Bab 27

Drama Series 5143

Haniey mengemaskan tray dokumen yang sudah siap. Masih ada dokumen yang belum di siapkan. Di sebabkan kejadian semalam, semua kerjanya tergendala. Dia segera menyemak dan membaiki apa yang patut sebelum menyerahkan pada Tuan Hayyan.

Seseorang berdiri di depan mejanya menyebabkan dia mengangkat wajah untuk melihat.

"Tuan...", kaget melihat Hayyan merenungnya.

"Awal awak datang hari ni..?"

"Err... banyak kerja tak siap, Tuan..."

"Firdaus okey?"

"Okey Tuan. Hari ni dia dekat rumah jer..."

"Tinggal dengan siapa?", Hayyan mengerutkan dahi.

"Owh... Kawan saya datang semalam. Jadi saya tinggalkan dengan dia. Lagipun dah lama mereka berdua tak berjumpa...."

"Em okey. Saya masuk dulu. Sediakan kopi untuk saya...."

"Baik, Tuan..."

Hayyan masuk ke biliknya. Dalam fikirannya sangat sangsi dengan Haniey. Ada sesuatu tentang gadis itu yang mengganggu fikirannya dari semalam.

Farish yang tiba, terus masuk berjumpa Hayyan.

Haniey yang nampak kelibat Farish, membuatkan dia berpatah balik ke pantri. Segera dia mengambil cawan lain untuk Farish.

Sebelum masuk, Haniey mengetuk terlebih dahulu.

"Masuk..."

Haniey menolak pintu bilik. Suasana agak tegang.

"Kopi, Tuan..."

Hayyan mengangguk.

"Saya keluar dulu...", Haniey boleh agak kehadirannya tidak di perlukan di situ.

Sebaik sahaja Haniey keluar. Hayyan terus memandang Farish.

"I want you get information about Nur Haniey"

"Okey ,Tuan... "

Hayyan menghulurkan kopi kepada Farish. Farish menghabiskan sekaligus. Nasib suam jer.

Farish beredar selepas itu.

Hayyan menekan interkom.

"Haniey, dokumen Harmony Holdings dah siap?"

"Dah Tuan..."

"Okey, nanti saya ambil.."

Hayyan bingkas bangun lalu keluar.

Haniey segera mengambil dokumen sebelum menghulurkan kepada Hayyan.

"Awak duduk pejabat. Saya nak jumpa CEO Harmony. Kalau ada sesiapa datang, call saya dulu, k.."

"Baik boss," Haniey tersenyum.

*****

Meja Haniey di ketuk-ketuk. Haniey memandang ke arah gadis yang agak seksi di depannya.

"I nak jumpa Hayyan..."

"Tuan Hayyan tak ada cik..."

"You jangan nak tipu I, okey. I tengok kereta dia ada kat lot... "

Gadis itu menonong masuk ke bilik Hayyan. Haniey bingkas bangun mengekori gadis tersebut.

Kosong. Gadis itu mencerlung ke arah Haniey.

"Saya dah cakap , Tuan Hayyan tak ada..."

"I waited him here...", bentak gadis itu sambil duduk di sofa.

Haniey tenang.

"Okey. Nama cik? Nanti saya inform Tuan Hayyan."

"Emilia."

Haniey segera menelefon Hayyan.

"Assalamualaikum, Tuan. Cik Emilia nak jumpa Tuan. Dia kat dalam bilik..."

Haniey mendengar arahan Hayyan seterusnya.

"Baik Tuan..", lantas mematikan talian.

"Tuan Hayyan akan sampai dalam setengah jam. Cik boleh tunggu?," tanya Haniey dengan senyuman.

"Huh...I wait here. I want a coffee...,"arah Emilia.

"Okey cik..."

Haniey keluar mengambil coffee. Dari pantri ,Haniey mengintai sedikit. Sengaja dia tidak menutup pintu.

Emilia bangun sambil menoleh kiri dan kanan. Cepat-cepat dia mengambil botol mineral di atas meja. Pil di tangannya dibuka sarung lalu menuangkan serbuk ke dalamnya. Botol di goncang lantas diletakkan kembali ke tempat asal.

Haniey membawa secawan kopi.

"Coffee, Cik Emilia...", sebaik saja menghampiri Emilia, Haniey buat-buat tersadung lalu menumpahkan sedikit kopi di baju Emilia.

"Hey... you memang tak pandai buat kerja ker... Habis baju I...", bentak Emilia.

Emilia yang bengang mengambil kopi yang masih berbaki, lalu di simbah ke arah Haniey. Haniey mengelakkan mukanya supaya tak terkena. Namun bajunya habis dengan kopi. Nasib baik bukan kopi panas.

Emilia bangun menuju ke tandas.

Haniey hanya melirik sahaja. Tangannya menyelongkar beg Emilia yang di tinggalkan. Dia mendapat apa yang dia cari. Haniey melekatkan sesuatu. Segera dia menyimpan kembali setelah selesai.

Air mineral di atas meja di gantikan dengan botol yang baru. Haniey mengambil kain lap di pantri. Botol mineral tadi di sembunyikan di satu sudut. Dia segera kembali ke bilik Hayyan lalu mengelap perlahan coffee yang tumpah di lantai.

Emilia yang baru saja datang menjeling dengan geram.

"I nak you ganti baju I... dah la mahal I beli... Tengok...bodoh..," bentak Emilia sambil menunjukkan bajunya yang masih terlekat kesan kopi.

Haniey menjulingkan mata ke atas sekejap.

"Ada aku kesah... Baju aku ni, kau tak nak ganti...? dah fair la kan, sama-sama kena...Bengap punya perempuan...", balas Haniey mencebik.

Emilia dah bangun.

"Kau kan...", tangannya di angkat tinggi.

Haniey terkedu.

' Habis la aku...'

Belum sempat tangan Emilia mendarat di pipi Haniey. Tangannya di pegang satu tangan sasa dari belakang. Emilia tergamam.

"Sayang....", Emilia merengek.

Hayyan mencerlung ke arah Emilia.

"How dare you...? You should go..Sebelum I hilang sabar....", bentak Hayyan dengan wajah kemerahan.

Emilia pucat. Dia tak pernah lihat Hayyan marah. Selama ni, Hayyan hanya menolak dengan baik.

"Aku tak nak tengok muka kau lagi... Get lost...!"

Haniey terkedu apabila melihat Hayyan yang berubah bengis.

"Hayyan, you ignore me cause this girl, right?", Emilia tidak berpuas hati.

"I'm your cousin. How could you do this..."

"Whatever..., get lost...", Hayyan memegang tombol pintu supaya Emilia pergi dari situ.

Emilia menghentakkan kaki sebelum berlalu dengan marah. Namun dia sempat memberi amaran kepada Haniey dengan matanya.

Haniey buat tidak tahu.

"Are you okay, Haniey...?", Hayyan bertanya.

"Saya okay ,Tuan...",Haniey sengih.

Hayyan melihat baju Haniey yang sudah bertukar rupa.

"Jom, ikut saya....", Hayyan menarik tangan Haniey.

"Ke mana?", Haniey terkebil-kebil apabila di tarik oleh Hayyan.

*******

Bangunan Pavilion di pandang. Haniey merungut.

"Tak nak la ,Tuan..."

"Takkan awak nak pakai baju ni....?Petang ni Ada meeting. Awak kena ikut sekali nanti...."

"Tapi saya tak nak kat sini...."

Hayyan merenung Haniey dengan wajah yang geram.

"Awak kena ikut...."

"No, saya tak nak... "

"Okay Haniey. Awak nak beli kat mana?", Hayyan terpaksa mengalah.

"Kota raya ker, Petaling Street..."

Hayyan tergamam. Wajahnya berubah. Ingatan bersama Aufa menjelma.

Haniey yang melihat Hayyan yang diam berasa serba salah.

'Aduh, apasal boleh aku reject cadangan dia...'

"Okay, kita masuk jer Pavilion tapi bajunya, Haniey nak bayar sendiri...", Haniey mengalah.

Hayyan melihat ke arah Haniey tidak percaya. Akhirnya Haniey sendiri menarik tangan Hayyan. Hatinya berdebar. Melihat Haniey dari belakang, dirinya seolah-olah bersama Aufa.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience