Bab 5

Drama Series 5143

Aufa sudah menukar pakaian di bilik air. Dia memandang dari atas ke bawah. Dengan blause warna hijau lumut ropol-ropol. Skirt kembang warna hitam paras lutut.

" Biar betul minah ni , takkan la baju ni jer ada. Aduh.... Aku mana pernah pakai macam ni."

Ngomel Aufa. Biasa baju t-shirt dan jeans yang jadi pilihan harian dia. Tu pun jeans yang jenis straight cut jer.

'Tak de seluar ker?'

Beg di selongkar. Ada seluar pendek warna pink tapi macam kecik jer. Aufa menggaru kepala.

' Pakai jer la, dari tak de kan. Buatnya mai angin puting beliung, tak pasal-pasal terselak skirt nanti. Huhuhu. Malu 4 dekad nanti.'

Siap di pakai.

'Rimasnya ,dah la ketat.'

Tok. Tok.Tok.

" Adik dah siap ker belum?"

"Kejap... Kejap..."

Aufa garu kepala.

'Keluar jer la. Wat bodoh jer.'

Dia menolak pintu perlahan-lahan, terjengul kepala keluar. Zaumar dan Akmal memandang pelik.

"Kenapa?"

Aufa keluar perlahan, merah pipinya. Bibirnya tersengih. Zaumar melopong. Bukan sebab pakaiannya yang pelik tapi dek kerana Zahiyyah yang seakan-akan menarik skirt supaya lebih labuh. Gelabah gila tengok. Sesekali tangannya membetulkan blause yang luas lehernya.

"Dah tu kenapa macam tu?

"Seksi sangat. Adik tak biasa"

Zaumar senyap. Zahiyyah sekarang bukan Zahiyyah yang dulu. Zahiyyah yang dulu suka ikut trendy. Kalau tak makeup dengan baju trendy dia, memang tak keluar rumah la. Zahiyyah sekarang, muka bersih dari makeup. Baju pun nak pakai sampai buku lali. Berbeza sangat. Padahal beg makeup dah Kak Milah letak dalam beg.

" Bukan baju ni adik selalu pakai"

"Selalu....", mulutnya ternganga.

'Ahh sudah....'

Akmal tersenyum.

"Jom la."

Beg Zahiyyah, Akmal membawanya. Zaumar menarik pergelangan tangan adiknya. Aufa hanya menurut. Hari ini dia akan pulang ke rumah Zahiyyah.

Di lobi, Akmal meninggalkan Zaumar dan Zahiyyah sementara mengambil kereta. Aufa hanya senyap. Namun pegangan Zaumar tidak di lepaskan. Dalam keriuhan di situ, dia berasa tidak selesa. Seolah-olah di perhatikan seseorang. Aufa menoleh ke kiri, tiada yang mencurigakan. Ke kanan, terlihat kelibat seseorang yang melarikan wajahnya apabila bertembung pandang dengan Aufa. Aufa memerhati.

' Macam pernah lihat. Siapa? Di mana?'

Tiba-tiba Aufa merasakan pergelangan tangannya dilepaskan. Dia menoleh melihat Zaumar sedang menjawab panggilan telefon. Matanya terus mencari kelibat lelaki tersebut.

'Di mana dia?'

Dalam masa yang sama, dia dah merayau-rayau mencari susuk tubuh tadi. Dari jauh dia melihat kelibat lelaki tadi hilang dari lorong yang tidal jauh darinya. Kaki turut melangkah. Belum sempat dia sampai di selekoh, tiba-tiba tangannya di tarik. Aufa terkedu.

Perlahan-lahan dia menoleh. Tercegat di hadapannya seorang lelaki yang di kenalinya.
Aufa kaku.

"Aufa... Kau pergi mana? Puas aku cari kau. Kenapa kau tak balik? Ibu kau dah meninggal, kau tahu ke tak....?"

Kedua-dua bahu Aufa sudah di pegang kemas.

Aufa mengeraskan dirinya. Tak terkata. Lelaki itu... Sungguh dia rindukannya.

Tangannya yang ternaik sendiri memegang pada wajah yang terselindung di sebalik rambut. Lidahnya kelu. Dadanya sesak.

"Hei kenapa? Ni bila pulak kau suka acah-acah kPop ni?", ujar lelaki itu seraya mengangkat tangan ingin menguak rambut pada wajah Aufa. Automatik Aufa melarikan wajah ke kanan.

"Sayang... "

Zaumar yang kelihatan cemas sudah melaung ke arah Aufa.

Serta merta tangan yang memegang bahu Aufa jatuh ke sisi.

'Sayang?', wajahnya sudah berubah ketat.

"Kan abang dah cakap , jangan merayau. Jom kita balik."

Zaumar dah menarik tangan Aufa. Zaumar yang baru perasan akan kehadiran seorang lelaki di sebelah adiknya, memandang hairan.

"Sayang kenal lelaki ni?"

Aufa hanya senyap.

"Kita pernah jumpa ker?", soal Zaumar kepada lelaki tersebut.

"Tak."

"Anyway , Zaumar"

Zaumar memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan.

"Qaysar"

Tangan bersambut.

"You kenal adik I?"

"Adik?", Qaysar pelik.

Zaumar memeluk bahu Aufa.

"Adik i, Zahiyyah..."

"Zahiyyah??", Qaysar memandang pelik.

" Okey Qay, we have to go. Mama kitaorang dah menunggu anak manja dia ni.", Zaumar menarik bahu Aufa.

Aufa hanya senyum. Sebelum berlalu, Zaumar memberikan kad bisnesnya pada Qaysar. Qaysar memandang tangan Aufa yang ditarik oleh lelaki bernama Zaumar. Dia sangat pasti itu Aufa. Walaupun berlainan penampilan, redup matanya tidak berubah.

' Apa yang jadi. Kenapa Aufa di sini?'

Matanya tertancap pada kad di tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience