Tok. Tok. Tok.
"Masuk...."
"Datuk Malik..., Encik Muklash nak berjumpa..."
Datuk Malik mengangkat muka memandang wajah setiausahanya.
"Bawa dia masuk...."
Muklash berjalan menuju ke arah meja Datuk Malik yang berpeluk tubuh menunggu.
"Sila duduk...."
"Tak perlu ,Datuk. Saya hanya datang untuk menyerahkan ini sahaja....", Muklash sekadar meletakkan sampul di hadapan Datuk Malik.
Datuk Malik yang bersandar di kerusi, mengambil sampul sambil mengangguk.
"Saya pergi dulu..."
Muklash terus beredar. Datuk Malik hanya tersenyum kemenangan.
'Akhirnya kau mengalah juga, Zahir....:
Seraya tangannya mengeluarkan dokumen dari sampul. Namun pandangannya terpaku. Tangannya membelek dokumen yang lain. Dia terhenyak di kerusi.
"Tak mungkin...."
Tangannya pantas menelefon seseorang.
"Shaifullah..... Aku nak kau datang jumpa aku sekarang...."
Dia meletakkan panggilan sesudah mengarah. Matanya melihat sekali lagi dokumen. Salinan DNA Zahiyyah dan Jazaul Aufa. Salinan IC Jazaul Aufa serta salinan surat lahir. Tertera namanya dan Rafiiqah.
'Mustahil... Rafiiqah dah meninggal waktu tu...'
Kepalanya kusut memikirkan apa yang terjadi. Takkanlah Zaimah berbohong tentang kematian Rafiiqah selama ini. Datuk Malik menggeleng kepala.
'Tak mungkin Zaimah menipu.... Hazran....!'
Datuk Malik mendail nombor rakan baiknya.
"Hello Kim....,"
"Hello Malik..."
"I need your help about my second wife case...."
"What happened...?"
"I think she's still alive.... I need information... And about Hazran too...."
"Okey.... Give me 2 days...."
"Thank you ,Kim... Sorry to give you that mess..."
"Welcome... it's okey... I owe you more , Malik...."
Perbualan mereka di tamatkan.
*****
"Assalamualaikum abang.... Kenapa suruh Epul datang....? Nasib baik Epul baru habis shift...."
Shaifullah yang terjengul di pejabat abangnya. Datuk Malik yang sedang mundar mandir terus menerpa ke arah adiknya.
"Epul yang buat test DNA untuk Jazaul dan Zahiyyah???"
Shaifullah tercengang.
"Abang cakap apa...?" , Shaifullah keliru.
Datuk Malik mengambil kertas DNA lalu di hulurkan kepada Shaifullah. Shaifullah mengambil lalu membaca sekilas.
"Mana abang dapat...?", dia teragak-agak untuk menjelaskannya.
"Datuk Zahir...."
"Datuk Zahir....?"
Shaifullah mengambil dokumen yang lain. Jeda sebentar. Dia memandang tepat wajah abangnya. Memang dia sedar akan nama Aufa. Namun hanya menyangka kebetulan sahaja. Shaifullah melepaskan nafas panjang.
"Memang betul, Epul yang buat test. Tu pun atas arahan Datuk Zahir. Sebab Zahiyyah adalah anak angkat Datuk Zahir. Aufa dan Zahiyyah, kembar...."
Datuk Malik terduduk.
"Jadi... Selama ni abang.... Ya Allah....", tangannya meraup wajah.
Shaifullah hanya memandang Datuk Malik.
"Bagaimana keadaan mereka berdua? Tell me , Epul...."
"Maaf abang, Epul tak boleh beritahu apa-apa lagi. Harap abang faham...."
"Epul..."
" Walaupun abang adalah abang tiri Epul, I can't tell you more... I'm sorry...."
Datuk Malik mengeluh.
"Mereka anak abang..., Epul..."
"Epul dah tak handle kes Datuk Zahir...."
Shaifullah ingin beredar. Dia terkilan sebab keegoan dan panas baran abangnya, memporak peranda hidupnya sendiri. Dia sangat berharap abang bertaubat selepas ini, sama dengan keinginan arwah ibu mereka. Sebelum dia menutup pintu, Shaifullah menoleh melihat abangnya yang menunduk.
"Zahiyyah masih koma... and Aufa still missing. Just pray for them.... Bertaubatlah bang selagi masih berpeluang...."
Shaifullah segera berlalu. Datuk Malik tersentak mendengar kata-kata adiknya.
'Apa yang dah aku buat...'
Matanya bergenang. Tangannya masih mengenggam dokumen tadi. Hampir renyuk.
"Daddy... Mesyuarat dah nak start.." , Hariiz yang melangkah masuk terkaku melihat wajah ayahnya yang bergenang airmata.
"Kenapa daddy?? Uncle Epul ada urusan apa datang pejabat..?"
Hariiz segera mengambil dokumen di tangan ayahnya. Dia terkedu apabila membacanya.
"Tak mungkin.... Daddy, tell me. This is not... I don't believe that. Nonsense.... ",
Datuk Malik hanya memandang anak lelaki tunggalnya yang sudah kusut.
"I don't know, Hariiz... But all this....", kelu dia ingin menghabiskan ayatnya.
"I'm sorry , Hariiz...."
"That's mean she's my sister's. How can be....? No, I don't believe it. I love her... You know that ...I love Zahiyyah... Hariiz tak boleh terima dia sebagai adik... No....", Hariiz meluru keluar.
Datuk Malik memandang sayu. Dia tak menyangka anaknya masih menyintai Zahiyyah walaupun sudah setahun berpisah.
'Hariiz...I'm sorry.... Rafiiqah, aku kejam.... Maafkanlah aku... Jazaul Aufa..... Zahiyyah....'
******
"Abang... Betul ker Zahiyyah dah meninggal...? Tak mungkin.... Qad tak percaya...."
"Zahiyyah okey. Qad jangan risau...", pujuk Zahir.
Qadriyyah seperti di rasuk. Dia menjerit memanggil Zahiyyah dan meronta. Zahir memeluk isterinya.
'Maafkan abang Qad....'
Qadriyyah pengsan. Zahir mengangkat Qadriyyah ke bilik.
" Kak Milah...., kemaskan pakaian Puan dan saya...."
Kak Milah termangu.
" Tuan nak ke mana...?"
"Buat masa sekarang, kami akan pindah..."
"Tuan..., bagi Kak Milah ikut puan. Kak Milah dah tak ada sesiapa lagi...", ujar Kak Milah dengan muram.
Datuk Zahir berfikir seketika.
" Baiklah..."
Wajah muram Kak Milah kembali ceria.
"Bawa yang penting-penting sahaja"
Kak Milah mengangguk sambil bergegas menyimpan barang-barang majikannya.
Share this novel