Bab 16

Drama Series 5143

Aufa tidak masuk kuliah selepas itu. Selepas berpisah dengan Hayyan. Dia pergi ke taman kolej, hampir setengah jam dia berfikir.Akhirnya Aufa membuat keputusan. Aufa terus keluar dari kolej apabila dia memberitahu Akmal supaya menjemputnya dengan segera. Kepada Marina, dia mengatakan berjumpa dengan Hayyan.

'Maaf Hayyan....'

Akmal yang sudah menunggu terus membuka pintu kereta apabila melihat Zahiyyah yang tergesa-gesa. Keningnya terjungkit.

'Kenapa?'

Sebaik sahaja pintu di tutup. Aufa segera mengarahkan Akmal segera beredar.

"Nah....", Akmal menghulurkan sampul surat berukuran A4 kepada Aufa.

Aufa menyambut. Cepat Akmal membuat kerja, baru beberapa hari dia menyuruh mencari maklumat.

"Terima kasih abang.... Cepat betul...."

"Sekarang semua hanya di hujung jari."

Aufa membuka. Matanya terbeliak.

"It can't be.... Impossible..."

Aufa segera memandang wajah Akmal. Akmal mengangguk.

"Kawan abang memang terbaik. Ni semua hasil siasatan dia. Dia penyiasat persendirian. Abang dah tengok... Abang pun terkejut."

"Abang kena rahsiakan hal ni dulu...."

"Tapi abang rasa Datuk Zahir perlu tahu. Terlalu bahaya kalau Zahiyyah nak handle seorang diri...."

" Abang....", Aufa menghela nafas.

"I'm not Zahiyyah....."

Akmal yang memandu, kaget. Segera dia memberhentikan kereta di bahu jalan. Nasib baik tak terbabas. Akmal memandang Aufa dengan wajah tidak percaya.

"We are twin.... Saya Aufa.....", Aufa menerangkan kepada Akmal.

Aufa meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada Akmal. Apatah lagi adiknya, Zahiyyah memang mempercayai Akmal. Dia percaya dengan kata hatinya.

"Takkanlah...."

"Ya, saya kakak dia. Kami terpisah dari kecil. Saya pun baru tahu...."

Akmal terlopong.

"Datuk Malik Syariff....",Aufa terjeda seketika apabila menyebut nama itu sebelum menyambung.

"Bapa kandung saya....",

"What!!!", Akmal menjerit.

"Abang.... sakit telinga la Aufa dengar....", ngomel Aufa apabila Akmal menjerit tadi.

"Abang terkejut jer.... Abang tak boleh nak hadam lagi ni...."

"Oh please la abang...."

"So sekarang, Aufa anak dari isteri kedua Datuk Malik?"

Aufa mengangguk.

"Jadi dia tak tahu kewujudan Aufa dan Zahiyyah?"

"Ya. Dia tak tahu."

"Habis tu kenapa dia nak bunuh Zahiyyah?"

"Sebab Datuk Zahir...."

"Macam mana Aufa tahu?", Akmal pelik.

"Diary Zahiyyah...."

Akmal mengerti sekarang kenapa Zahiyyah sering mengelak dengan Hariiz.

"Zahiyyah tahu ker pasal Hariiz, abang dia...?"

"Saya rasa tak... Dan saya rasa dia masih cintakan Hariiz, sebab dia masih simpan segala kenangannya dengan Hariiz...", Aufa teringat beg yang dia geledah mengambil baju pagi kelmarin.

"Yang abang nak tahu sekarang ,mana Zahiyyah?", tanya Akmal.

"Aufa rasa Zahiyyah selamat. Datuk Zahir mesti utamakan keselamatan Zahiyyah.... She is precious daughter to Datuk Zahir..."

Aufa memandang Akmal.

"Abang, Aufa nak minta pertolongan dari abang..."

"Apa dia? Selagi abang boleh tolong, abang akan tolong...."

"Hayyan, saya kena jauhkan diri darinya. Lagipun dia anak saudara Datuk Malik.... sepupu kami..."

Akmal merenung Aufa yang muram.

"Aufa suka dia?"

Aufa membisu. Akmal mengerti apabila Aufa membisu.

"Sekarang nak balik rumah atau kemana?", Akmal bertanya setelah kembali memandu.

"Bawa Aufa balik rumah Aufa sekejap..."

"Okey, beritahu abang dekat mana...."

Aufa hanya menekan pada GPS lalu di hulurkan pada Akmal. Akmal hanya menurut. Matanya melirik pada Aufa yang sedikit keletihan.

******

Hayyan bersandar di tepi bilik kuliah Zahiyyah. Puan Nik yang baru melangkah keluar hanya memerhati Hayyan. Hayyan menunduk menandakan hormat pada pensyarah. Sebaik saja Puan Nik berlalu, Hayyan menjenguk ke dalam bilik kuliah. Sesetengah pelajar berlalu keluar. Kelibat gadisnya tiada. Marina memandang pelik.

"Eh Hayyan.... Bukan Zaa dengan kau kan....?"

" Tak ada. Aku dah janji lepas kuliah la. Tak suruh ponteng pun....", jelas Hayyan.

Marina sudah pelik. Segera di dail nombor Zahiyyah yang Akmal beri semalam. Lama dia menunggu.

"Tak angkat....", Marina memandang Hayyan.

Hayyan mencuba, namun tak berangkat. Beberapa kali dia mencuba. Masih tidak menjawab. Akhirnya , Hayyan cuba wasap.

'Honey...., kat mana?'

Bluetick.

'Kita dah janjikan....'

Bluetick.

'Please sayang.....'

Bluetick.

Typing.

'Lupakan saya.....'

Offline.

'Why honey....?'

Hayyan menunggu. Tapi si gadis tetap menyepi. Masih offline.

"Macam mana Hayyan?"

Hayyan tak menjawab. Dia terus berlari menuju ke motosikalnya.

'Aku akan cari kau.... Kau tak boleh pergi macam tu aje.....'

Terus dia memecut ke rumah Datuk Zahir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience