Bab 35

Drama Series 5143

Zahiyyah bengang apabila kemesraan Zaumar dengan Haniey di hadapannya. Dia mengetap bibir menahan marah. Hayyan memandang kosong Haniey di hadapannya. Perasaannya berbaur-baur.

Zahiyyah memuncung. Zaumar yang melihat, tergelak dengan keletah adiknya.

'Jelous la tu', Zaumar masih lagi tergelak.

"Apa gelak-gelak?...", bentak Zahiyyah. Mulutnya memuncung.

"Ada orang tu jelous...", sakat Zaumar.

"Mana ada...",bentak Zahiyyah sambil duduk tegak ke hadapan.

Aufa tersenyum nipis melihat keletah Zahiyah.

'Manja betul adik aku ni...hmmm', bisik hatinya. Ikutkan hati Aufa, dia nak peluk Zahiyyah.

Qadriyyah tersenyum melihat gelagat anak-anaknya. Dalam diam dia terkenangkan Aufa. Zahir yang melihat isterinya yang mengelamun, mencuit tangan isterinya. Qadriyyah berpaling melihat suaminya. Senyum terpaksa di lontarkan. Hatinya sesak dengan rindu. Dia rindu keletah Aufa.

"Makanlah...", Zahir menyuap makanan ke mulut Qadriyyah.

Qadriyyah menerima suapan suaminya.

"Wah... papa ni, dekat public pun nak suap-suap mama....", Zahiyyah menggiat.

"Jealous la tu...", Qadriyyah membalas.

Qadriyyah mengambil lauk lalu meletakkan ke dalam pinggan Zahiyyah. Melihat Haniey di depannya, dia mengambil lauk kegemaran Aufa lalu meletakkan ke dalam pinggan Haniey. Dia terasa begitu dekat dengan Haniey. Bagaikan sudah kenal lama. Entah kenapa dia berasa begitu.

Aufa tersenyum memandang Qadriyyah. Sungguh dia rindu pelukan Qadriyyah. Matanya tunak memandang lauk yang berada di dalam pinggan.

"Adik...", Qadriyyah memanggil.

"Yer mama....", Zahiyyah dan Aufa menyahut serentak.

Tiba-tiba suasana senyap seketika. Aufa tersentak sambil mengangkat wajahnya. Setiap mata menuju ke arahnya. Aufa berpeluh.

"Er...saya teringatkan mama saya...", tangannya segera mengambil segelas air lalu di minum.

Hayyan hanya mendiamkan diri.

"Boleh jer panggil mama...", Qadriyyah tersenyum ke arah Haniey.

Zahiyyah muncung.

"Mama...", cebik Zahiyyah tanda protes.

"La...kenapa? Adik pun tetap anak mama...",senyum Qadriyyah.

Aufa yang melihat Zahiyyah yang mencuka, tersengih ke arah Zahiyyah sambil membuat jari peace. Zahiyyah bengang melihat telatah Haniey. Dia menjelir ke arah Haniey. Haniey memutarkan mata ke atas.

Hayyan terkedu.

"Za, Haris datang ker hari ni?", Qadriyyah bersuara sambil meletakkan lauk ke dalam pinggan Zaumar.

Zahiyyah terhenti seketika. Dia meletakkan sudu tiba-tiba. Dia hanya mendiamkan diri. Qadriyyah memgeluh.

"Ehem... ", Zahir berdehem sambil menepuk tangan Qadriyyah supaya berhenti menyoal Zahiyah.

Qadriyyah akhirnya diam.

Zahiyah bangun sambil mengelap mulut.

"Zaa dah kenyang... Zaa balik ke bilik dahulu....", ujarnya sambil berlalu.

Akmal bangun membuntuti Zahiyyah. Zahir hanya menganggukkan kepala kepada Akmal supaya menjaga keselamatan Zahiyyah.

Masing-masing sudah berhenti makan.

"Maaf yer Haniey....", ujar Zahir sambil tersenyum.

"Tak per Dato...", Aufa tersenyum.

Senyuman Aufa mati tatkala bertembung mata dengan Hayyan yang merenung tajam ke arahnya. Aufa rasa gelisah.

"Saya minta diri dulu... ", Aufa bangun dari kerusi.

"Eh diq honey dah nak pergi...?", tanya Zaumar sambil memandang wajah Haniey.

"Maaf abang, saya nak rehat awal. Esok ada aktiviti lagi...".

"Okay...rehat awal...", Zaumar tersenyum.

"Nanti Haniey jangan lupa mama yer...", Qadriyyah tersenyum.

"Yer mama...", Aufa tersenyum kembali kepada mereka.

"Tuan, saya naik ke bilik dulu...",

"Okay...."

Aufa terkilan apabila Hayyan hanya menjawab sepatah perkataan sahaja. Kakinya terus berjalan keluar dari restoran menuju ke arah lif.

'Huh...kalau Zahiyyah, elok jer melayan... menyampah...', dengus Aufa. Sakit hati dengan Hayyan tiba-tiba.
Aufa memegang pinggang seluarnya mencari sesuatu. Dia menggelabah apabila benda yang biasa di sangkut pada pinggangnya telah hilang.

Aufa berlari ke arah pantai sambil tangannya menyuluh dengan lampu telefon. Setelah penat menyuluh tempat-tempat yang pernah dia lalui. Dia terduduk seketika. Akhirnya Aufa bangun apabila teringat laluan lif dan koridor hotel masih belum di lihat olehnya.

*****

Aufa melihat ke dalam lif, masih tiada objek yang di cari. Setelah keluar, Aufa berjalan perlahan-lahan sambil matanya melilau sekeliling koridor. Akhirnya dia tersenyum apabila melihat objek yang di carinya terletak elok di tepi dinding berdekatan pintu biliknya. Tidak semena-mena Aufa mencium berkali-kali. Dia terus menyangkutnya di pinggang seluar sebelum ditutupi dengan blaus. Aufa masuk ke biliknya dengan gembira.

Tanpa di sedari Aufa, Hayyan yang memerhati dari jauh sudah tersenyum kemenangan.

'I got you, Honey....'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience