Bab 1

Drama Series 5143

Hari ini agak lewat aku sampai ke rumah. Kira stok punya pasal. Haish... Apasal gelap jer rumah.

'Mana ibu pergi ni..'

Aufa mencari kunci rumah, namun pintu yang sedikit renggang membuatkan dia cemas. Dia risaukan ibunya. Perlahan- lahan pintu di tolak, matanya membulat melihat ruang tamu yang tunggang langgang. Aufa bergegas ke bilik ibunya. Terpandang susuk ibunya terbaring di tepi katil yang berlumuran darah. Dia menerpa ke arah ibunya.

" Lari Aufa..."

Kedengaran lemah suara ibunya. Matanya bergenang. Belum sempat dia mengangkat ibunya, kepalanya di hentak dengan benda keras. Dia rebah. Dalam kekaburan matanya, di lihat beberapa orang lelaki berdiri di dalam bilik tersebut. Sekali lagi kepalanya di pukul, pedih tak terkira pada kepala dan mukanya. Ibunya memandang sayu tanpa berkata. Pandangannya makin kelam.

Asap tebal yang menyelubungi bilik ,menyedarkan Aufa dari pengsan. Dia terbatuk-batuk sambil mengagau ibunya.

" Ibu..

"Aufa... ibu minta maaf.... "

Ibunya menghulurkan sampul surat ke genggaman Aufa. Tangan ibunya makin melonglai.

"Ibu..."

Tanpa menghiraukan kesakitan di kepalanya, Aufa cuba mengangkat tubuh ibunya. Namun ibunya sudah terkulai. Dia terduduk seketika. Tangannya terketar -ketar menjamah urat nadi ibunya. Tiada denyutan. Aufa meraung.

"Ibuuu....."

Perlahan-lahan dia mengucup dahi ibunya. Asap semakin tebal. Aufa meredah keluar dari pintu belakang. Kedengaran riuh rendah di depan rumahnya, suara orang-orang kampung sibuk memadam api.

'Maafkan Aufa ,ibu. Aufa tak menjaga ibu dengan baik.'

Aufa berjalan mengikut hayunan kakinya, dia tidak tahu ingin ke mana. Kepalanya makin sakit, namun tetap di gagahi juga.

*******

" Uncle Zain, cepat la sikit. Marina dah lama tunggu. "

Tak sabar rasanya Zahiyyah hendak berjumpa sahabat baiknya Marina. Matanya mengerling pada hadiah birthday di tepinya. I-phonenya berkelip-kelip menandakan ada panggilan masuk. Dia tersenyum bila terpandang nama Marina. Lantas di angkat.

" You kat mana? I nak start majlis dah ni"

" on the way dah ni...", Zahiyyah tersengih.. haiillah bff nya ni.

Tetiba keretanya berhenti.

"Kenapa uncle?"

Zahiyyah hairan apabila terpandang drivernya terjenguk ke depan.

"Macam ada orang cedera jer ."

"Jangan keluar uncle. Nanti Zahiyyah call polis dan ambulan dulu"

Zahiyyah menegah. Tetapi uncle Zain tetap keluar. Zahiyyah turut keluar, sebaik sahaja tangannya menutup pintu, kedengaran seretan tayar dibelakangnya. Dia menggeletar melihat sebuah lori 1tan meluru laju ke arah mereka. Uncle Zain menolak Zahiyyah ke tepi. Dia terbaring bersebelahan sekujur tubuh yang terbaring di tepi jalan. Dia memandang ke arah drivernya yang sudah terkulai layu. Keretanya remuk. Kedengaran pintu lori di buka. Zahiyyah sudah ketakutan. Bunyi seretan besi logam di jalan membuatkan Zaahiyah tergamam.

' Memang aku jadi sasaran. Ini bukan kemalangan..'

Zahiyyah memandang ke tepi. Dia mengecilkan mata untuk melihat wajah tersebut. Kepalanya penuh darah. Dia tergamam bila terpandang iras wajah.

' Tak mungkin. '

Kepalanya menggeleng. Bunyi seretan makin dekat. Zahiyyah ingin bangun ,namun kakinya yang sakit meyukarkan dirinya.

Seorang lelaki menghampirinya sambil mengetuk-ngetuk besi logam di jalan. Mulutnya senyum herot.
"Mana mau lari amoii.hahaha." gelaknya sambil melibas besi logam ke kepala Zahiyyah.

Zahiyyah rebah. Matanya terpandang mata sekujur tubuh di sebelahnya. Matanya makin kelam.

Di saat lelaki itu ingin melibas buat kali ke dua, untuk pastikan mangsanya telah mati. Sekumpulan motosikal telah melalui kawasan tersebut menyebabkan dia terus melarikan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience