Setelah selesai berbincang dengan Harith,Amira dihantar oleh Harith.Sengaja dia pulang awal agar Harith tidak akan bertembung dengan Daiyan.
"Jaga diri dan jadi isteri yang solehah !" Pesanan itu diucap oleh Harith.
"Baiklah abang !" Balas Amira.
"Bye !" Harith melambai kearah Amira.
"Bye !" Amira membalas lambaian itu bersama senyuman manisnya.
Amira masuk ke dalam rumah selepas kelibat Harith hilang dari matanya.
"Alamak sempat ke aku bersiap ni !" Amira merenung lama jam yang tergantung di rumahnya.
Amira mengeluarkan telefon pintarnya dari koceknya.Dia terus menelefon Daiyan.
"Hello awak ? Awak kat mana ?" Tanya Amira apabila Daiyan mengangkat panggilan darinya.
"Saya tengah on the way ni,awak dah selesai ke jumpa dengan kawan awak tu ?" Giliran Daiyan pula bertanya.
"Dah ! Saya tengah tunggu awak ni !" Kata Amira.
"Haa okey awak tunggu dulu,nanti saya sampai !" Daiyan mematikan panggilan itu.
Skrin telefon ditenung tajam oleh Amira.
"Letak macam tu je ?!" Bisik hati Amira.
"No Amira ! Dia kan tengah drive !" Amira
berhusnuzon.
Amira menunggu Daiyan.Lama sunggu Daiyan.Amira dah berkali menjengukkan kepala melihat di luar.Takut-taku suami dia dah datang.
"Mana mamat ni ?" Amira membelek-belek skrin telefonnya dengan tekun.
Bunyi enjin kereta yang mahal itu cukup memberi petanda kepada Amira.
"Panjang umur laki aku !" Amira terus pergi ke arah kereta dan naik.
"Sorry i'm late sayang !" Laju benar perkataan maaf itu hadir.
"Sayang werk ! Kekadang geli juga lah aku dengan perkataan sayang tu even ramai yang kata sweet !" Amira tidak mengendahkan kata maaf dari Daiyan.
Pap ~~ Satu ciuman hinggap di pipi Amira.Amira memandang ke arah Daiyan yang sudah tersenyum sinis.
"Apa awak ni ?" Amira memegang pipinya.
"Dah awak termenung,saya minta maaf awak tak dengar ! Kena cium dulu baru sedar !" Ujar Daiyan.
"Awak ada hak ke nak cium saya ?" Amira berlagak.
"Wait wait wait !!! Awak dah lupa ke yang awak tu isteri saya !? So memang lah saya ada hak !" Daiyan menggelengkan kepalanya.
Pandangan Amira berubah.Dia terus memandang ke luar jendela.Daiyan ketawa melihat telatah yang comel itu.
"Nak makan kat mana ?" Tanya Daiyan.
"Ikut lah !" Amira masih tidak memandang wajah Daiyan.Perasaan malu itu masih menyelubungi dirinya.
"Apa yang awak fikirkan tu ?" Meskipun matanya masih fokus pada pemanduan dia,soalan itu masih keluar dari mulut Daiyan.
"Tak ada apa lah !" Amira memandang Daiyan dan terus kembalikan pandangannya di luar tingkap.
"Saya tahu apa yang awak nak makan !" Idea tercetus di minda Daiyan.
"Apa ?" Amira mula bertanya.
Daiyan hanya diam membisu dan tersenyum sinis.Agak agak kat mana dia nak bawa Amira ?
Sepanjang perjalanan,mereka berdua diam membisu.Daiyan sudah tidak tahan dengan perangai isterinya itu.
Daiyan membuka radio bagi menghilangkan rasa sunyi dalam kereta itu.Lagu menelusuri rindu kian bermain di telinga Amira.
Bibir Amira mula bergerak mengikut muzik.Daiyan yang perasan akan kelakuan Amira terus berkata.
"Awak minat menyanyi ke ?" Daiyan memperlahankan sedikit volume radio itu.
"Minat lah juga bila saya bosan !" Amira menjawab pernyataan itu.
Tanpa sedar mereka sudah sampai di kedai yang dicadangkan oleh Daiyan.Amira hilang kata apabila melihat kedai itu.
"Lamanya tak datang sini !" Nada suara Amira terus berubah.
"Saya tahu awak akan suka !" Daiyan mematikan enjin.
"Jom !" Ajak Daiyan.
Amira sudah tidak sabar untuk makan di kedai itu.Selama dia belajar,inilah tempat makan kesukaan dia.
"Eh kamu berdua,lama tak datang !" Ujar tuan kedai itu.
"Eh uncle,lama tak jumpa uncle !" Daiyan bersalaman dengan tuan kedai itu.
"Ni kamu datang berdua ni dah em em ke ?" Soalan kbat itu muncul lagi.
"Haha,Alhamdulillah dah uncle !" Belum sempat Amira menjawab,Daiyan sudah memberikan jawapan.
"Kan uncle dah cakap yang korang ni akan berkahwin juga !" Uncle itu ketawa kecil.
Seperti biasa Amira akan memesan mi goreng sama dengan Daiyan.Dari dulu sampai sekarang selera Amira tidak berubah.Dia masih suka makanan di tepi jalan berbanding makanan mewah di restoran.
"Dah kenyang ?" Daiyan bertanyakan Amira.
"Dah !" Amira mengusap-usap perutnya.
"Jom pergi,takut nanti lewat !" Daiyan bangun dan pergi ke arah tuan kedai itu.
"Eh dah nak balik ke ?"
"Haah uncle,kami sebenarnya nak pergi shoppping..mari singgah sini untuk makan !" Daiyan menghulurkan wang kepada tuan kedai itu.
"It's okay,harini uncle belanja ! Anggap je lah sebagai hadiah perkahwinan kamu berdua !" Kata tuan kedai itu.
"Hah serius lah uncle ?" Daiyan masih tidak percaya.
"Iya !!! Uncle harap perkahwinan kamu kekal !" Ayat yang sering diucap oleh semua orang turut keluar dari mulut uncle.
"Terima kasih uncle ! Kami pergi dulu !" Daiyan bersalaman dahulu sebelum beralih ke kereta.
"Sama-sama !" Uncle itu menepuk lembut belakang Daiyan.
____________________________
Mereka melanjutkan lagi perjalanan mereka.Seperti biasa suasana di dalam kereta itu sunyi sepi.Seakan berada di dalam tempurung.
Amira cuba untuk bercakap,namun dia masih malu dengan peristiwa tadi.Mulutnya berat untuk bercakap bila berduaan dengan Daiyan.
"Awak !" Amira memanggil dengan berani.Perasaan malu dia ketepikan semua.
"Ya ? Kenapa sayang ?" Sekali lagi perkataan sayang itu keluar dari mulut Daiyan sehinggakan membuat Amira terhenti untuk berkata.
"Asal diam pula ?" Tambah Daiyan.
"Kenapa ni ?" Daiyan menggosok lembut tangan Amira sambil matanya memandang di hadapan.
"Errrr....terima kasih !" Akhirnya perkataan itu keluar juga dari mulut Amira.
"For ?" Daiyan memandang Amira.
"Tak lah,awak sanggup drive jauh-jauh semata mata pergi makan tempat kegemaran saya !" Kata Amira.
"Eleh...lagipun saya memang nak makan mi goreng kedai uncle tu ! Bukan sebab awak pun !" Daiyan menyakat Amira.
Amira menjeling.Dia terdiam seribu bahasa.Malu ah dapat jawapan macam tu kan !
Pandangannya tertumpu kepada makhluk-makhluk yang berada di luar tingkap kereta Daiyan.
"Merajuk lah tu !" Daiyan mencuit hidung mancung Amira.
"Ish tengok depanlah !" Amira menepis tangan Daiyan.Daiyan hanya ketawa melihat gelagat Amira.
Tiba-tiba dia berhenti ketawa.Dia mengingatkan sebab dia berkahwin dengan Amira.Bukan atas sebab cinta tapi dendam.
Dia harus berhati-hati supaya dia takkan jatuh cinta dengan Amira.
"Kenapa mamat ni diam ? Tadi bukan main lagi gelakkan aku !" Bisik hati Amira.
Amira memejamkan mata sambil menunggu untuk sampai ke shopping mall.Daiyan melihat dalam diam wajah Amira yang kelihatan jelita.
Amira memeluk tubuhnya kerana berasa sejuk.Daiyan kasihan melihat Amira begitu.Dia lantas mengambil jaket kepunyaannya di belakang.
Dia menyelimuti badan Amira dengan jaketnya.Macam drama korea pula.Perlahan-lahan dia menyelimuti Amira supaya Amira tidak terjaga.
Dia membawa kereta dengan perlahan.Adakah hatinya sudah lembut atau masih keras dengan dendamnya ?
Sesampainya mereka di shopping mall,Daiyan membangunkan Amira.Dia menggoncangkan bahu Amira dengan perlahan.
"Sayang...sayang...!" Lembut suara itu seakan ingin mengulik Amira tidur pula.
Amira membuka matanya dan terkejut apabila wajah suaminya itu sudah terpampang rapat di mukanya.
Amira menolak wajah Daiyan dengan tidak sengaja.Dia terkejut.Daiyan merengek kesakitan.
"Aduh !" Rengek Daiyan.
"Awak sorry !" Amira memegang muka Daiyan lalu meniup.
"Sayang juga awak dekat saya kan !" Daiyan sengih macam kerang busuk.
"Menyampah lah !" Sekalo lagi kepala Daiyan ditolak.
Amira keluar dari kereta dan menunggu diluar.Daiyan mematikan enjin kereta dan keluar dari perut keretanya.
"Dah jom !" Daiyan memegang tangan Amira.
Berubah terus muka Amira.Tak pernah Daiyan romantik begini ! Perasaan malu pun ada.
Ramai orang yang tengok mereka tersengih-sengih.Macam artis pun ada perasaan Amira dilihat sebegitu rupa.
"Nak beli baju kan ?" Tanya Daiyan.
Amira hanya mengangguk.Bukan dia yang keluarkan duit tapi suaminya.
"Kita pergi tengok kat sana !" Daiyan memegang erat tangan Amira.Seperti tidak mahu kehilangan.
"Nah awak cuba !" Daiyan memberikan beberapa helai baju untuk Amira cuba.
"Semua ni ke ?" Amira terkejut.
"Yes sayang !!!" Pipi gebu Amira ditepuk lembut.
Senyum habis semua pekerja-pekerja di kedai itu melihat Daiyan dan Amira bermesra.Amira mencuba pakaian yang dipilih oleh Daiyan.
Setelah memakai dia akan keluar dan bertanya pendapat Daiyan tentang pakaiannya.
"Macam mana ?" Amira mencuba baju pertamanya iaitu gaun yang bewarna merah jambu.
"Tak !" Daiyan menggeleng kepala tanda tidak setuju.
Amira masuk kembali dan cuba yang lain.
"How ?" Amira berpusing-pusing.
"No !" Sekali lagi tidak setuju.
"Ish semua tak sesuai !" Bebel Amira.
Baju terakhir Amira pakai ialah gaun yang berwarna putih.
"Macam mana encik husband saya yang tersayang !" Amira perli Daiyan dengan panggilan itu.
Daiyan mengangkat pandangannya.Dia terpesona dengan Amira yang memakai gaun putih itu.Tidak berkelip mata dia melihat Amira.
"Hello !" Amira melambai-lambai ingin menyedarkan Daiyan.
"Hah apa dia ?" Daiyan tersentak.
"Macam mana ?" Tanya Amira sekali lagi.
"Perfect sayang !" Akhirnya kepala Daiyan mengangguk setelah melihat apa yang dipakai oleh Amira.
Share this novel