DC 9

Romance Series 37728

Daiyan menghantar Amira setelah selesai makan.Amira membuka helmetnya dan memberikan kepada Daiyan.

"Aku nak balik ni !" Daiyan mengambil helmet dari tangan Amira.

"Okey,thanks sebab bawa saya makan ! Lain kali kita pergi pula eh !" Amira membuat gaya comel.

"Kau ingat aku driver kau ?" Daiyan mengetuk kepala Amira.

"Aduh,ish dah lah awak pergi balik ! Dah lewat ni !" Amira berkata.

"Halau aku eh !" Daiyan berkata.

"Tak lah,ni dah gelap nanti kena tangkap basah ? Parah oi !" Amira membuat muka.

"Ala kalau kena pun,kau mesti suka kan !" Daiyan menolak bahu Amira.

"Uish,dah lah saya nak masuk tidur bye !" Amira membuka langkah.

"Hish memang nak kena dia ni !" Daiyan menggenggam tangannya.

Amira membuka pintu diikuti dengan bacaan bismillah.Dia takut kejadian haritu berulang kembali.Amira merebahkan tubuhnya diatas katilnya.Diregangkan segala urat badannya untuk lebih selesa.

"Bahagianya rasa !" Amira memeluk bantal bearnya.

"Eh kenapa dengan aku ni !" Amira mengoyangkan kepalanya.

Amira bangun dan mengambil telefon yang diletak di atas meja.Dia mencari kenalan yang sudah dia simpan dengan nama ibu.

"Hello bu ! Ibu sihat ?" Amira bertanya.

"Hello Ira,ibu sihat ! Ira macam mana ? Sihat tak ? Cukup tak duit ?" Bertalu soalan Puan Masturi.

"Slow-slow ibu,Ira sihat dan duit pun dah lebih daripada cukup !" Amira menjawab.

"Ira call sebab rindukan ibu je,ibu jangan lupa makan eh !" Amira teresak.

"Kenapa sayang ? Janganlah nangis,ibu pun rindukan Ira.Okeylah Ira tidur esok mesti ada class kan ?" Puan Masturi cuba menenangkan Amira.

"Hurm,Ira pergi tidur dulu ibu,assalammualaikum and good night !" Amira tamatkan panggilan itu.

Amira merenung melihat skrin telefonnya.Amira menghembuskan nafas dan menyela sisa air matanya.Amira bangun dari tempatnya dan terus menuju ke tandas untuk membersihkan mukanya supaya lebih segar.

Amira merebahkan badanya dan cuba melelapkan matanya.Namun ada sesuatu yang mengganggu fikiran Amira sehinggakan dia tidak dapat tidur dengan tenang.Amira membaca Al-fatihah dan cuba menutup rapat matanya.Mujurlah cara yang diajar oleh ibunya menjadi,kalau tak memang ke subuh dia tidak tidur.

Keesokannya,Amira mengenakan baju berwarna merah muda.Rambutnya ditoncang satu untuk kelihatan lebih comel.Amira keluar dari biliknya setelah selesai bersiap.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat seorang jejaka yang tinggi memakai baju yang sama warna dengannya.

"Eh abang Adyan ! Buat apa kat sini ?" Tanya Amira.

"Abang nak jemput Amira lah,jom !" Adyan menjawab.

"Alaa abang ni,Amira dah besar lah tak payah nak teman-teman ni !" Amira terus melangkah.

"Sokay lah,abang nak spend time dengan Amira tak apa kan !" Adyan berterus terang.

Amira terus melangkah tanpa peduli apa yang diperkatakan oleh Adyan.Adyan cuba mengejar Amira yang sudah jauh darinya.

"Why ?" Adyan bertanya.

Kaki Amira terhenti.

"What ?" Amira aneh.

"Amira nak jauh dari abang ke ?" Adyan mencekak pinggangnya.

"Hah ? What are you talking about ? Seriusly i cannot understand !" Amira membalas.

"See Amira macam nak lari dari abang,entah apa salah abang.Please,if i make a mistake u can tell me !" Adyan mendekatkan dirinya dengan Amira.

"Alright ! I think abang dah salah faham ni,Amira bukan nak jauhkan diri dari abang ! No ! Tapi harini Amira memang betul-betul dah lambat so i need to go now !" Amira berlari.

Tiba-tiba dia terlanggar seseorang.Dia mengangkatkan kepalanya untuk melihat wajah orang itu.Selepas melihat wajah itu,dia tersenyum.

"Abang Qairuddin !" Amira memanggil.

"Eh Amira,kenapa ni kalut semacam je ?" Qairuddin bertanya.

"Amira dah lambat ni,so Amira pergi dulu okey !" Kini Qairuddin pula yang ditinggal.

- DI RUMAH DAIYAN -

Daiyan bersiap-siap untuk ke kelas pada pagi ini,tapi dia akan melawat kubur arwah mamanya dahulu.Daiyan membuka langkah,menuruni anak tangga di rumah agam itu.

Dia mengambil roti untuk sarapannya yang sudah siap terhidang.Tuan Malik yang melihat kelibat anaknya mula membuka bicara.

"Kamu pergi mana semalam ?" Tuan Malik melabuhkan punggungnya di meja makan.

"Kan Daiyan dah cakap,Daiyan keluar makan dengan kawan !" Daiyan menjawab.

"Dengan siapa ? Semalam kamu balik pukul berapa ?" Tuan Malik kian menyoal.

"Dah lah papa,buat apa papa kisah ? Sebelum ni Daiyan nak buat apa,Daiyan punya hal lah ! Asal sekarang baru nak tunjuk sifat tanggungjawab papa tu !" Daiyan kian berkasar.

"Kamu jaga mulut kamu tu ! Sedar sikit siapa kat depan kamu ni Daiyan !" Tuan Malik menahan geram.

Daiyan keluar dari rumah itu sebelum peperangan berlaku.Dia sudah muak untuk terus bergaduh dengan papanya itu.Kerana salah faham,Daiyan sudah menaruh kebencian terhadap papanya.

Daiyan yang sudah dikuasai kemarahan berlalu pergi.Tanpa mengendahkan Tuan Malik,Daiyan mengambil kunci motosikalnya dan terus beredar.Seperti biasa setelah Daiyan bertengkar dengan papanya,dia akan bertemu dengan arwah mamanya.Sudah kebiasaannya dia mengadu kepada mamanya.

Daiyan mengambil telefon di dalam kocek seluarnya.Ditaip nama 'BODOH' di dalam kenalannya.Daiyan menekan kenalannya itu dan terus bercakap.

"Hello ! Aku nak jumpa kau sekarang !" Daiyan berkata.

"Hah what ! Sekarang kelas lah !" Amira terkejut.

"Aku tak kesah lah kau ada kelas ke ! Sekarang aku nak jumpa kau ! Kalau tak nahas kau !" Daiyan meletak panggilan setelah memberi ugutan kepada Amira.

"Hello ! Hello !" Amira memanggil.

"Gila lah mamat ni,macam mana aku nak pergi dekat dia sedangkan aku tak tahu pun dia kat mana ?!" Amira bermonolog sendiri.

Tiba-tiba satu mesej masuk.Amira melihat mesej itu,ternyata Daiyan menghantar location dia kepada Amira.

"Eh dia tahu ke aku tengah bercakap tentang dia ?" Sekali lagi Amira bermonolog sendiri.

"Ke dia kat belakang aku !" Amira menoleh kebelakang.

"Tak ada pun !" Amira berkata.

"Hai Amira !" Suara dari belakang menyentak Amira.

"Haa !" Amira terkejut.

"Yooo,kenapa shock sangat ni ? Abang ada buat salah ke ?" Qairuddin bertanya.

"Hah tak lah abang,Amira cuma terkejut je ! Abang,Amira dah lambat ni.So Amira pergi dulu !" Amira mencorak langkah.

"Stop !" Qairuddin menghalang.

"Abang,kenapa ?" Amira menyoal.

"Abang baru jumpa Amira and sekarang u want leave like that !" Qairuddin mendepakan tangannya untuk menghalang Amira.

"But Amira dah lewat ni nak jumpa kawan !" Amira menepis tangan Qairuddin.

"Amira !" Qairuddin menjerit nama Amira.

Amira tidak peduli akan teriakan Qairuddin,pantas dia menahan teksi yang ada berhampiran tempat dia terserempak dengan Qairuddin.

Amira menunjukkan lokasi yang sudah diberi oleh Daiyan kepada pemandu teksi itu.Pemandu teksi itu berkata bahawa dia tidak pernah ke situ.Amira kecewa mendengar kata-kata pemandu itu dan terus keluar dari teksi itu.

Sosok yang sangat dikenali Amira menghampirinya.Amira kelam-kabut ingin melarikan diri.Tapi pantas pula tangan sosok itu menarik lengan Amira.

"Nak lari mana ?" Qairuddin menyoal.

"Abang sakit lah !" Amira merengek.

Qairuddin melepaskan genggamannya,Amira mengusap-usap pergelangan tangannya yang baru dipegang kuat oleh Qairuddin.Qairuddin berasa bersalah akan tindakannya.

Seorang lelaki yang dari belakang cemas melihat keadaan Amira.

"Kenapa ni ?" Tanya Adyan.

"Tak ada apa lah abang !" Amira cuba mengelak daripada dibahaskan lagi.

"Kau buat apa Qai !" Adyan menarik baju Qairuddin.

"Abang,abang !!!!" Amira panik melihat tingkah laku Adyan yang cukup kasar baginya.

"What Amira ! Abang tengok apa yang dia dah buat dekat Amira ! And now u want me rilex !" Adyan tidak sengaja meninggikan suaranya.

"Ikut aku !" Entah darimana Daiyan datang dan menarik tangan Amira.

"Bila awak sampai ?" Amira menyoal.

"Kan aku dah suruh kau datang,tapi kau tak datang apahal ! Memang nak kena kan !" Daiyan mencekak pinggangnya kerana marah akan Amira.

"Kau siapa ?!" Adyan menyoal Daiyan.

"Siapa aku tu tak penting ! Yang penting aku akan bawa dia pulang,so korang jangan nak bergaduh sangat !" Daiyan melawan.

Entah kenapa Amira selesa apabila berada dekat dengan Daiyan.Hatinya mula dicuit rasa kasih yang mendalam.

"Amira ikut abang !" Adyan mendekati Amira.

"Kau apahal do !" Daiyan menolak Adyan apabila melihat Adyan mendekati Amira.Sifat kejantanannya mula tercabar.

"Kau diam !" Adyan menunding jari ke arah Daiyan.

Apakah yang akan berlaku ? Amira pening ingin memilih siapa,terasa seperti puteri pula !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience