Bab 22

Drama Series 5143

Hayyan memandang wajah peguam ayahnya, Encik Nash. Di kanannya, Datuk Malik tenang sambil di temani oleh Hariiz. Farish berserta 2 pengawal yang lain, Dean dan Pae menunggu di luar bilik.

" Dengan ini, saya Nash Kahar. Selaku peguam Dato Tuan Kamarul akan membacakan wasiat beliau.."

Encik Nash ke arah ke wajah setiap orang di hadapannya.

" Gah Holdings akan di serahkan kepada anak Dato Tuan Kamarul iaitu Tuan Hayyan Faiq. Teratak Munirah juga di serahkan kepada Tuan Hayyan Faiq. Manakala Jaya Holding pula akan di serahkan kepada Datuk Malik Syariff dan Hariiz Damien...."

Encik Nash mengangkat kepala memandang wajah di hadapannya.

"Sudah selesai Encik Nash?", tanya Datuk Malik Syariff.

"Belum... Ada satu part lagi... Wasiat Datin Munirah...", Nash membuka sehelai lagi kertas wasiat.

Datuk Malik tercengang. Hariiz sudah ingin bangun meninggalkan bilik.

"Hariiz, you must still here...", tegah Nash apabila melihat Hariiz sudah bangun.

"Saya tak ada kena mengena dengan wasiat auntie Munirah..."

"Dengar dulu.... Datuk Malik selaku penjaga Hariiz selama ini juga perlu dengar...", ujar Nash sebelum menyambung.

"Terdapat beberapa harta di atas nama Datin Munirah binti Megat Faizal... Tanah pertanian sebanyak 47 ekar di Setiu, Terengganu... Separuh akan di berikan kepada Tuan Hayyan Faiq dan separuh lagi kepada Hariiz Damien.... Dan syer resort Tanjung , 55 peratus milik Tuan Hayyan Faiq bin Tuan Kamarul dan 45 peratus adalah milik Hariiz Damien...."

Datuk Malik Syariff tercengang. Hariiz keliru. Hayyan hanya diam, dia tahu mesti ada sebab ibunya memberikan kepada Hariiz. Baginya itu hak ibunya.

"What's going on...?"

"Firstly, I'm sorry from her side. This is a letter from Datin to you....", Encik Nash menghulurkan sekeping kertas yang berlipat dua.

Sebaik sahaja Datuk Malik Syariff membacanya, mukanya merah menahan marah.

"Tell me Nash, it's not true....", tengking Datuk Malik Syariff.

Surat di tangan di renyuk sambil dia menepuk meja.

"Calm down Datuk Malik.. I'm just to give a mandate from his late...."

"Daddy... Why...?", Hariiz keliru.

"You're my son... Nothing can changes it...", lantas dia bergegas keluar.

"Daddy ,please explain to me. What happened..?", Hariiz terkejut melihat kemarahan ayahnya.

Hariiz mengambil surat yang renyuk di atas meja. Matanya terpaku,dia terduduk kembali. Hayyan juga tertanya-tanya. Lantas mengambil surat dari tangan Hariiz.

Terbeliak Hayyan tatkala membacanya. Memang benar itu adalah tulisan ibunya. Amat mengejutkan apabila ibunya menyatakan Hariiz Damien adalah anak kandung kepada Hazran, bapa saudaranya. Jadi Datuk Malik Syariff bukanlah bapa kandung Hariiz. Hayyan keliru.

Encik Nash hanya memandang mereka berdua bersilih ganti.

"Sebenarnya Datin Munirah sempat berikan surat ni sehari sebelum accident... Dato Kamarul pernah beritahu uncle , mereka sudah di intip dan di ekori sejak setahun sebelum ini. Di sebabkan itu juga Tuan Hayyan Faiq di letakkan di asrama supaya keselamatannya terjamin."

Hayyan mengeluh kesal. Rupa-rupanya dia di letakkan di asrama kerana itu. Mati-mati dia ingat di sebabkan peperiksaan PT3 yang akan di hadapinya.

"Uncle rasa arwah meninggal bukan sebab accident.... Tapi pembunuhan yang di rancang...."

Hayyan dan Hariiz terkejut.

"You sure, uncle...?", mereka menyoal serentak.

"Yer...sebab uncle juga menerima ugutan selepas kemalangan itu...", Encik Nash diam seketika.

"Malam semasa berlaku kemalangan, kebetulan Datin Munirah menelefon untuk memberitahu yang adik bongsunya, Hazran melarikan diri dari penjara..."

"Lepas tu uncle terdengar Dato Kamarul beritahu ada 2 kereta menghimpit mereka... Kemudian, panggilan terputus....," sambung Encik Nash kembali.

"Uncle memang tak tahu ker kerja siapa?", Hayyan bertanya .

Encik Nash menggeleng.

"Uncle pernah upah penyiasat, tapi hanya dapat sedikit clue. Kebanyakkan bukti telah di hapuskan. Beberapa orang yang terlibat, hilang begitu sahaja. "

Hayyan dan Hariiz berpandangan.

"Jadi pak su Hazran, di mana dia sekarang?", Hayyan bertanya.

Hariiz mendengar dengan debaran.

"Sampai sekarang, uncle tak tahu mana Hazran menghilang....", Nash menggeleng kepala.

Hariiz kecewa. Dia perlu mencari kebenaran. Selama 25tahun, dia percaya Datuk Malik Syariff adalah ayahnya.

"Uncle... it's true I'm is Hazran son?...", Hariiz bertanya untuk kepastian.

"I'm not sure... I think Datin Zaimah, your mother can tell you everything..."

Hariiz meraup wajahnya. Hayyan menepuk bahu Hariiz perlahan.

"Tuan Hayyan..., about the investigation... please refer Farish. He's the one witness for that night. And he keep all documents about the case when police close up the case.."

"Thanks Encik Nash.... ,"

Hayyan berjabat tangan dengan peguam ayahnya. Hariiz juga bangun berjabat tangan dengan Encik Nash.

Sebaik sahaja mereka keluar. Farish yang sedang duduk , bingkas bangun menghampiri Hayyan. Hayyan memandang ke arahnya.

"We need to talk ..."

Farish mengangguk, dia sudah sedia maklum jika Hayyan sudah berjumpa dengan Encik Nash.

"Not here, Tuan...", ujar Farish sambil mengajak Hayyan beredar.

"Hayyan, we discussed later...", Hariiz menepuk bahu Hayyan.

"Okey... please don't hasty... Calm down.."

Hariiz beredar.

Tidak jauh dari situ, seorang staff Encik Nash sedang memerhati mereka.

"Hello boss.... He's here... Saya tak dapat dengar. Bodyguard dia kat depan pintu... Sorry boss..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience