Interkom di mejanya berbunyi.
"Alin...masuk sekejap...."
Hayyan menekur menandatangan beberapa dokumen.
"Ya Tuan..."
Gemersik suara di hadapan memberhentikan gerakan tangan Hayyan. Dia mendongak.
"Haniey... owh... lupa...", Hayyan menepuk dahi.
Wajah setiausaha barunya di lihat. Sangat menarik dengan skirt labuh berwarna hitam bersama blaus krim, dengan rambut ikalnya di ikat ponytail.
"Sorry, saya lupa Alin last kerja semalam...."
Haniey tersenyum sahaja.
"Alin ada cakap tak pasal Family Day minggu depan...?"
"Ada Tuan..."
"Now Haniey yang akan ambil alih...", Hayyan pandang muka Haniey yang cuak.
Hayyan ketawa kecil apabila terbayang-bayang wajah Aufa.
"Takut la Tuan,... Saya tak biasa handle majlis besar...."
Hayyan berdehem sedikit menutup senyumnya.
"La... bagi inform jer pun... Alin dah siapkan semua aturcara dah. Nah ,copy ni,.. Nanti bagi kat semua wakil bahagian..."
Haniey menyambut juga kertas yang dihulurkan oleh Tuan Hayyan.
"Baik Tuan.....", perlahan Haniey bersuara.
"Nanti you handle meeting dengan ketua bahagian pasal Family Day tu...."
Haniey ternganga.
"Saya ker?"
"Yelah... siapa lagi...", Hayyan jungkit kening.
Haniey monyok.
"Go... go...go...", arah Hayyan.
Haniey terus berjalan tegak. Segera keluar dari bilik Hayyan. Nasib la hari pertama pun dah kena handle meeting.
Dia segera menghantar mesej melalui wasap ke group ketua bahagian. Senang sikit. Mujurlah Alin dah masukkan nombornya siap-siap dalam group wasap.
Dia segera membuatkan salinan yang di arahkan olah Hayyan. Sambil menunggu, dia menyiapkan tugasan untuk hari esok.
Alin dah selesaikan tugasan hari ini pada hari semalam. Alin menegaskan, segala dokumen yang di perlukan keesokkan hari, harus di siapkan pada hari ini. Walaupun terpaksa bawa balik.
*****
Setiap salinan telah pun di edarkan. Masing-masing sudah tersenyum melihat aturcara yang telah di cadangkan.
"Kesian Alin, tak dapat join..."
Haniey memandang mereka. Dari situ dia nampak betapa Alin sangat rapat dengan mereka.
"Cik Haniey pergi dengan siapa nanti?", tanya Encik Razak, ketua bahagian kewangan.
Haniey memandang Encik Razak yang tersengih miang. Yang lain dah mencebik melihat telatah 'ulat bulu'.
"Ulat bulu dah naik daun....", jawab Hafiz , Ketua Engineer.
"Woi Razak.... udah..udah ler... 2 orang pun dah berperang. Takkan nak tambah lagi sorang....", Latipah mengutuk.
Masing-masing gelak tak ingat. Razak dah cemberut.
Haniey hanya tersenyum. Dia tak ambil serius.
"Saya akan pergi dengan anak saya...", Haniey menjawab juga soalan Razak.
Semua di situ senyap. Semua tunak kepada Haniey.
"Awak dah kawin?", Razak terkejut.
Haniey tersenyum. Latipah selaku bahagian HR hanya diam.
"Wah... Razak melepaslah kau...", Hafiz menjerit kecil.
"Weh poyo jer la kau.... ",Razak menjegil ke arah Hafiz.
Hafiz tersengih.
"Saya ibu tunggal... Setakat ni je saya boleh kongsi....", Haniey menamatkan pertanyaan.
Razak tersenyum miang.
'Ada can meh....',hatinya berbisik.
"Dia terlalu muda untuk seorang ibu..."
"Maybe kawin awal kot,. Then cerai..."
"Yeke... entah-entah..."
Kedengaran bisik-bisik dari arah belakang.
Haniey biarkan. Biarlah rahsia. Janji semua orang tahu dia ada anak.
"So setakat ni je untuk hari ni. Nanti inform anak buah masing-masing. Saya keluar dulu....", Haniey berlalu pergi.
Belum sempat Haniey duduk di tempatnya. Telefonnya berdering.
******
Hayyan melihat biodata Haniey.
'Janda anak satu... menarik....'
Baru hari ini dia sempat meneliti maklumat pekerja barunya.
Semasa Haniey menguruskan mesyuarat ketua-ketua bahagian, Hayyan sudah memerhati gelagat mereka dari CCTV. Bermakna pekerja yang di sarankan oleh Alin memang boleh buat kerja, tidak cepat melatah bila menghadapi sebarang situasi. Itu yang Hayyan mahukan.
Tiba-tiba ketukan di pintu membuatkan Hayyan segera menutup skrin CCTV pada lappy.
"Masuk...."
Haniey terjongol cemas.
"Tuan... Sorry Tuan... Saya kena ambil anak saya kejap. Dia jatuh kat taska...."
"Okey...."
Haniey ingin menutup pintu. Hayyan sudah bangun.
"Saya temankan...."
Haniey terbeliak.
"Eh Tuan ada meeting kejap lagi...."
"Sempat...Dua jam lagi. Datuk Hary baru telefon saya , yang dia akan datang pukul 2 petang nanti..."
Haniey mengangguk. Dia berjalan laju mengambil begnya. Hayyan mengikut dari belakang.
Tiba di lot parking.
"Naik kereta saya...",saran Hayyan.
"Hah.... tapi Tuan tahu ke jalan nak pergi sana?"
"Awak tunjukkanlah..."
Haniey hanya mengikut.
*****
"Ibu..."
Hayyan melihat seorang budak lelaki yang berlari ke arah Haniey.
"Firdaus, jangan lari..."
"Sorry ibu..."
Haniey melutut, memeluk anaknya. Dahinya yang bertampal kasa putih, di pegang.
" Sakit...?"
Firdaus hanya mengangguk.
" Fir tak dengar cakap cikgu ker?", tanya Haniey lembut.
Firdaus menggeleng. Matanya bergenang.
"Kenapa?"
"Kawan ejek Firdaus tak ada papa...", tangannya menyeka airmata yang mengalir.
Hayyan hanya memerhati dua beranak itu berbicara. Tersentuh hatinya melihat anak kecil itu. Seperti dia dahulu. Namun dia sudah pandai berdikari.
"Fir gaduh dengan kawan la ni..."
Firdaus mengangguk. Haniey menyeka lembut airmata di pipi anaknya sambil mengucup lembut.
" Fir tahukan papa dekat mana sekarang?"
"Jannah...", sambil mengangguk.
Hayyan tergamam apabila mendengar jawapan Firdaus. Bermakna ayahnya sudah pergi menghadap Illahi.
"Jadi apa yang Fir perlu buat bila rindukan papa...?"
"Fir akan baca doa dan al-Fatihah untuk papa nanti...", Firdaus mengorak senyum.
"Jangan gaduh lagi. Biar je kawan nak ejek. Janji Firdaus tak lupa pada papa...", Haniey mengusap kepala anaknya.
Hayyan kagum melihat Haniey.
******
"Terima kasih mak cik... habis kerja Honey datang ambil Firdaus...."
"Tak apa , Honey. Kamu dah macam anak makcik...."
Mak cik Maria memegang tangan Firdaus.
"Fir jangan nakal.. Lepas habis kerja, ibu datang ambil Fir yer..."
"Baik ibu...", lalu mencium tangan Haniey.
Hayyan yang berada di kereta hanya memandang. Haniey yang menghantar Firdaus ke depan pintu rumah pengasuhnya.
"Sorry Tuan, menyusahkan Tuan jer...." Haniey bersuara selepas masuk ke dalam kereta.
"Tak menyusahkan... nak makan dulu tak? ", tanya Hayyan.
Haniey memandang jam pada pergelangan tangan.
"Rasa tak sempat dah nak makan. Tapi kita boleh beli makanan kat gerai depan tu. Tuan Hayyan okey tak?"
"Saya okey jer...."
"Kalau macam tu, Tuan berhenti depan gerai tu. Saya turun belikan. Tuan nak makan apa..?"
"Nasi kerabu ada tak? "
"Ada..."
Semasa Haniey sedang membeli. Hayyan termenung. Situasi hari ini seakan pertemuannya dengan Aufa. Perasaannya sama seperti dulu. Dia menjadi teruja.
Telefonnya berdering.
"Assalamualaikum Farish..."
"Waalaikumussalam. Where are you? "
"Outside..."
"They want to kill you... please get bodyguards now... come back now...."
"It's okey Farish... I will be fine...."
"Tuan..."
"Don't worry..."
Hayyan menamatkan panggilan apabila Haniey kembali.
Share this novel