Daiyan menunggu kepulangan Amira.Dia sudah berada di depan hostel Amira bersama motosikalnya yang berkuasa tinggi itu.Sesampainya Amira didepan hostelnya,riak wajahnya berubah.
"Kenapa ?" Qairuddin bertanya.
"Hah tak ada apa lah !" Amira melihat ke arah Daiyan.
"Eh tu bukan ke mamat yang kacau Amira ? Dia buat apa kat sini ?" Qairuddin bertanya lagi.
"Entah lah !" Amira menutup mukanya.
"Biar abang selesaikan dia,Amira duduk dalam kereta !" Qairuddin membuka pintu.
Tidak sempat keluar dari kereta,Amira memegang tangannya tanda menghalang.
"Tak payah lah abang,sekarang abang balik ! Hal ni Amira boleh selesaikan." Amira melepaskan tangan Qairuddin.
"Betul ke ni ?" Qairuddin resah.
"Betul !! Sekarang abang balik,rehatkan diri !" Amira mengukir senyuman.
"Kalau dia berkasar dengan Amira,call abang !" Suruh Qairuddin.
"Okey !" Amira mengenyitkan mata besarnya.
Amira keluar dari kereta Qairuddin.Dalam masa yang sama Daiyan melihat kelibat Amira.Dia terus ke arah Amira.Amira tidak sempat untuk melarikan diri.
"Kau nak pergi mana ?" Beg Amira ditarik.
"Ahh,awak nak apa ?" Amira memegang kuat tangan Daiyan.
"Kan aku dah cakap,kau kena jadi hamba aku !" Kata Daiyan.
"Boleh tapi saya ada satu syarat !" Amira membalas.
"Hah apa dia ?" Daiyan bertanya.
"Saya akan jadi hamba awak dalam masa 5 hari sahaja !" Amira mengemukakan syaratnya.
"What !" Daiyan terkejut.
"Kalau awak tak nak,saya nak masuk bilik !" Amira bergerak satu langkah.
"Okey deal !" Daiyan setuju dengan syarat Amira.
"Okey deal,so sekarang saya nak masuk ! Ok bye !" Amira menjeling.
"Apa yang aku buat ni ?!" Hati Amira berbisik seraya menuju ke biliknya.
Amira merebahkan tubuhnya di atas katil yang tidak begitu empuk.Pipinya ditepuk beberapa kali tatkala teringat akan kejadian sebentar tadi.
"Apa yang kau buat ni Amira,kau sanggup nak jadi hamba dia !" Amira bercakap sendiri.
Amira bangun dari katilnya lalu melangkah ke arah cermin.Ditatap mukanya yang terpancar di cermin.
"Kau kena kuat Amira !" Amira menggenggam tanganya.
"Yes kau boleh ! 5 hari je !" Amira tersenyum untuk menguatkan lagi dirinya.
Amira bersiap-siap untuk makan malam.Selalunya dia memasak mi segera sahaja,entah kenapa hari ni dia rajin nak keluar cari makan.Amira keluar dari biliknya.Amira meluru keluar.
"Kau nak pergi mana ?" Suara misteri kedengaran.
"Siapa tu ?" Hati Amira berbisik.
"Kau nak pergi mana ?!" Semakin garau suaranya seakan marah.
Lelaki misteri itu melangkah dan terus ke depan Amira sewaktu Amira beralih pandangan melihat ke belakang.Amira terkejut saat mukanya kembali berpaling ke depan.
"Arghh !" Amira menutup matanya.
"Woi kau bodoh ke ! Terpekik ni !" Daiyan menepis kepala Amira.
"Aduh ! Awak rupanya !" Amira menggosok kepalanya.
"Kenapa datang sini malam-malam ni ?" Amira bertanya.
"Kenapa aku tak boleh datang ke ?!" Daiyan mencekak pinggangnya.
"Ermm entah ?!" Amira membuka langkah.
"Eh kejap !" Daiyan memegang tangan Amira.
"Apa !" Amira menepis.
"Kau nak pergi mana ?!" Daiyan mengulangi soalannya tadi.
"Nak pergi makan lah !" Amira kasar menjawab.
"Jom pergi dengan aku !" Daiyan memberikan helmet kepada Amira.
"What ? Naik ni ke ?" Amira menunjukkan superbike Daiyan.
"Pastu kau nak naik kereta ? Macam Qairuddin tu !" Daiyan marah.
"Ish bila pula,ada orang cakap ke ? Tak ada kan !" Amira menjawab.
"Dah nah ! Pakai ni dan naik jangan banyak bunyi pula !" Daiyan memakaikan helmet itu di kepala Amira.
"Okey !" Amira membetulkan helmetnya.
Amira naik ke atas motor milik Daiyan.
"Kau nak makan kat mana ?" Daiyan bertanya.
"Entah lah,saya pun tak tahu makanan yang sedap kat area ni ! hehe " Amira tersengih.
"Kau ingat comel ke !" Daiyan menjentik dahi Amira.
"Aduh !" Amira berhenti tersengih.
"Memang realiti kan !" Amira ketawa.
Daiyan membawa Amira di kedai tepi jalan.Kata orang perempuan ni memang tak suka makan di tepi jalan,katanya kotor lah ? Tak ada class lah ? Tapi berbeza dengan Amira.Amira sejak dulu lagi memang tempat favourite dia kedai tepi jalan
"Wah ! Awak memang terbaik lah !" Tangan Amira menunjukkan tanda bagus.
"Aih ? Bukan ke orang perempuan ni tak suka kalau makan tempat macam ni ?!" Daiyan berfikir.
"Awak jom lah !" Amira mengajak.
"Uncle saya nak pesan mi goreng dengan air sirap bandung,awak ?" jari telunjuk Amira mengahala ke arah Daiyan.
"Sama lah !" Daiyan berkata.
"Okey siap !" Pak cik kedai itu segera menyiapkan makanan mereka berdua.
"Lama tak makan kat tempat macam ni !" Amira berkata.
"Kau pernah makan ke tempat macam ni ?" Daiyan bertanya.
"Hah,memang lah ! Tempat favourite saya ni !" Amira mengukirkan senyuman dengan terujanya.
"Memang lain lah dia ni,kadang buat hati aku berbunga !" Daiyan tersenyum seorang diri.
Makanan yang dipesan sudah sampai,Amira menjamu dengan lahapnya.Sedang asyik mereka makan,telefon Daiyan berbunyi menandakan panggilan masuk.
"Kejap eh !" Daiyan bangun dari kerusi.
"Hello pa,What u want ?" Kata Daiyan.
"Where are you going ?" Tanya Tuan Malik yang risau akan keberadaan Daiyan.
"You don't have to worry,i'm okay !" Daiyan menjawab.
"No ! Papa nak tahu Daiyan kat mana ?" Tegas Tuan Malik.
"Daiyan kat luar dengan kawan and tengah makan ! So tak payah nak risau sangat,pergi risaukan work papa tu !" Perli Daiyan.
"How rude you are !" Tuan Malik bengang dengan perangai anaknya.
"Pa i'm busy now ! Sorry !" Daiyan meletakkan panggilan.
"Siapa call ?" Tanya Amira.
"Hah,entah lah ! Dah cepat makan nanti nak hantar kau balik !" Daiyan mengelak.
"Saya dah siap,awak yang belum habis makan ?" Amira berkata.
Daiyan melihat pinggan Amira yang telah licin,tiada satu pun sisa makanan.Daiyan tersengih.
"Kau ni gajah ke ?" Daiyan ketawa.
"Kenapa ?" Amira pelik.
"Tak ada apa lah ! Dah siap jom aku hantar kau balik !" Daiyan meletakkan duit di atas meja.
"Habis makanan awak ?" Amira bertanya.
"Biar je lah kat situ !" Daiyan menuju ke motosikalnya.
"Mana boleh,awak kena habiskan cepat ! Membazir amalan syaitan tau ! Awak nak jadi syaitan ke ?" Amira memegang baju Daiyan.
"Lantak lah !" Daiyan menepis tangan Amira.
"Awak kena habiskan juga,kalau tak jangan harap saya nak balik dengan awak !" Amira mengugut.
Daiyan malas nak bertekak dengan Amira.Jadi dia terpaksa menghabiskan semua makanan dia sebelum balik.Perasaan Daiyan semakin membuak-buak,entah kenapa dia merasakan dia selesa dengan Amira.Sedangkan dia sengaja mahu buli Amira.
Share this novel