"Hello abang.Kenapa call Amira ni ?" Amira menjeling-jeling ke arah Daiyan.
"Amira okey ke ?" Dengan suara yang resah,Adyan bertanya akan keadaan Amira.
"Kenapa abang ? Amira okey je !" Ringkas Amira.
"Abang dah dengar apa yang berlaku dekat Amira tadi,sebenarnya Aidell yang rancang semua ni ! Abang nak minta maaf bagi pihak dia !" Jelas Adyan.
"Ermm,Amira dah tak rasa apa-apa pun sekarang ni,mungkin sebab dah ada yang ambil berat tentang Amira !" Amira melihat Daiyan.
"Dah ada ? What do you mean ?" Adyan bingung.
"Eh tak ada apa lah,abang Amira sibuk ni ! Nanti Amira call balik eh !" Laju Amira meletak panggilan.Amira terus kembali ke arah Daiyan.
"Lama on call !" Daiyan membuat muka.
"Tadi dah bagi kan,kenapa nak marah pula !" Balas Amira.
"Memang lah saya bagi,tapi kena lah ingat juga yang awak tu dah ada hati yang kena jaga !" Daiyan cemburu.
"Awak pun apa kurangnya,tadi bukan main rapat lagi borak dengan perempuan !" Amira mengimbas peristiwa yang dia melihat Daiyan bercakap mesra dengan salah seorang senior.
"Cemburu ke ?" Senyuman Daiyan terukir.Dia suka melihat Amira cemburu.
"Tak ada masanya saya nak cemburu !" Amira menjeling.
"Eleh kalau cemburu tu mengaku je lah !" Daiyan ketawa.
"Malas lah nak layan awak ni,chatting dengan Abang Adyan lagi bagus !" Sengaja Amira kata begitu.
Terus berubah mimik muka Daiyan.Memang terserlah kecemburuan dia.
"Berani whatsapp lah !" Ugut Daiyan.
"Hihi !" Amira berlakon seolah-olah sedang menaip.
"Kau ni kan !" Daiyan merampas telefon di tangan Amira.
Riak wajah Daiyan serta merta berubah.Dia tersenyum malu setelah melihat apa yang dilihat oleh Amira.
"Sengaja nak buat aku marah kan !" Daiyan merenung tajam.
"Bukan marah tapi jealous kan !" Senyuman terukir di wajah Amira.
"Pandai je awak ni,nasib sayang !" Daiyan mencuit hidung Amira.
Mata Amira terbeliak besar.Tidak pernah sangka yang Daiyan akan menjadi romantik begini.Senang hati Amira yang dapat bergurau senda dengan Daiyan kini.Bukan seperti dulu yang tahu hanya marah !
"Awak dah lewat ni,saya nak kena jumpa ibu pula !" Amira melihat jam ditangannya.
"Tak sabar lah tu nak jumpa dengan jantan tu !" Daiyan bersuara.
"Memang pun !" Amira menjelir.
"Ish budak ni !" Daiyan menjentik dahi Amira.
Amira bersiap-siap untuk menemani ibunya.Dia memakai baju kurung mini dan dilengkapi dengan tudung berwarna coklat lembut.Ayu berseri muka Amira.
"Cantiknya Amira !" Puji Puan Masturi.
"Well baru tahu ke ibu !" Amira membetulkan tudungnya.
"Tak boleh puji sikit lah anak ibu ini ! Dah lah kita dah lewat ni !" Puan Masturi mengambil kunci keretanya.
"Tapi kan ibu,siapa kawan ibu ni ?" Amira masuk ke dalam perut keretanya.
"Nanti kamu tahu lah !" Puan Masturi menghidupkan enjin keretanya.
"Hello Daiyan ! Pastikan kamu balik harini,jangan malukan papa lagi !" Suara itu bergema di dalam rumah besar itu.
"Tuan,makanan dah siap !" Lapor pembantu rumah itu.
"Baiklah,kamu boleh pergi kalau ada apa-apa lagi saya akan panggil kamu !" Arah Tuan Malik.
Loceng berbunyi menandakan ada seseorang yang datang.Tuan Malik segera ke pintu hadapan untuk mengalukan kedatangan insan tersebut.
Seleret senyuman terukir di wajah Tuan Malik.
"Jemputlah masuk !" Tuan Malik mendepakan tangannya.
Tuan Malik menjemput tetamunya ke meja makan.Sudah tersedia rapi makanan diatas meja itu.
"Anak awak ke ni ?" Tanya Tuan Malik seraya jari telunjuknya ditunding ke arah gadis yang duduk dihadapannya.
"Haah anak saya ! Mana anak awak ?" Tanya ibu kepada gadis itu.
"Anak saya keluar tadi,mungkin nanti sampai lah dia !" Ujar Tuan Malik.
Sedang asyik mereka berbual kosong,mengenang kenangan dulu-dulu seakan sudah lama berkenalan dan seperti mempunyai hubungan yang erat.
Tidak lama kedengaran pintu rumah ditolak.
"Kamu dah balik !" Tuan Malik menjenguk melihat ke arah pintu utama.
"Tak nampak ke siapa yang masuk ni !" Daiyan bercakap kasar walaupun dia tahu yang mereka sedang melayan tetamu.
"Macam familiar suara tu,tapi siapa eh ?!" Bisik tetamu yang termuda disitu.
"Dah Daiyan nak mandi !" Daiyan terus melangkah naik ke atas.
"Hah Daiyan ?!" Terbangun tetamu itu dari kerusinya.Semua mata memandang ke arahnya termasuklah putera dirumah itu.
"Hah awak ?!" Reaksi muka Daiyan yang persis dengan anak wanita itu.
Daiyan terus menuju ke meja makan,mimik mukanya terus berubah kerana melihat ibu kepada Amira.
Kemarahan dia membuak-buak.
"Kau !" Amarah yang tidak dapat ditahan setelah melihat wajah Puan Masturi.
"Daiyan ! Please hormat mak cik Masturi !" Marah Tuan Malik yang malu dengan perangai anaknya itu.
"Hormat ? Oh my god,finally kau tunjuk juga muka kau ! Lepas kau curang dengan papa aku,kau buat mama aku mati and now sekarang baru kau nak muncul !" Tomahan itu dilempar terus ke Puan Masturi.
"Tuan,kamu sudah salah faham nak !" Puan Masturi memegang tangan Daiyan untuk memberi penjelasan yang sebenar.
"Kau jangan sentuh aku ! Aku jijik dengan kau !" Daiyan menepis kasar.Puan Masturi terjatuh tersungkur.
"Apa yang awak buat ni !" Laju Amira menolong ibunya meskipun dia bingung dengan apa yang terjadi.
"Oh jadi ini semua rancangan korang ! Kau buat aku jatuh cinta dekat kau and then kau kikis harta aku ! Kau dengan ibu kau ni sama ! Dua-dua perangai macam setan !" Amarah Daiyan tidak dapat ditahan lagi.
Pap ! Satu tamparan lekat di muka Daiyan.
"Awak jangan nak hina ibu saya !" Kata Amira dengan mata yang sudah berair.
"Kau jangan nak pura-pura mulia lah,kau tahu kan yang ibu kau ni sebenarnya perampas ! Pelacur !" Semakin kesat omongan Daiyan.
"Awak boleh nak hina cinta saya ! Tapi bukan ibu saya ! Saya ingatkan awak ni baik,tapi sebenarnya perangai awak sama macam setan ! Menyesal saya jatuh cinta dekat awak !" Butiran mutiara yang suci mengalir deras ke pipinya.
"Ibu jom balik !" Amira menarik tangan Puan Masturi.
"Amira tunggu !" Panggil Tuan Malik.
"Dah lah tuan,saya pun tak tahu apa yang terjadi but hati saya dah kecewa.Tak sanggup saya nak menadah telinga nak dengar kata-kata yang keluar dari mulut Tuan Daiyan !" Amira kecewa dengan Daiyan.
"Eh pergi lah kau perempuan ! Aku pun tak ingin nak dekat engkau ! Dasar perempuan tak ada maruah !" Jerit Daiyan.
"U shut up ! Bila masa papa ajar kamu cakap macam ni !" Tegas Tuan Malik.
"Dah lah Tuan Malik,jangan kacau keluarga kami lagi ! Before saya lupa,Daiyan kita putus !" Kata-kata itu sungguh menyengat di telinga Daiyan.Meskipun dia sudah berkata macam-macam hati dia tetap masih sayang akan Amira.
"Kau ingat aku nak ke dengan anak pembunuh !" Ujar Daiyan yang dalam keadaan marah.
"Daiyan !" Satu tamparan lagi lekat dipipi Daiyan.Kesabaran Tuan Malik sudah tiada batas.
"Papa sanggup tampar Daiyan demi nak lindungi perempuan simpanan papa !" Daiyan mengusap-usap pipinya.
"Kamu sudah melampau Daiyan ! Kamu diam kalau tak tahu perkara yang sebenar !" Jari Tuan Malik ditunding keras ke muka Daiyan.
"What do you mean ?!" Daiyan tertanya-tanya.
Tuan Malik tidak mengendahkan soalan Daiyan.Malah dia keluar untuk mengejar Amira dan ibunya.Namun nasib tidak menyebelahinya,Amira dan Puan Masturi sudah berlalu pergi.Tuan Malik masuk ke dalam rumah kembali.Kini dia sudah tidak berpaling ke arah Daiyan.
Keesokannya,Amira harus berpura-pura ceria bila berdepan dengan orang lain.Terumatanya Adyan Asyraf.Dia memutuskan untuk membaca buku ditepi tasik.Dia tidak mahu bertembung dengan Daiyan kerana dia tidak kuat jika teringatkan peristiwa yang berlaku semalam.
"Amira !" Suara lembut itu jelas kedengaran.
Amira berpaling untuk melihat empunya suara itu.
"Oh abang,kenapa ?" Amira menggesar badannya ke tepi.Kini masih tersisa ruang yang boleh Adyan duduk.
"Abang tengok Amira sedih je,sebab tu abang tegur !" Adyan duduk disamping Amira.
"Mana ada sedih ! Amira okey je !" Jawab Amira.
"Boleh abang tanya ?" Adyan bermain jari jemarinya.
"Hah tanya lah,tak payah minta izin pun !" Terukir senyuman di wajah Amira.
"Amira dengan budak lelaki tu ada apa-apa ke ?" Soalan itu membuatkan Amira beku membisu.
"Mana ada apa-apa !" Jawab Amira setelah diam seketika.
"Betul ke tak ada apa-apa,sebab haritu abang tengok bukan main mesra lagi !" Adyan tidak yakin dengan jawapan Amira.
"Betullah abang,memang tak ada !" Amira menatap wajah Adyan.
"Kalau Amira ada masalah,share dengan abang ! Bahu abang sentiasa tersedia untuk menjadi sandaran Amira !" Adyan tahu yang Amira dilanda masalah,dia ingin dia lah insan yang akan ada dengan Amira dikala perempuan itu dilanda masalah.
Share this novel