Bab 26

Drama Series 5143

Hayyan memerhati cermin belakang. Ada sebuah kereta yang mengekori mereka dari tadi.

"Haniey call Datuk Hary... batalkan meeting. Arrange hari lain..."

"Kenapa Tuan?"

"Do it now....",keras suara Hayyan.

Haniey cepat-cepat menelefon Datuk Hary. Hayyan segera masuk ke jalan lain.

"Tuan nak ke mana? Ni bukan jalan ke ofis...."

"Nampak tak kereta kat belakang. Saya nak awak duduk diam-diam...."

Haniey memandang cermin sisi. Memang kereta itu mengikut mereka setiap kali membelok. Hayyan perasan wajah Haniey yang pucat. Dia tak nak melibatkan Haniey. Keselamatan Haniey perlu di utamakan. Wajah Firdaus terbayang. Dia tak nak Firdaus kehilangan ibunya pula.

"Dah pakai seatbelt?"

"Dah..."

"Ikut arahan saya nanti"

Haniey mengangguk.

Hayyan memusingkan keretanya berpatah balik. Dia memandu dengan laju.

"Now, tunduk...!"

Haniey cepat-cepat menundukkan badan ke bawah.

"Pegang kuat-kuat...", tegas Hayyan.

Apabila menghampiri kereta yang mengekorinya. 4 orang lelaki yang berbaju hitam sudah mengeluarkan pistol sambil menembak.

Hayyan menghentam kereta tersebut. Lantas berlalu pergi dengan laju. Hayyan tidak memandu ke pejabat, dia terus memecut ke rumahnya. Haniey bangun sambil memandang Hayyan.

"Tuan okey ker?"

Hayyan hanya senyum. Haniey melihat lengan baju kemeja Hayyan sebelah kanan berdarah.

"Tuan berdarah...", kalut Haniey.

"I'm okay. Sikit jer..."

*****

Mak Sufiah menerpa ke arah Hayyan.

" Tuan..., apa yang jadi...?", kalut dia membelek lengan Hayyan yang berdarah.

"Sikit jer mak... "

Mujurlah peluru hanya tergeser sedikit. Kalau tak, hospital la jawabnya.

Haniey di belakang mereka hanya memandang. Mak Sufiah yang menyedari kehadiran gadis itu, pelik. Hayyan tak pernah bawa perempuan balik ke rumah.

"Setiausaha saya ,mak..."

Haniey bersalam dengan Mak Sufiah.

"Nama apa?"

"Haniey, makcik"

Hayyan menoleh.

"Bak kunci... Nanti saya suruh pekerja saya ambil kereta awak ke mari...", Hayyan menghulurkan tangan.

Haniey mengambil kunci lalu di hulurkan ke tapak tangan Hayyan.

"Mark...", panggil Hayyan ke arah salah seorang bodyguard.

"Ambil kereta cik Haniey dekat ofis, Viva putih..", kunci di hulurkan pada Mark.

"Baik Tuan..."

*****

Mak Sufiah meletakkan kotak kecemasan di atas meja. Kemeja Hayyan sudah di buka. Tubuh sasa Hayyan yang terdedah, membuatkan Haniey sedikit tidak selesa. Namun Haniey perlu professional, Hayyan majikannya.

"Makcik, biar saya yang buat...", Haniey hampir.

Mak Sufiah menepi sebelum berlalu ke dapur.

Perlahan Haniey membersihkan darah pada lengan Hayyan. Hayyan meneliti wajah Haniey. Jika di lihat secara dekat, ada iras Aufa. Tapi mustahil. Malah dengan kehadiran anak kecil berusia 3tahun, Firdaus, lagi mustahil.

Tapak tangan kiri Hayyan melekap di pipi kanan Haniey tetiba. Haniey terkedu. Hayyan merenung tajam.

"Awak mengingatkan saya kepada seseorang..."

Haniey diam tidak bergerak. Jarinya kaku di lengan Hayyan. Jantungnya juga berdetak kuat. Gugup dia menahan rasa.

"Seseorang yang mencuri hati saya..."

Hayyan menguak rambut Haniey yang berjuntaian. Mencari sedikit harapan walaupun sedikit. Namun hampa. Hayyan menjatuhkan tangannya dari wajah Haniey sambil memandang ke bawah.

"Sorry, saya terlalu rindukan dia...."

"Tuan..."

Hayyan memandang mata hijau hazel Haniey.

"Saya nak balut luka Tuan...", Haniey melarikan anak matanya ke lengan Hayyan.

Segera di sapu ubat. Dan cepat-cepat dia meletakkan kain kasa dan membalut dengan bandage.

"Dah siap..."

Haniey mengemaskan kotak kecemasan sebelum meletakkan ke tepi.

"Jemput minum , Haniey", Mak Sufiah bersuara sambil tangannya meletakkan dulang minuman di hadapannya.

Hayyan memakai baju yang telah Mak Sufiah sediakan tadi.

Haniey hanya mengambil secawan teh lalu minum perlahan. Panas kot.

"Makanlah. Mee goreng jer...", Mak Sufiah menghulurkan sepiring mee goreng ke depan Haniey.

Haniey terbuntang. Perutnya bergelojak. Terus dia berlari ke singki memuntahkan isi dari perutnya.

Hayyan memandang curiga. Dia mengikut Haniey dari belakang. Di gosoknya belakang Haniey.

Haniey menoleh selepas berkumur.

"Maaf ,Tuan..."

"Awak tak makan mee?", tanya Hayyan.

Haniey mengangguk.
"Saya memang fobia dengan mee. Mesti loya, muntah..."

"Sama dengan Honey saya. Dia juga tak boleh makan mee,....", jelas Hayyan.

Haniey tergamam mendengar bicara Hayyan tentang 'Honey'.

"Tuan, ramai yang fobia dengan mee sebenarnya. Sebenarnya, saya nampak macam cacing...hee", Haniey tersengih.

Hayyan ketawa. Sebenarnya dia ingin menutup gundah hatinya tatkala melihat Haniey tersengih sebijik macam Aufa. Memang hatinya sudah parah rindukan Aufa. Sampaikan Haniey pun ,dia nampak bayang Aufa.

"Kalau macam tu, makan nasi kerabu tadi la... Ambil tak?"

"Dalam kereta Tuan lagi... Nanti saya ambilkan..", Haniey melangkah pergi.

Mak Sufiah menepuk belakang anak asuhannya supaya bertenang. Dia mengerti Hayyan seakan keliru dengan Haniey dan Aufa.

Walaupun Aufa sudah menyatakan dia akan pulang selepas selesai urusannya. Hayyan sangat berharap yang Aufa hadir di sisinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience