Mata Daiyan tak henti-henti melirik ke arah Amira.Kini giliran Daiyan pula yang mencuba baju.
Amira memilih baju kemeja yang dia rasa cantik untuk Daiyan pakai.Dia menghulurkan baju dan seluar yang cocok untuk bajunya.
"Dah siap pilih ?" Daiyan bertanya.
Amira masih memilih,dia tak menghiraukan pernyataan Daiyan.Dibelek baju-baju yang tidak kena dengan citarasanya.
"Awak nah !" Amira menghulurkan baju yang sudah dia pilih kepada Daiyan.
"Okey sayang,saya pergi cuba !" Daiyan bangun dan terus meluru ke bilik persalinan.
Amira menunggu dan terus menunggu.Seorang pekerja lelaki di kedai itu tidak lepas memandang Amira yang duduk keseorangan.
"Awak macam mana ?" Daiyan bertanyakan pendapat isterinya apabila keluar dari bilik persalinan.
Amira menggelengkan kepalanya.Daiyan mencebik bibirnya.Dia pusing kembali dan mencuba baju yang lain.
"Now how ?" Dibetulkan lengan baju kemeja itu.
"No !" Laju Amira menggelengkan kepala.
"Apa ni,awak yang pilih but awak yang taknak ?" Daiyan mencekak pinggang.
"Masa saya pilih tu nampak cantik,but when awak cuba nampak lain !" Amira ketawa kecil.
"Nak kata saya tak handsome lah tu !" Daiyan merenung tajam.
Daiyan terpandang ke arah lelaki yang sudah lama memerhati Amira.Dia merenung pelik lelaki itu.Amira turut memandang ke arah pandangan Daiyan.
"Awak pandang siapa ?" Tanya Amira.
"Hah tak ada siapa lah !" Pandangan Daiyan beralih kepada Amira.
"Dah lah saya pergi tukar kejap !" Daiyan masuk semula ke dalam bilik persalinan.
"Siapa mamat tu ?" Daiyan berfikir.
"Eh kenapa aku nak kesah,ikut dia lah nak tengok isteri aku pun ! Aku bukan cintakan dia pun !" Daiyan mengetuk dahinya.
Daiyan keluar setelah menyarungkan kemeja yang bewarna coklat.Daiyan membetulkan rambutnya.Dia keluar dengan penuh bergaya.
"Kalau dia tak suka lagi,aku tak tahu lah !" Bisik hati Daiyan.
"Macam mana ?" Daiyan berjalan dengan penuh gaya.
"Haha !" Amira tergelak melihat apa yang dilakukan oleh Daiyan.
"Suka pula ! Orang kata macam mana ? Sesuai tak ?" Tanya Daiyan lagi.
"Okey..okey !! Saya suka warna ni dan awak cocok dengan warna ni !" Amira menunjukkan ibu jarinya tanda bagus.
Di rumah.
Amira melabuhkan punggungnya di sofa kerana terlampau keletihan.Dia cuba melelapkan mata tapi Daiyan mengganggunya.
"Letihnya sayang !" Daiyan duduk di atas riba Amira.
"Apa ni,saya pun nak rehat !" Amira menggerakkan tubuhnya agar Daiyan bangun.
"Ala sekejap lah,suami awak nak rehat ni !" Daiyan berpura-pura melelapkan matanya.
"Hrmmm !"
Amira melelapkan matanya walaupun dia rasa tidak selesa dengan Daiyan.Sudah larut malam,Amira terjaga.
Dia meluru ke dapur untuk mengambil minuman.Tekak dia dah kering dan perut pun dah mula berbunyi.
Amira membuka peti ais dan mengambil susu dan menuangkannya di dalam gelas.Setelah habis minumannya,Amira mencari makanan yang mungkin boleh mengenyangkan perutnya.
"Tak ada apa lah !" Amira berdiri di meja dapur.
Dia merasa ada seseorang yang memeluknya dari belakang.Kehangatan dan kasih sayang pelukkan itu membuatkan Amira tidak mahu berganjak.
"Awak buat apa ?" Suara itu sudah Amira kenali.
"Tak...ada...apa !" Gugup Amira untuk menjawab.Entah kenapa dia masih janggal dengan perilaku Daiyan.
"Lapar ke ?" Daiyan membelai rambut Amira dan menciumnya.
Daiyan memeluk Amira dan membawanya naik ke atas.Riak wajah Amira terus berubah.Amira dibaringkan di atas katil.Daiyan mencium Amira dan lalu menutup lampu.
Keesokkan paginya,Amira bangun.Kepala dia rasa sangat berat.Dia bangun perlahan-lahan dan melihat Daiyan yang sudah ada di atas kerusi.
"Awak ?" Halus suara Amira memanggil Daiyan.
"Kau dah bangun !" Daiyan bangun dari kerusinya dan terus menghadap Amira.
Kepala Amira ditolak kuat.Amira merengek kesakitan.
"Kenapa dengan awak ni ?" Amira pelik dengan perangai Daiyan.
"Hahaha !! Kau ingat aku ikhlas ke kahwin dengan kau ?" Daiyan duduk bertinggung di tepi Amira.
"Apa yang awak cakap ni !" Amira menjauh dari Daiyan.Perasaan takut dia muncul.
"Kenapa kau duduk jauh dengan aku ? Kau takut ke ?" Daiyan menarik rambut Amira.
Amira menahan sakit.Dia merasakan kulit kepalanya mahu tercabut.Amira memegang tangan Daiyan yang menarik rambutnya itu.
"Kenapa dengan awak ni Daiyan ?!" Air mata Amira mula jatuh.
"Kenapa awak menangis ni ? Janganlah menangis ! Haha !" Daiyan ketawa seraya menyeka air mata Amira.
"Kau hanya isteri atas kertas ! Aku ingatkan kau eh perempuan sial aku takkan pernah jatuh cinta dengan kau !" Kepala Amira ditolak sekali lagi hingga dia jatuh tersungkur.Nasib di atas katil.
"Kenapa dengan awak ni ? Apa salah saya ?" Teresak-esak tangisan Amira.
"Kau lupa ke apa yang ibu kau buat dekat mama aku !" Daiyan mengangkat kening.Mukanya sungguh menakutkan.
"Awak dah kata kan tak nak cakap pasal ni ! Awak cakap yang awak nak lupakan semua ni ! Tapi kenapa awak nak ungkit ?" Semakin deras air mata Amira mengalir.
Daiyan tidak sanggup melihat Amira yang dalam kesakitan itu.Tapi ego dan dendam telah menyebulungi dirinya.
Daiyan melepaskan tangannya yang menarik rambut Amira bagi menghilangkan sedikit rasa kesakitan itu.
"Kau jangan mimpi nak bagitahu pasal ni dekat papa dan ibu ! Kalau kau degil juga,aku akan pastikan ibu kau tu dalam bahaya !" Ugutan itu dilempar kepad Amira.
Amira memeluk tubuhnya.Dia tidak sangka dendam Daiyan pada ibunya masih lagi ada.Dia ketakutan dan air matanya tidak henti mengalir.
"Dah tak payah nak nangis sangat,sekarang kau bangun dan masak untuk aku !" Daiyan mengarah Amira dengan kasar.
"Ba...baik..lah !" Amira terus turun kebawah dan masak untuk suaminya.
Takut Amira ingin melawan Daiyan.Hati dia berdebar dan dia betul-betul tak sangka yang dia akan terjerat dalam dendam Daiyan.
"Betul ke dia kahwin dengan aku cuma untuk membalas dendam ?" Fikiran Amira terganggu.
Daiyan yang kebetulan lalu di kawasan dapur melihat Amira yang termenung.Dia juga merasa kasihan dengan Amira tapi dia tak boleh nak tahan dengan dendamnya.
"Maafkan aku Amira !" Daiyan tenung jauh wajah Amira.
Daiyan menghampiri Amira yang tengah memasak nasi goreng untuknya.Bau sudah masuk ke dalam hidung Daiyan.
"Kau nak masak ke kau nak termenung !" Jerkah Daiyan.
Daiyan membuatkan Amira terkejut.Tangan Amira terkena kuali yang panas.Amira mengusap lembut tangannya yang sakit itu.
"Kau ni cuai sangat !" Daiyan gelabah melihat Amira kesakitan.
"Ish mari sini aku tengok !" Tangan Amira ditarik.Daiyan meniup tangan Amira yang sakit itu.
"Aduh !" Amira merengek.
"Dah tak payah nak masak !" Larang Daiyan.
"Aw..awak..nak makan kan,jadi saya siapkan ! Sikit je ni,nanti sembuh lah..Awak duduk dulu !" Amira menarik tangannya kembali.
"Kalau aku cakap jangan ! Jangan lah !" Daiyan menggenggam kasar tangan Amira.
Dah lah tangan Amira tengah sakit,boleh pula dia pegang macam tu !
"Ahh !!" Laju Amira menarik tangannya seraya meniup di tempat yang kembali sakit itu.
"Maa...maaf !" Daiyan mengundur.
"Saya tak faham apa yang terjadi dekat awak,tadi awak marah saya dan sekarang awak ambil berat tentang saya ! What's wrong with you ?" Amira hanya berkata lembut.
Daiyan tersentak dengan kata-kata Amira.Dia tidak sanggup melihat Amira begitu.Tapi dia tak boleh nak lupa apa yang ibu Amira buat dekat mama dia.
"Kau jangan nak perasan ! Aku bukan ambil berat pasal kau,tapi kalau kau mati siapa yang nak uruskan aku ! Puaskan nafsu aku ? Dan siapa yang akan menderita saat aku balas dendam !" Daiyan tersenyum sinis.
Amira menahan sebak.Dadanya begitu sakit mendengar kata-kata Daiyan.
"Kenapa kau berubah Daiyan !" Bisik hati Amira.
Amira tidak menghiraukan Daiyan.Dia kembali memasak meskipun tangannya sakit dan sudah dilarang oleh Daiyan.
"Lantak kau lah ! Asal jangan mati !" Semakin kasar cara Daiyan bercakap dengan Amira.
Bergenang air mata Amira.Dia cuba untuk bertahan tapi tidak terdaya.Air matanya jatuh saat Daiyan pergi dari dapur.Cepat-cepat dia menyeka air matanya.Takut pula kalau dilihat Daiyan.
Share this novel