Aufa sudah beberapa kali menjenguk keluar kolej.
' Mana abang Akmal ni?'
Dari tadi suruh menunggu di dalam kolej. Aufa dah bosan, akhirnya dia melangkah ke luar kolej menuju ke pondok menunggu. Hanya ada dua tiga orang di situ. Selepas beberapa minit, hanya tinggal dia seorang disitu.Sambil duduk menunggu di bangku batu sambil matanya tunak pada iPhone. Sudah lama dia tak melihat IG nya. Sesekali matanya memandang ke arah jalan.
Secara tiba-tiba , sebuah kereta Gen2 berwarna hitam berhenti di hadapannya. 2 orang lelaki datang menghampirinya.
"Cik Zahiyyah.... Kami akan jemput cik dari pihak Akmal."
Aufa tercengang. Namun dia sudah bersedia dengan sebarang kemunkinan. Kebetulan wasap Akmal di terima.
'#Still there, abang otw.'
Aufa memandang ke arah lelaki bersuit hitam di hadapannya.
" Yeke. Tapi kenapa dia cakap macam ni", Aufa memusingkan iPhone menunjukkan mesej wasap yang di terima.
Lelaki-lelaki tersebut terus memegang tangan Aufa.
"Ikut kami kalau mahu selamat"
" Kalau tak nak...."
Aufa menendang kaki lelaki sebelah kanannya. Pegangan lelaki itu terlepas. Manakala lelaki sebelah kirinya, dia memusing pergelangan tangan sambil menendang perut dengan lututnya. Kakinya menyauk kaki kanan lelaki lalu merebahkan tubuh itu. Rusuk penyerang di sepak dan penumbuknya di lepaskan ke perut. Aufa memasang kekuda. Mujurlah dia telah di didik dengan seni persilatan oleh ayahnya.
Seorang lagi menyerang, Aufa mengelakkan kepalanya dari serangan sebelum menyerang bahagian leher dengan penumbuknya bersertakan tendangan pada paha kanan lelaki tersebut.
Lelaki-lelaki itu bangun sambil memberikan isyarat untuk menyerang bersama-sama.
Serangan bertubi-tubi serentak di tangkis oleh Aufa. Sukar untuk dia menyerang kembali. Dalam keadaannya yang baru pulih dari kecederaan membuatkan dia berasa cepat lesu. Dia tidak mampu bertahan lama. Apatah lagi di serang lelaki-lelaki sado yang amat mahir pada pandangannya.
'Ya Allah.... Cepatlah abang Akmal'
Satu tumbukan mengenai pipinya. Aufa terundur sedikit, bibirnya terasa panas di sapunya. Merah darah melekat di belakang tangannya.
" Baik kau ikut kami"
" No...",
Mereka terus menyerang. Aufa hanya mampu mengelak dan menepis. Untuk menyerang, dia tidak mampu apabila di serang dari kiri dan kanannya.
"Hoi..... Tak macho la pukul perempuan...", ejek seseorang di belakang Aufa.
Aufa terundur dek kerana mengelakkan serangan mereka,terus melekat di dada bidang di belakang. Dia menoleh, bulat matanya memandang lelaki yang melekat di belakangnya.
'Hayyan...'
Aufa menepi. Dia sudah letih sebenarnya.
" Kalau rasa jantan.... Meh lawan dengan aku...!", provok Hayyan.
Lelaki-lelaki itu terus menyerang, Hayyan mengelak. Sebelum sempat mereka meneruskan serangan seterusnya, Hayyan sudah melancarkan serangan. Bertubi-tubi tumbukan di lepaskan. Akhirnya mereka mengalah, lantas berundur.
"Kau tak tahu berurusan dengan siapa sekarang ni....."
"Oh yeh... Aku tak takut... Datanglah bila-bila masa...", ejek Hayyan.
Berani la , dia kan champion karate. Kalau tak mana berani mendabik dada cenggitu.... iyo idok...
Selepas mereka beredar, Hayyan menoleh ke arah Zahiyyah yang sudah duduk di bangku. Perlahan dia melabuhkan duduk di sebelah kiri Zahiyyah.
" Siapa mereka?", soalnya bila Zahiyyah terus membisu.
"Tak kenal..."
Tangan Hayyan menyapu lembut darah di bibir Zahiyyah.
Aufa kaget, dadanya rasa nak meletup.
'cover..cover...'
"Mana kau belajar silat?"
"Ayahku....", ujar Aufa spontan. Lantas meyedari khilafnya.
"Ayah angkat. Ha ayah angkat dekat Kedah..."
"Yeke... tapi kenapa kawan-kawan kau pun tak pernah cerita?"
" Errr aku tak bagitahu... Kenapa pulak diaorang nak cerita kat kau?"
" Tak ada apalah... ", Hayyan menggaru kepala.
Hayyan membuka baju t-shirtnya. Aufa dah menoleh ke arah lain.
'Haillah, kus semangat aku. Apsal la buka baju sini.'
Hayyan ketawa melihat muka Zahiyyah merona merah.
"Pusinglah sini..."
"Tak nak lah...."
Pipi Aufa di pegang lembut, Hayyan hanya sengih.
"Aku bukan nak buat apa pun. Sini aku tuam pipi kau."
Terasa suam tatkala gumpalan t-shirt Hayyan singgah di pipiku. Makin merona pipiku. Maklumlah Hayyan menuam dengan hembusan nafas panasnya.
" Beautiful scars... like a badgirl but.... I liked it...", Hayyan senyum simpul tatkala jarinya menjalar pada wajah sebelah kananku.
Aufa sudah melopong.
'OMG....'
******
Akmal yang baru tiba bersama 2 lelaki yang lain meluru ke arah Aufa.
"Kenapa ni?...", Akmal cemas.
"Kena serr.....emmmp", Aufa menutup mulut Hayyan dengan tapak tangannya.
"Tak ada apa. Zahiyyah jatuh tadi...", ujar Aufa sambil melepaskan tangannya dari mulut Hayyan.
Akmal memandang pelik, dengan Hayyan tak berbaju. Aufa tersengih.
"Errr Hayyan tolong tuam pipi Zaa.", terang Aufa menggelabah.
Akmal berkerut, rasa cemburu namun di tahan. Dia perlu professional, Zahiyyah anak majikannya. Pipi Zahiyyah di pandang teliti.
"Yeke jatuh. Nampak macam kena tumbuk jer ni..."
" Betul Zaa jatuh tadi. Kalau tak percaya, tanya Hayyan.... Kan Hayyan...?", matanya melirik ke arah Hayyan.
Hayyan mengangguk.
"So tak jadi pergi shopping la ,dah pipi lebam macam ni....,"ujar Akmal.
"Eh apa pulak... Jadi la..."
"Nak ikut....",
Aufa menoleh ke arah Hayyan. Hayyan mengerdipkan mata beberapa kali. Aufa membulatkan mata menyatakan tak boleh. Hayyan tunjuk pipinya sambil juih sedikit bibirnya ke arah Akmal. Aufa mengalah.
"Yelah... Yelah...."
Hayyan senyum menang.
"Lagi satu, kau kena....."
Aufa ternganga. Hayyan mengatup mulut Aufa dengan tangan.
"Naik...."
Motosikal Ducati di depannya di pandang. Aufa membuat muka kesian.
"Nope. Kau kena naik dengan aku."
Aufa terpaksa menurut arahan Hayyan. Lantas begnya di letakkan pada belakang Hayyan. Hayyan gelak.
' I'm in love with you, badgirl...'
Akmal yang memandang dari kereta, perasaannya mendongkol. Perit.
*****
Share this novel