DC 12

Romance Series 37728

"Ibu jom lah !" Amira berjalan terus menuruni tangga.

"Hah nak pergi mana ni ?" Puan Masturi bangun dari sofa.

"Alaa kan dah cakap nak shopping-shopping !" Amira merangkul lengan ibunya.

"Kamu tak penat ke ? Pergi lah berehat dulu,nanti bila dah hilang lelah tu baru kita pergi !" Suruh Puan Masturi

"Alaa ibu,Ira dah bosan duduk kat rumah ni ! Jom lah ibu !" Amira memujuk Puan Masturi.

"Ish kamu ni kan,tunggulah ibu pergi tukar baju !" Puan Masturi mengikut kerenah Amira.

Puan Masturi naik keatas untuk bersiap.Amira melabuhkan punggungnya di sofa yang ada di depan tv seraya tangannya mencapai bekas yang sudah terisi kerepek.

Amira menguyah sambil menunggu ibunya bersiap.Dia mengeluarkan telefon dari begnya.

"Takkan dia tak nak call aku !" Amira melihat gambar Daiyan yang dia curi sewaktu Daiyan termenung.

Tiba-tiba telefon dia berdering.Terpampang nama Daiyan di skrin itu.Amira menggelabah,dia tidak tahu apa yang patut dia buat.Amira menarik dan menghembus nafas dan segera mengangkat panggilan itu.

"Hello ?" Suara yang keluar dari telefon Amira.

"Hello ! Kenapa awak call saya ?" Amira bertanya.

"Aku nak minta maaf atas apa yang berlaku kelmarin !" Daiyan berkata.

"Saya dah...." Panggilan terputus.

"Alaa tak sempat nak cakap !" Amira mengeluh.

"Bodoh punya line ! Tapi dia nak cakap apa eh ? Cilake kau line !" Marah Daiyan seraya melempar koleksi robotnya.

Tuan Malik mendengar sesuatu dibilik Daiyan.Dia risau akan keadaan Daiyan pantas dia pergi ke bilik Daiyan.

"Kamu kenapa ni ?" Tuan Malik bertanya.

"Yang papa risau sangat ni kenapa ? Tak payah nak buat care sangat lah !" Perli Daiyan.

"What happen to you Daiyan ?! Why u always blaming me ?!" Tuan Malik geram akan tingkah laku Daiyan.

"U asking me why ! Don't forget because of u my mom die ! All because of u and your mistress !" Daiyan mengungkit kisah silam.

"She not my mistress ! And your mom mati sebab dah takdir ! I tell you again,i don't have any relationship with that woman !" Marah Tuan Malik.

"I don't trust u ! My mom saw you and her ! And because of that,my mom sad and kill herself !" Daiyan beredar dari biliknya.

"Daiyan !" Panggil Tuan Malik.

Daiyan mengendahkan papanya,dia terus pergi dan menggapai kunci motornya.Daiyan pergi ke kedai yang selalu dia dan Amira makan.

"Sorang je ke ?" Tanya Pak cik itu setelah melihat Daiyan keseorangan.

"Haah lah uncle ! Uncle mi goreng satu dengan teh tarik !" Daiyan memesan.

"Okey siap !" Ujar Pak cik itu.

Tak sampai 10 minit makanan Daiyan siap dihidang.Pak cik itu melabuhkan punggungnya di tepi Daiyan.

"Kenapa sorang-sorang ?" Tanya Pak cik itu.

"Sekarang kan cuti,so dia balik jumpa ibu dia !" Terang Daiyan.

"Oh macam tu,tak rindu ke ?" Pakcik itu ketawa.

"Buat apa nak rindu,bukan makwe saya pun !" Daiyan jual mahal.

"Ye lah tu,nanti kena kebas jangan menangis !" Pesan Pak cik itu.

"Ada ada lah pak cik ni ! Haa saya tak tahu lagi nama pak cik siapa ?" Tanya Daiyan.

"Nama pak cik Ahmad.Kamu siapa ?" Soalan yang sama kembali ke Daiyan.

"Saya Daiyan Dzhuhaizan ! Panggil Daiyan je !" Jelas Daiyan.

"Ermm okey pak cik nak sambung buat kerja dulu eh,kamu makan lah dulu !" Kata pakcik Ahmad.

"Baik aku call dia semula !" Bisik hati Daiyan seraya mengeluarkan telefonnya dari kocek seluarnya.

Daiyan mendail nombor Amira.Dia menunggu selama dua minit namun panggilannya tidak diangkat.

"Mana dia ni ? Takkan marah lagi !" Daiyan menghirup air yang dipesannya.

Daiyan menelefon lagi.Amira yang sedang sibuk berjalan dengan ibunya akhirnya perasan akan panggilan Daiyan sewaktu mereka makan di sebuah restoran di dalam pusat membeli belah itu.

"Hah Daiyan call ? Dia nak apa ?" Amira tertanya tanya.

"Hello ?" Amira menjawab panggilan Daiyan.

"Hello,kenapa susah sangat nak call kau ni !" Daiyan marah.

"Saya sibuk keluar dengan ibu saya,saya tak ingat yang saya silent telefon ! Ada apa awak call ni ?" Amira memohon kepastian.

"Hah..tak...sebenarnya.." Daiyan tergagak agak ingin bercakap.

"Sebenarnya apa ?" Amira semakin mendesak.

"Ira siapa tu ?" Celah Puan Masturi.

"Hah apa ibu ?" Ujar Amira.

"Ibu tanya siapa yang call kamu,nampak macam serius je ?" Puan Masturi mengulangi soalannya.

"Kawan ibu !" Laju Amira berkata begitu tanpa memikirkan perasaan Daiyan.

"Hello ?" Amira memanggil.

"Ye,aku kat sini lagi ! Aku nak cakap yang..." Kata-kata Daiyan terhenti.

"Nak cakap apa ?" Amira bertanya lagi.

"Eh kalau awak main-main baik tak payah call !" Tambah Amira.

"Eh kejap !" Daiyan berkata.Dia harus jauhkan egonya demi kebahagiaannya.

"Yes,what do you want ?" Amira bertanya lagi.Sudah cuak dengan soalan yang dikeluarkan dari mulut Amira.

"Aku nak minta maaf !" Akhirnya keluar juga dari mulut Daiyan perkataan maaf itu.

"Hah apa dia ?" Amira pura-pura tidak mendengar.

"Kau sengaja kan ! Aku mintak maaf !" Daiyan sekali lagi berkata.

"Oh nak minta maaf,kenapa tiba-tiba ?" Amira ingin menguji tahap kesabaran Daiyan.

"Aku tahu lah aku buat salah so aku nak minta maaf ! Kenapa kejam sangat ke aku ni ?" Ujar Daiyan.

"Tak ada lah,awak baik je cuma kasar sikit.Benda yang lepas biarkan lepas lagipun saya dah maafkan awak !" Amira berkata lembut.

"Huh lega aku rasa ! But tentang confess kau tu ?" Daiyan masih tertanya tanya sama ada perasaan Amira itu betul atau tak.

"Alamak !!! Takkan lah,malu lah aku !! Nak cakap apa ni ?!" Amira buntu.

"Hello ?" Daiyan memanggil.

"Ye awak,awak nanti kita sambung pula ! Saya nak jalan-jalan dengan ibu saya dulu ! Bye !!!" Amira meletak panggilan Daiyan bagi mengelak untuk menjawab soalan KBAT itu tadi.

Puan Masturi tersengih-sengih melihat gelagat Amira.Amira perasan akan ibunya yang melihatnya terus sambil tersengih-sengih.

"Ibu kenapa ?" Amira bertanya.

"Tak ada apa lah,ibu suka tengok kamu sekarang ni ! Budak mana tu ?" Tiba-tiba soalan pelik itu keluar dari mulut Puan Masturi.

"Budak mana ibu ?" Amira menyuap kek kedalam mulutnya.

"Alaa buat buat tak tahu lak ! Yang call Ira lah siapa lagi !" Ujar Puan Masturi.

"Ni kawan je lah,ibu jangan nak fikir aneh aneh !" Balas Amira.

"Ala nak tipu ibu,kamu janganlah nak bohong dengan ibu.Ibu ni bukan baru kenal kamu !" Kata Puan Masturi.

"Betul lah ibu kawan ni ! Dah lah ibu makan cepat,nak pergi jalan-jalan lagi kan !" Amira menukar topik.

"Ermmm itu lah kamu,bila ibu tanya mula lah nak tukar topik !" Kata Puan Masturi seraya menghirup kopinya.

Seleret senyuman sempat lagi tersungging dibibir Amira.Amira tersenyum seorang apabila mengingatkan tingkah laku Daiyan yang lucu baginya.

"Pandai pula nak minta maaf !" Bisik hati Amira.

Sudah larut malam,Daiyan baru pulang ke rumah.Satu susuk tubuh yang besar sudah terpacak di ruang tamu yang seakan menunggu kepulangan Daiyan.

"Kamu pergi mana !? Sekarang baru balik ?" Tuan Malik bertanya setelah melihat Daiyan yang baru langkah masuk ke dalam mahligai itu.

"Pergi jumpa kawan !" Jawab Daiyan acuh tak acuh.

"Kawan mana pula ni ? Kamu ni kan selalu nak buat papa naik angin !" Tuan Malik mendekati Daiyan.

"Kalau nak marah,marah je lah ! Daiyan dah masak lah dengan perangai papa ni !" Daiyan melangkah naik ke atas.

"Stop !" Tuan Malik menjerit.

Daiyan berhenti selepas mendengar suara papanya.

"What ?" Daiyan berpaling.

"Esok ikut papa,kita pergi sama-sama jenguk mama !" Tuan Malik berlembut dengan Daiyan.

"Hrmm okey !" Jawab Daiyan seraya melangkah kembali menuju ke biliknya.

Daiyan merebahkan tubuhnya yang sudah letih kerana kuat memandu motosikalnya.Dia memusingkan kepalanya ke arah kanan.Dia melihat gambar perempuan yang sudah lama meninggalkannya.Daiyan mengambil gambar itu lalu memeluknya di dalam dakapannya.

"Akhirnya dia nak juga jenguk mama !" Daiyan bermonolog sendiri.

Tak disangka air matanya mula membasahi pipi.Air matanya mula jatuh di atas gambar arwah mamanya.Dia menyela air matanya dan meletakkan semula gambar arwah mamanya.

Daiyan bangun dari katilnya dan menuju ke tandas.Sudah berbau seluruh tubuhnya dek kerana berpeluh.Daiyan mengambil tuala yang sudah disimpan rapi oleh orang gajinya di dalam almari.

Seusai dia mandi,dia melihat jam yang sudah terlalu lewat baginya untuk menelefon Amira kembali.Jam menunjukkan pukul 2 pagi.Patutlah Tuan Malik marah.

"Ermm nasib engkau lah Daiyan tak dapat nak bercakap dengan dia !" Daiyan membaringkan tubuhnya.

Daiyan menetapkan jam untuk mengejutkan dia pagi esok.Dia memejamkan matanya untuk berehat kerana besok dia harus bangun pagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience