Bab 3

Drama Series 5143

Zaumar hanya termenung di luar bilik. Di saat itu hatinya di rundung resah.

"Assalamualaikum , abang Zaumar"

Zaumar mendongak, melihat kelibat rakan-rakan kolej Zahiyyah yang tegak berdiri di hadapannya.

"Zahiyyah dah sedar ker?", tanya Marina.

"Dah.. Tapi dia..."

"Boleh kami masuk?", ujar Hariq.

Zaumar melihat ke arah lelaki yang berkata sebentar tadi. Dia kenal semua rakan adiknya. Zaumar hanya mengangguk. Marina menolak pintu , di ikuti dengan Ryn, Farid, Syakir, Lina, Tikah, Emy dan Hariq.

" Assalamualaikum, Zaa..."

Mereka tersengih melihat Zahiyyah yang di peluk erat oleh ibunya. Mereka sedia maklum Zahiyyah memang anak manja.

"Wah kau ni.. Makin sakit makin manja eh... "

"Comel kau potong rambut. Kau cakap nak surprised kan Marina malam tu."

Lina benar-benar teruja apabila Zahiyyah memberitahunya pada minggu lepas. Ingatkan dapatlah dia melihatnya pada majlis birthday Marina 5 hari lepas.

Qadriyyah memandang anaknya yang kejung sahaja.

"Auntie...", masing-masing menghulur tangan bersalam dengan Qadriyyah.
"Teruk ker muka kau sampai berbalut macam ni?", Marina memegang tangan Zahiyyah.

" Aku minta maaf, di sebabkan aku nak sangat kau datang. Kemalangan takkan berlaku, dan kau pun tak teruk macam ni."

Mata Marina bergenang apabila menyentuh balutan di wajah Zahiyyah.

Aufa sudah berfikir, apa yang dia nampak pada malam itu bukanlah mimpi. Gadis yang rebah di sisinya memang seiras dengannya. Logiklah apa yang telah berlaku sekarang ni. Namun apa yang dia tengah fikir sekarang ,di mana gadis bernama Zahiyyah itu. Hidupkah, matikah.

"Arghh...", tangan Aufa memegang kepala. Sakitnya.

Qadriyyah segera memegang Zahiyyah.

"Kamu semua keluar dulu."

"Kenapa dengan Zaa?"

Masing-masing menjadi kalut.

"Panggil doktor sekarang!!"

Jerit Qadriyyah. Zahir terus menekan butang kecemasan di hujung katil.

*****

Zahiyyah kembali lena setelah di beri suntikan.

"Harap selepas ini, pesakit tidak di berikan tekanan lagi.", ujar doktor Shaifullah kepada semua yang ada di situ.

Masing-masing sugul. Tidak di sangka kecederaan Zahiyyah amat serius.

"Kami akan bantu Zahiyyah pulih nanti. ", ujar Syakir.

"Uncle, Zahiyyah kawan kami paling baik pernah ada. Walau apa masalah kami, dia sentiasa support kami, nasihat kami. Tolong kami.", bicara Emy.

"Yer uncle, aunty... Kami akan bantu sedaya upaya kami."

Zahir kagum dengan persahabatan mereka. Inilah baru di namakan sahabat dunia akhirat. Semoga persahabatan mereka berkekalan.

"Terima kasih semua."

Zaumar yang mendengar dan melihat rakan-rakan adiknya sedari tadi berasa sangat kagum. Kagum dengan adiknya yang selama ini dia manjakan, rupanya seorang yang sangat matang. Baru hari ini dia sedar bahawa adiknya sudah dewasa, bukan lagi kanak-kanak 5 tahun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience