2 tahun berlalu.
Hayyan merenung bintang di langit dari beranda. Dia mengetap bibir. Panas hatinya dengan Aunty Zaimah yang sering datang mengenalkan gadis-gadis kepadanya. Kenapa bukan kepada anaknya Hariiz. Bukan dia tak tahu agenda bekas isteri bapa saudaranya itu adalah Gah Holdings.
Video Aufa di mainkan. Hanya mendengar suara Aufa membuatkan dirinya tenang dan damai. Rindunya pada Aufa. Masih tiada apa-apa berita mengenai Aufa.
"Rindu Aufa....?", Mak Sufiah mencelah dari sisi.
Hayyan menoleh.
"Mak..."
"Bilalah dapat jumpa menantu mak ni...?",
"Entahlah, Hayyan pun tak tahu. Tapi Hayyan tahu dia masih hidup, dia takkan mudah mengalah. Hayyan hanya mampu menunggu..."
"Berdoalah kepada Allah SWT... Dialah tempat kita bergantung harap...."
"Hayyan tak pernah lupa, mak... Insyallah dia akan kembali..."
Mak Sufiah menggosok belakang badan Hayyan.
"Mak masuk dulu... Jangan lama-lama berembun, nanti sakit pulak..."
"Baik mak..."
Hayyan mengekori langkah Mak Sufiah dengan matanya sehingga hilang dari pandangan.
Matanya kembali memandang bintang
, cahaya rembulan penuh mengingatkan Aufa. Masih terngiang-ngiang di telinganya sewaktu berbicara telefon. Selepas wasapnya tidak di balas, dia tak dapat menahan diri daripada menelefon Aufa. Mujurlah Aufa mengangkat panggilannya.
"Kau buat apa?"
"Tengok bulan bintang..."
"Dah tak reti nak balas wasap....?"
"Huh... pervert.... malas aku nak layan..."
"Hahaha... aku pervert dengan kau jer....", Hayyan merenung bulan dari beranda biliknya.
"Kau kan.... eee.... Aku letak kan.....",
"Janganlah...."
"Tau takut...."
"Aku tak dapat tidur...."
"Habis kalau tak dapat tidur, ni nak suh aku pun tak dapat tidur la...."
"Aku rindu kau....."
Senyap. Hayyan tersengih.
"Kau rindu aku tak...?", Hayyan menduga.
"Aaaar.... Aku tidur dulu la. Dah mengantuk..."
Klik. Panggilan di putuskan. Hayyan memandang telefonnya.
*****
Hayyan sibuk meneliti dokumen projek yang sedang di jalankan bersama Gah Holdings bersama Harmony Holdings.
Interkom di hadapannya berbunyi. Dia menekan speaker.
"Yer... Alin. Ada apa....?"
"Tuan.... busy ker? Saya nak kenalkan pengganti saya kat Tuan Hayyan...."
"Okey, awak boleh masuk...."
Hayyan meletakkan fail projek ke tepi. Bunyi ketukan di pintu.
"Masuk...", Hayyan bersuara sambil menunduk mengambil sesuatu dalam laci.
"Tuan Hayyan.."
"Wait a minute... Duduk dulu...."
Bunyi kerusi di duduki. Hayyan mengangkat badannya selepas menjumpai sampul di dalam laci bawah. Sebaik dia memandang, dia terkedu melihat seorang gadis yang bermata hijau hazel tunak memandang ke arahnya. Hidung dan bibirnya seperti Aufa. Namun wajahnya tiada sebarang cela. Alin tersengih melihat bosnya yang kaku.
"Err Tuan.... Kenalkan Nur Haniey...", Alin memperkenalkan gadis tersebut.
Hayyan tersentak.
"Oh okey... Saya Tuan Hayyan...", Hayyan menghulurkan tangan.
"Honey..."
Tangan bersambut. Hayyan terkedu. Kedengaran jelas suara itu di halwa telinganya seperti Aufa.
"Honey..?"
"Maaf Tuan, dari kecik, semua panggil Saya Honey...", Honey tersipu.
'Aduh....', pening Hayyan mendengarnya. Dengan lenggok manja begitu. Lagi parah. Dadanya berdebar-debar.
Hayyan melepaskan pautan jemarinya. Dia mengalihkan pandangan ke arah Alin.
"Alin... nanti awak terangkan semua skop kerja pada Honey...."
"Yes Bos...", Alin sengih.
"Nah...", Hayyan menghulurkan sampul kepada Alin.
"Apa ni Tuan...?", Alin menyambut sampul yang di hulur.
"Untuk rawatan ayah awak...."
"Terima kasih Tuan....", sebak Alin dengan keprihatinan majikannya.
Honey yang melihat, kagum dengan Hayyan.
"Sama-sama... Ada problem, inform jer saya. Okey..."
"Baik Tuan... Kami keluar dulu, Tuan..."
Hayyan mengangguk. Alin bangun bersama Honey , lalu melangkah keluar. Hayyan memerhati Honey. Dari belakang, Honey sememangnya mengingatkan Hayyan kepada Aufa.
"Aufa...."
Hayyan meraup wajah.
' Suaranya sama... tapi wajahnya terlalu berbeza. Tak mungkin Aufa... Aufa.... Mungkin aku terlalu rindukan Aufa agaknya...'
Kepalanya di gelengkan. Hayyan merenung siling beberapa ketika.
Bip bip bip.
Hayyan terkejut apabila melihat iPhone Aufa, berbunyi menandakan ada mesej. Sengaja dia masih membayar perkhidmatan talian yang di gunakan Aufa.
Tangannya laju menekan, ada mesej.
'Private nombor?'
Ikon mesej di buka. Terbuntang matanya tatkala membaca.
*' Wait for me... beri sedikit masa lagi. I miss you a lot, abang...'
Hayyan tersenyum.
'I miss you too, Honey...' ,balasnya di dalam hati.
Hayyan lega setelah sekian lama memikirkan keselamatan Aufa. Lama dia merenung mesej itu. Dirinya bagaikan tidak percaya.
*****
"Tuan Hayyan, this is new information..."
Farish menghulurkan satu sampul kepada Hayyan. Hayyan membuka dan meneliti.
"Are you sure, Farish....?"
"Yes.", Farish menjawab yakin.
"Madam Snake...?"
"Yes bos... But we have a problem...."
"What's that..?"
"We don't know how she's look... Almost of the gang, they never meet her directly... Only just Jimmy... He's a right hand for her. And doing everything their activities...."
"Keep searching..."
"Okey, Tuan Hayyan..."
Farish termenung seketika. Hayyan memandang pelik.
"Anymore else, Farish..?"
"About... Miss Aufa...."
Hayyan duduk menegak. Masih menunggu Farish menjelaskannya.
"We got information that's she at Thailand almost 1 year..."
"Now...?"
"Now she's here. But something weird... I can't trace her..."
"It's okay ,Farish... I know...", Hayyan tersenyum.
Farish mengerutkan dahi. Hayyan tersenyum.
"She's text me..."
"When..?",Farish ternganga.
Farish sebenarnya sedikit pelat, tapi kalau speaking hilang pelatnya. Dia yang keturunan Siam Melayu, sudah tinggal lama di London.
Share this novel