Awal-awal lagi aku dah bangun, sesudah aku menunaikan fardu yang wajib. Termenung aku seketika. Matanya tunak memandang pakaian yang tergantung di dalam almari.
' Emm apa jenis fesyen ni. Nak pakai apa eh...', telunjukku mengetuk- ngetuk dagu.
Tak lama, aku selongkar di dalam laci bawah. Mataku terpandang satu beg di atas almari. Laju aku menarik.
'Apa ni?'
Zip di buka. Mata Aufa terbuntang nampak bersinar. Lantas di tarik keluar jeans dan t-shirt.
' Ada pun... Mesti dah lama terperuk kat sini.'
'Ini lebih baik...'
Aufa tersenyum.
*****
Qadriyyah yang melihat kelibat anak gadis ternganga.
"Assalamualaikum mama."
"Waalaikumussalam. Ni kenapa pakai baju lama?"
"Zahiyyah selesa dengan baju ni."
Qadriyyah senyap. Kak Milah hanya menjungkit bahu apabila Qadriyyah memandangnya.
" Mama masak apa?", kepalanya menjenguk hidangan di atas meja.
" Wah ada nasi kerabu...."
Qadriyyah berpandangan dengan Kak Milah.
"Cik Zaa, nasi lemak pun ada ni...", sua Kak Milah.
" Tak nak la, nak nasi kerabu. Mesti sedap ni."
Tangan Aufa dah siap menyenduk lagi.
"Assalamualaikum, mama, Kak Milah, aaaa...."
Zaumar yang baru turun dengan beg kerjanya sudah melopong melihat adiknya yang enak menjamu nasi kerabu. Aufa menoleh.
"Abang...mm jom arr, best..", dengan mulut penuh, ibu jari di angkat.
"Errr adik. Dulu adik tak makan nasi kerabu, boleh ker makan tu?"
"Haa... Tak makan. Biar betul. Sedap giler macam ni,... Rugi..."
"Dulu adik cakap budu busuk... yark...", Zaumar siap menunjukkan lagak nak muntah.
Aufa gelak.
"Buruk muka abang"
Zaumar melabuhkan duduk di sebelah adiknya.
" Makanlah kalau boleh makan. Tapi jangan habiskan. Ni favourite abang..."
Qadriyyah memandang teruja, Aufa sekarang lebih gembira.
"Zaumar kena outstation kan di Singapore? Bila pergi?", Qadriyyah menyoal anak sulungnya sambil menghulurkan secawan kopi kepada Zaumar.
" Tengahari nanti. Pagi ni attend meeting kejap. Lepas tu terus bertolak dengan Mukhlas. Papa dah pergi ofis?"
"Belum lagi. Tengah bersiap tu."
Zaumar melihat pakaian adiknya.
"Mana adik dapat baju tu?"
"Dalam beg atas almari"
"Kenapa tak pakai baju yang ada dalam almari?"
"Tak berkenan la."
Zaumar melihat wajah Zahiyyah yang muncung. Dulu selalu merah jer bibir adiknya, sekarang bersih tiada sebarang calitan. Nampak comel.
" Nanti lepas kolej, pergi shopping. Biar abang Akmal temankan, okey.... Adik carilah apa yang adik suka"
"Okey...", Aufa tersengih.
'Ini yang best bila ada abang'
" Nah iPhone. Apa-apa hal call abang Akmal dan abang...", tangannya menggosok kepala adiknya.
"Okey abang...", iPhone yang di hulur di sambut.
"Nah...", credit card di hulur.
"Thanks abang"
Aufa hanya mengambil. Dia terus menyudahkan sisa dalam pinggan.
"Abang Akmal dah tunggu adik kat luar. Hati-hati... Abang dah call kawan adik supaya ambil adik depan kolej nanti."
"Okey, adik pergi dulu", Aufa segera mencium tangan Zaumar dan Qadriyyah.
Aufa lantas keluar. Qadriyyah dan Zaumar tersenyum.
Zahir hanya melihat dari jauh gelagat Aufa melayan kerenah isterinya.
'Tsarwan, kau beruntung mendapat anak seperti Aufa. Tabah dan bijak.'
******
Sesampai di kolej, Marina sudah menunggu di hadapan balai pengawal. Marina melambai ke arahnya.
"Thanks abang. Nanti Zahiyyah call abang lepas habis class.."
"Okey Cik Zahiyyah"
"Tak payah bercik, cik la. "
Akmal sengih. Dia membalas lambaian Zahiyyah sebelum hilang dari pandangannya. Dia melirik ke arah sebuah kereta berwarna hitam yang memarkir tidak jauh dari situ. Tidak lama , kereta itu berlalu. Akmal hanya memandang.
' Ingat aku tak tahu, kau orang ekori kami dari tadi.'
Akmal terus menelefon Zaumar.
*****
Aufa hanya mengikut ke mana sahaja Marina membawanya. Di kelas, Marina memperkenalkan semua orang kepadanya. Ada yang melayannya dengan baik, dan ada juga yang tidak endahkan dia. Biasalah bukan semua orang suka pada seseorang. Aku buat tak tahu jer.
Aku bernasib baik apabila kawan-kawan Zahiyyah banyak membantu. Kalau tak ,terkial-kial juga aku.
Share this novel