Dalam mereka berbincang ada juga kesempatan mata Daiyan memerhatikan bekas isterinya itu.Amira pula sudah kurang selesa apabila ditenung begitu.
"So macam mana Encik Daiyan ?" Tanya Zulfan.
Daiyan mengendahkan pertanyaan Zulfan kerana matanya hanya tertumpu pada Amira.
"Encik Daiyan ? Encik Daiyan ?" Panggil Zulfan untuk menyedarkan Daiyan.
"Yes ! Saya setuju !" Angguk Daiyan.
"Apa yang setuju Encim Daiyan ?" Zulfan mengangkat keningnya.
"Bekerjasama dengan Encik Zulfan !" Jawab Daiyan.
"Kalau macam tu sekarang kita dah jadi business partner ?" Tanya Zulfan yang menginginkan kepastian.
"Yes !" Laju sahaja Daiyan menjawab.
"Amira awak faham tak apa yang kami bualkan tadi ?" Tanya Zulfan.
"To be honest saya tak faham lansung !" Amira tersengih.
"It's okay,saya kan ada ! Nanti saya ajarkan awak !" Tangan Zulfan diletak di belakang Amira.
Panas hati Daiyan melihat kelakuan Zulfan.Perasaan cemburu dia taruh ketepi.
"Awak saya nak pergi tandas kejap !" Amira bingkas bangun.
"Pergilah tapi jangan lama sebab nanti ada orang yang merindui disini !" Zulfan mengukirkan senyuman.
"Merindui bapak engkau ! Suami dia dekat sini lah sial !" Getus hati Daiyan.
Suami atau bekas suami ?
Amira beredar dari situ.Kata-kata Zulfan tidak dianggap serius olehnya.Dia tahu yang Zulfan sentiasa bergurau dengan dia.
"Kenapa lah aku kena jadi PA dia ? Kan dah kena jumpa dengan bekas engkau Amira !" Amira membasuh tangan.
"Saya pergi tandas kejap !" Daiyan meminta izin.
"Ye ye !" Jawab Zulfan yang tidak curiga akan Daiyan.
"Kau tunggu Amira ! Aku datang !" Kata Daiyan.
Amira yang baru keluar dari tandas terus ditarik kasar.Pergelangan tangannya digenggam erat.
"Apa ni !" Marah Amira sambil meretap tangannya.
"Awak pergi mana selama ni ? Puas saya cari awak !" Tanya Daiyan yang membuat mimik muka kesian.
"Awak nak apa lagi ? Tak puas ke awak buat saya menderita dulu ? Tak puas lagi ke awak nak tengok saya menangis ?" Kemarahan Amira menonjak naik.
"Saya menyesal ! Saya minta maaf ! Maafkan saya ! Saya sayang awak ! Saya buat semua tu sebab saya geram ! Geram bila saya tengok awak dengan lelaki lain dan semua itu bukan kerana dendam ! Aku sayang kau Amira !" Bahu Amira dipegang kuat.
"Lepaskan saya lah ! Saya bukan hak awak lagi ! Saya harap dendam awak terhadap ibu saya dan saya dah habis !" Amira melepaskan dirinya.
"Oh jadi awak dah jumpa pengganti ? Zulfan tu ? Lelaki yang awak jumpa dulu ?!" Tangan Amira digenggam kembali.
"Saya dengan Zulfan tak ada kena mengena dengan awak ! Kita sekarang bukan lagi suami isteri yang sah Daiyan ! Sedarlah jangan jadi bodoh !" Perkataan bodoh ditekan.
"Kau ingat aku nak lepaskan kau macam tu ? Aku sayang kau sampai mati lah Amira !" Tangan Amira diratap kuat.
"Awak ni dah kenapa ? Sakitlah Daiyan !" Amira cuba melepaskan tangannya dari Daiyan namun kekuatan lelaki itu lebih kuat.
"Aku tak suka bila tengok hak aku keluar dengan jantan lain !" Daiyan berbisik di telinga Amira.
"Kau ni dah kenapa ? Gila ke !?" Amira menolak kuat tubuh Daiyan.
"Memang aku gila ! Aku gilakan kau !" Jawab Daiyan.
Amira mendengus kuat.Dia berganjak pergi meninggalkan Daiyan sendiri.Daiyan hanya merenung tajam setiap langkah yang diambil oleh Amira.
"Zulfan ! Saya pergi dulu lah." Amira menyampuk dari belakang.
"Eh awak nak pergi mana ? Awak kan sekarang pekerja saya so awak tak ada hak untuk pergi bila kita ada meeting !" Zulfan bangun menghadap Amira.
"Tapi..." Belum sempat Amira berkata-kata mulutnya ditutup oleh jari Zulfan.
Daiyan yang dalam perjalanan kembali ke meja mereka tidak sengaja melihat adegan itu.Kemarahan tadi pun belum reda tambah pula dengan kemarahan yang baru tercetus.
Tangannya digenggam seperti mahu menumbuk seseorang.Amira yang masih terkejut dengan kelakuan Zulfan laju mengundur.
"Wah so sweet !" Daiyan senyum tapi penuh dengan kebencian.
"Eh Encik Daiyan ! Sweet ke ? Maklumlah baru bercinta ! Come duduk sayang !" Perkataan sayang itu mengejutkan Amira.
"Hah bercinta ? Oh patutlah tengok muka Cik Amira ni berseri-seri !" Daiyan menjeling.
Amira tertunduk lalu melabuhkan punggungnya.
"Encik Zulfan tak ingat ke yang kita pernah bertemu ?" Tanya Daiyan dengan tiba-tiba.
"Pernah ke ?" Zulfan tersengih.
"Iya pernah,time tu saya dengan seorang wanita !" Daiyan menghiris steak didepannya.
"Saya lupa lah Encik Daiyan ! Tak sangka pula yang kita pernah bertemu !" Zulfan membetulkan kolar bajunya.
"Siapa wanita tu ? Girlfriend ke ?" Zulfan memandang Daiyan.
Daiyan tersentak.
"Actually wanita tu lah yang menyerikan hidup saya,tapi saya yang tak hargai dia dan sekarang dia dalam pelukan yang lain ! Tapi saya tetap akan perjuangkan dia !" Kata-kata itu membuatkan hati Amira berdebar.
"Semoga Encik Daiyan dapat cinta dia kembali !" Zulfan hanya memberi kata semangat kerana dia tidak tahu yang Amira adalah wanita itu.
"Awak saya nak balik dulu !" Amira memusingkan kepalanya.
"Kenapa ?" Tanya Zulfan dengan nada aneh.
"Saya rasa macam tak sihat !" Jawab Amira.
"Kenapa awak demam ke ?" Zulfan menyentuh dahi Amira.
Daiyan mengerling ke arah Amira dan Zulfan.Nafas dia turun naik.
"Damn shit !" Daiyan memandang ke arah lain.
"Saya okey !" Amira melarikan dahinya.
"Saya hantar awak pulang ?" Zulfan memegang bahu Amira.
"Saya rasa awak kena bawa dia ke klinik ?" Daiyan memberi idea.
"Saya bawa awak pergi klinik and then saya hantar awak pulang ?" Ujar Zulfan.
Amira mengangguk.
"Ni peluang aku untuk tahu kat mana kau duduk meskipun aku kena tahan sakit hati aku ni tengok korang !" Bisik hati Daiyan.
"Jom sayang !" Panggil Zulfan.
"Sayang ! Sayang ! Macam lah dia bini kau !" Perli Daiyan dalam hati sambil buat mimik muka yang menyampah.
"Maaf Encik Daiyan saya terpaksa pergi !" Ujar Zulfan.
"Eh tak apa,dia lagi penting dari projek ni !" Jawab Daiyan.
"Nanti saya akan suruh pekerja saya uruskan meeting kita !" Ujar Zulfan.
Daiyan hanya tersenyum.
"Awak boleh jalan tak ni !" Persoalan itu dituju kepada Amira.
"Boleh !" Jawab Amira acuh tak acuh.
Zulfan membawa beg Amira.Manakala Daiyan hanya memerhati dari jauh.
"Nak sweet depan aku ? Nanti kau tengok siapa yang dapar dia !" Getus hati kecil Daiyan.
Selepas kelibat Zulfan dan Amira hilang,Daiyan perlahan-lahan mengorak langkah keluar.
Matanya meliar-liar.Laju sahaja kaki melangkah masuk ke dalam kereta mewahnya itu.
"Apa lah yang kau tengok dekat dia Amira ? Hrmm...dah lah pakai baju macam taik cicak !" Sedap sahaja mulut mengata orang.
"Aku kan dah ada number phone mamat taik cicak tu,baik aku jejak je ! Nasib kau lah Daiyan sebab bijak ! Handsome pula tu !" Daiyan memuji diri sendiri sambil menjejak telefon Zulfan.
Lokasi yang telah dijejak oleh Daiyan adalah di Klinik Sejahtera.Daiyan terus memecut ke sana.
Tidak sampai 30 minit Daiyan sudah sampai di destinasinya.Matanya masih mencari kelibat Zulfan dan Amira.
Daiyan hanya memerhati di dalam kereta.Kereta diparkir jauh dari klinik itu.
Selepas 15 minit menunggu,Daiyan melihat Amira dan Zulfan keluar dari klinik itu.
"Lama betul mamat taik cicak ni nak keluar ! Kendur mata aku !" Daiyan bermonolog sendiri.
Pintu kereta dibuka oleh Zulfan untuk Amira.Daiyan mencebik bibir setelah melihat kelakuan Zulfan kepada bekas isterinya.
"Kau ingat sweet ke ? Kalau aku bukan setakat pintu kereta,aku akan dukung isteri aku tu !" Katanya lagi.
Kereta Zulfan mula bergerak.Daiyan pula mengikuti dengan berhati-hati di belakang.Tidak mahu dia kantoi.
"Rumah awak jalan mana ?" Tanya Zulfan.
"Dekat Taman Permai !" Jawab Amira sambil mengurut kepalanya.
"Okey ! Kalau awak nak tidur,awak tidurlah nanti sampai saya kejutkan !" Ujar Zulfan.
"Ermm !" Amira melelapkan matanya sekejap.
Dalam perjalanan Amira hanya diulik mimpi.Lena sungguh dia tidur sampai berdengkur.Nasib air liur tidak mengalir.Zulfan pula hanya ketawa ditepi.
*21k views dan 250 comments achik update next chapter !!!
Share this novel
sambung lah
sambung lah
sambung lah....