Bab 31

Drama Series 5143

#maaf semua,lm xupdate...sis bz klu musim2 ry & lpas Raya..hehe...ok skg sis smbung blk....

"Haniey... semua dah naik?"

"Dah kak Latipah... Tapi Bos belum sampai lagi", Haniey membelek senarai nama yang di tandanya.

"Jom...", Latipah menarik tangan Haniey melangkah naik tangga bas.

Haniey terkebil namun kakinya turut melangkah.

"Abang Joey... dah boleh bertolak... boss pergi dengan Farish kemudian..."

"Baik kak...", Joey menjawab sambil mengenyitkan mata.

Haniey mengerutkan wajah mendengar penjelasan Latipah.

'Tak inform aku pun...Aiih rindu la nak tengok Hayyan...mmm'

Latipah menepuk bahu Haniey perlahan lalu berbisik sambil tersengih.

"Rindu ker..."

"Mana ada...", wajah Haniey memerah.

Cepat-cepat dia mengambil tempat kosong yang masih tinggal.

Latipah tersenyum melihat telatah Haniey. Dia segera duduk bersebelahan suaminya yang sedang meriba anaknya.

********

Haniey merenung ke luar tingkap. Kebosanan melanda. Walaupun agak riuh di dalam bas, baginya terasa sunyi. Dah beberapa hari dia tidak bertemu Hayyan. Telefonnya di renung, tiada sebarang wasap atau call dari bossnya.

'Lambatnya nak sampai....'

Tiba-tiba telefonnya bergetaran. Segera dia menekan simbol hijau tanpa memandang siapa pemanggilnya.

"Hello Tuan..."

"Abang la ni... ", kedengaran suara ketawa di sebelah sana.

Haniey menarik muncung.

"Abang...ingatkan siapa tadi..."

"Siapa?? Buah hati...? hahaha..."

"Kenapa call? Adik on the way Cherating ni..."

"Okey. Okey.. Abang nak inform ni, Haniey dan Firdaus kat sana jugak... Abang lupa nak bagitau... Abang dah inform dah kat Haniey... Dia akan balik Penang petang nanti dengan Amsyar..."

"Yeke..., adik tak sempat nak call diorang...Thanks abang..."

"Take care Aufa..."

"Okey Abang"

Selepas panggilan di putuskan,Haniey menghantar mesej melalui wasap kepada 'Haniey'.

'Boleh tak, kau bertolak awal sikit?...sebab aku dah nak sampai sana'~Aufa

'Aku tunggu Amsyar, tak sampai lagi...'~Haniey

'Kau jangan pergi ke mana-mana selepas aku smpai... kalau Firdaus nampak aku lagi haru...'~ Aufa

'baiklah Fa, sekarang kami tengah breakfast. Jap lagi kami naik bilik terus.'~ Haniey

'Ape2 hal, gitau aku.. okey'~Aufa

'Okey Fa sayang'~Haniey

**********

"Haniey....",tegur seseorang.

Haniey berpaling melihat gerangan tuan yang bersuara.

"Ya Encik Razak... Ada apa?", tanyanya sekadar berbasa basi.

Encik Razak tersengih-sengih.

"You tak nak makan?", tanya Encik Razak.

Haniey menjeling ke belakang mencari kelibat isteri Encik Razak.

'Patut la mai merenyam kat sini , rupanya bini tak de'

Haniey menggeleng kepala.

"Saya tak nak..."

"Kenapa? Nanti perut tu sakit,masuk angin..."

"It's okey Encik Razak...you patut tanya isteri you...you tengoklah isteri you yang pregnant tu dengan anak-anak lagi. Patut you berterima kasih dekat dia kerana lahirkan anak-anak you...Bukan sibuk ambil berat pasal orang lain....", Haniey mengucapkan perlahan- lahan supaya tidak di dengari oleh sesiapa.

Airmuka Razak berubah serta merta apabila ditegur oleh Haniey. Merah padam menahan marah.

Latipah yang mendengar teguran Haniey kepada Razak. Sengaja dia pura-pura tidur selepas suaminya membawa anak-anak menjamu selera di gerai-gerai RnR .

'padan muka...ulat bulu...geram aku...', Latipah bermonolog sendiri.

Encik Razak berlalu sambil mengetap bibirnya.

'Kau jual mahal yer...kau tengoklah nanti', Razak menggenggam tangan.

****************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience