Aufa tersedar dari lena apabila telefonnya berbunyi.
"Assalamualaikum Haniey. Dah siap ker?..."
"Hah kak, pukul berapa dah ni?", Aufa kelam kabut bangun dari pembaringan.
"Dah pukul 8 dah sayang ooiii.... Salam pun tak jawab, haish....", Latipah gelak.
"Waalaikumussalam....nanti Haniey turun...akak turun dulu la yer....", Aufa tersengih menyedari salahnya.
'Patutnya aku tak tidur selepas subuh tadi'
Tanpa membuang masa Aufa bersiap-siap.
**********
Dari kejauhan Latipah sudah melambai ke arah Aufa. Aufa tersenyum melihat keletah ibu beranak dua itu.
"Haih lamanya bersiap..."
Aufa tersengih.
"Sorry kak...Tuan Hayyan dah turun?"
Latipah muncungkan mulut ke arah kafe. Aufa menoleh, hatinya berbunga.
Latipah tersenyum melihat wajah ceria Haniey.
"Haniey sukakan Tuan Hayyan?", tebak Latipah.
Aufa tersentak. Cepat-cepat dia menggeleng.
"Tak adalah kak.... cuma comel aje tengok dia...", wajah Aufa sedikit memerah dan menggelabah.
Latipah gelak melihat reaksi Haniey .
"Err mana suami dengan anak-anak akak...?", Aufa sengaja mengalih topik.
"Ada tu haa, tengah makan. Saja akak suruh depa makan dulu..."
"Thanks akak tunggu Haniey..."
"Takde tunggu Haniey pun...akak takut Tuan Hayyan marah jer sebab tinggalkan Haniey....", Latipah tergelak sambil berlalu ke kafe.
"Kak Latipah....", Aufa menjerit sedikit sambil berlari anak menyusul Latipah yang sudah memasuki kafe.
"Ouch....", Aufa memegang bahunya yang terlanggar seseorang. Tubuhnya yang hampir jatuh kejap dipegang. Aufa terkejut melihat figura di hadapannya.
"Cik tak apa-apa...", jejaka itu bertanya sambil membetulkan postur Aufa.
"Saya okey...."
Jejaka itu terdiam tatkala mendengar suara gadis di depannya.
"Saya Qaisar...",tangan di hulurkan.
"Errr saya Haniey....", Aufa menyambut huluran Qaisar.
"Suara awak.... mengingatkan saya pada seseorang..."
"Ye ker?", Aufa menahan debar.
Qaisar mengangguk.
"Tapi dah lama saya tak jumpa dia... "
Aufa mendiamkan diri.
"Awak nak ke kafe? Boleh saya join....?", tanya Qaisar.
"Yer, tapi saya datang de...", Aufa terkejut apabila jemarinya di taut oleh seseorang lalu menoleh melihat Hayyan terpacak di sisinya.
"Haniey, ikut saya sekarang....", suara Hayyan yang sedikit keras kedengaran.
Qaisar sedikit kaget apabila melihat jemari yang bertaut.
"Maaf..., saya Hayyan, tunang dia..."Hayyan bersuara serius.
Qaisar tenang.
"Saya Qaisar..."
Tangan mereka berjabat seketika.
"Kami pergi dulu....", Hayyan terus menarik tangan Haniey ke kafe.
Aufa hanya merenung belakang Hayyan sambil menurut langkahnya. Hatinya sedikit berbunga. Rindu tak usah dikata. Ingin saja dia memeluk Hayyan. Namun dia menahan dirinya daripada menunjukkan perasaannya waktu itu.
********
"Kenapa tak makan?", Hayyan melihat Haniey yang menguis-nguis makanan dalam pinggan.
Aufa mendongak melihat raut wajah Hayyan. Hayyan merenung.
Aufa kembali memandang nasi goreng dalam pinggan, perutnya sebu.
Qaisar yang duduk selang dua meja masih merenung Haniey. Hayyan mengeluh kerana menyedari perlakuan Qaisar.
"Kalau tak selesa, kita makan kat tempat lain...."
"Saya okey Tuan, cuma....", Aufa mengetap gigi.
"Kenapa...?"
"Errr....", Aufa menarik tangan Hayyan supaya mendekat.
Hayyan mendekati Haniey sebelum Haniey menariknya lebih rapat. Haniey berbisik. Bulat mata Hayyan.
"Are you sure...?", berkerut dahi Hayyan.
Aufa mengangguk sambil menunduk malu.
Hayyan bangun lalu membuka baju sejuknya lalu membelakangi Aufa.
"Bangun..."
Aufa bangun perlahan.
Hayyan segera mengikat tangan baju pada pinggang Haniey untuk menutupi seluar Haniey yang terdapat tompokan darah.
"Jom....beli pad..."
Wajah Aufa merona merah. Namun tetap melangkah menuruti Hayyan.
*********
Sebaik sahaja Aufa menukar baju, dia segera keluar. Hayyan yang berdiri di dinding di tepi pintu biliknya di pandang.
"Thanks Tuan..."
"Welcome..."
Hayyan memegang bahu Aufa.
"Saya dah lama nak tanya Haniey..."
"Apa Tuan...?", Aufa gugup kerana dia tahu apa yang Hayyan ingin tanyakan.
"Semalam saya jumpa Firdaus dengan seorang perempuan....", Hayyan melihat reaksi Haniey.
Wajah Hainey kelihatan tenang.
"Dia adik saya..."
"Tapi kenapa dia lari..."
"Saya tak nak Firdaus tahu saya di sini...."
"Tapi kenapa...? Kita di sini pun sebab family day ..takkan awak tak nak bawa dia ke sini...."
Aufa menunduk.
"Saya tak nak dia teringatkan ayahnya apabila melihat keluarga yang lain.... Saya yang tak kuat..."
'Saya tak nak awak terluka lagi Hayyan...', Aufa menitiskan airmata.
Hayyan kaget. Pantas dia memeluk Haniey.
Aufa membalas pelukan Hayyan sekuat yang mungkin. Dia rindukan Hayyan. Sekurang-kurangnya terubat sedikit rindu walaupun Hayyan hanya menganggap dia sebagai Haniey. Dia tidak cemburu.
Qaisar merenung dari jauh, merah padam wajahnya menahan marah. Tangannya di kepal kuat.
'Kau memang tak guna, Hayyan. Dulu kau rampas Aufa dari aku.... Sekarang, Haniey juga kau nak ... kau memang tak guna....'
***********
Share this novel