun tercegat di hadapan pintu kolej. Kelibat Hayyan yang menunggunya dengan tubuhnya bersandar ke dinding pagar. Aufa terjenguk-jenguk mencari Marina dan Ryn.
"Marina dah masuk. Aku suruh dia pergi dulu."
Hayyan dapat menangkap siapa yang Zahiyyah cari.
"La... Kenapa? ", Aufa monyok.
"Hei... Aku kan ada. Aku teman kau ke kelas...."
Aufa mendongak memandang wajah selamba Hayyan. Lama tanpa berkata apa-apa. Terasa sebu perut seperti rama-rama berterbangan.
"Aku tahu aku handsome...", Hayyan senyum senget.
Aufa tersedar, lalu di toleh ke arah lain. Malu setaman. Dengan lelaki itu, Aufa selalu terbabas. Terus kakinya melangkah menuju ke fakultinya.
"Tunggulah....", ujar Hayyan apabila di tinggalkan.
Hayyan gelak, namun turut melangkah menyaingi gadis di hadapannya. Gembira hatinya melihat wajah itu yang kemerahan.
*****
Di luar pagar, seorang lelaki menghentakkan tangan pada stereng kereta.
"Tak guna Hayyan..."
Hariiz yang ingin berjumpa Zahiyyah tidak kesampaian apabila melihat Hayyan berada di samping Zahiyyah. Hatinya terasa panas.
"Apa salah I , Zahiy....? ", Hariiz bercakap sendiri.
Cintanya tak pernah padam. Malah makin kuat setiap hari. Dia juga hairan, Datuk Zahir juga sering mengelak apabila dia ingin bertemu. Apa punca, dia juga tidak tahu.
"Ahhh..... Zahiy.... Aku takkan mengalah... Dulu kau juga beritahu yang kita takkan mengalah walau apa pun yang terjadi....."
Telefonnya bergetaran. Bosan melihat beberapa kali dari pemanggil yang sama. Lantas dia mengangkat.
"Hello..."
"Hello boss.... You ada meeting kejap lagi.... Datuk Malik is here...."
"Damm... Mas, you cover I jap. 10 minutes ,I sampai... You kelentong la apa-apa... Okey..."
Segera Hariiz memecut keretanya.
'Mati aku kalau daddy tahu aku jumpa Zahiy...'
******
"Hello boss..."
Seorang lelaki sedang bercakap di telefon sambil matanya masih terarah ke kolej. Manakala rakannya sedang enak menghisap rokok.
"Saya tak pasti, tapi kelakuannya pelik."
Lelaki itu menganggukkan kepala walaupun dia tahu bosnya tidak nampak. Lelaki itu diam mendengar arahan dari bosnya.
"Baik, bos. Kami akan pastikan dia takkan wujud lagi. Okey Bos.."
Lelaki di sebelah tempat duduk menoleh sambil bertanya.
"Apa macam bos cakap?"
"Bos suruh setel. Tak kira dia ingat atau tak. Setel nanti, kita boleh blah..."
Mereka tersenyum. Sudah terbayang duit sebanyak Rm 1juta akan di masukkan dalam akaun mereka selepas kerja di siapkan.
Share this novel