Pertemuan yang tak diduga menyebabkan dia terus menyimpan dendam.Kedatangan orang baru dalam keluarganya menjadi satu punca utama yang menyebabkan dia berdendam.Tambahan pula orang dia sangat kenal.
Daiyan Dzuhaizan anak kepada seorang ahli perniagaan yang termasyhur.Dia sudah lama tidak merasai kasih sayang seorang ibu kerana sudah 4 tahun ibunya meninggal.Daiyan kini meningkat dewasa dan umurnya sudah mencecah 21 tahun.Kini dia masih menyambung pelajaran di universiti yang paling hebat.
Amira Arisya seorang gadis yang bijak dan hanya tinggal bersama ibunya selepas kematian ayahnya 5 tahun lalu.Kini Amira lah yang menjadi tulang belakang keluarga dia.Amira seorang anak tunggal yang bertuah kerana mendapat biasiswa sambung belajar di salah satu universiti yang terhebat.
"Ibu Ira dapat biasiswa lah ! Yeah ini universiti yang Ira nak sangat pergi !" Amira gembira setelah menerima sepucuk surat yang jelas tertulis surat sambung belajar.
"Bagus Ira,nanti bila dah berjaya jangan lupa ibu ye !" Pesanan dari Puan Masturi.
"Okey ibu,Ira takkan lupakan ibu !" Balas Amira.
"Okey jom kita pergi beli baju baru" Ajak Puan Masturi.
"Tak payah lah ibu,Ira okey je pakai yang lama tu.Lagipun ibu kena simpan duit tu untuk keperluan hidup ibu sewaktu Ira tak ada nanti" Kata Amira.
- Dirumah Daiyan -
"Papa nak kamu sambung belajar kat sana !" Marah Tuan Malik.
"Tapi Pa,Daiyan dah besar !" Lawan Daiyan.
"Kamu tak payah nak mengada ! Di sana kamu akan belajar dan kamu akan uruskan syarikat papa !" Tegas Tuan Malik.
Daiyan berkeras.Dia tak nak berlawan mulut dengan papanya nanti dibilang anak derhaka.Lebih baik dia menenangkan fikiran.Lantas dia mengambil kunci kereta audinya yang sudah ada di atas meja bersebelahannya.
"Kamu nak ke mana ?" Tuan Malik bertanya.
"Daiyan nak tenangkan fikiran ! Nak lawat mama lagipun minggu ni Daiyan belum lawat mama,papa pun jangan sibuk dengan kerja je sampai tak lawat mama !" Perli Daiyan.
Tuan Malik terasa apa yang diperkatakan oleh anak tunggalnya itu.Dia tidak sedar yang dia sudah lama tidak melawat arwah isterinya oleh kerana sibuk mengejar dunia ekonomi.
"Jangan balik lewat !" Pesan Tuan Malik.
Walaupun bertegas dengan pendirian dia,Tuan Malik tetap risau akan kesihatan anaknya.Terimbas kembali kejadian pahit sehari selepas kematian ibunya,Daiyan demam panas sehingga tidak dapat untuk bercakap.Hanya terkurung di dalam bilik sampailah di ditemui di dalam tab mandi dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Papa bukan tak nak melawat tapi papa sibuk,sibuk untuk besarkan kamu !" Bisik hati Tuan Malik.
Malam itu,Daiyan membuat keputusan untuk meneruskan pembelajarannya tapi dengan satu syarat.Daiyan mengukapkan syarat tersebut didepan papanya.
"Papa kena melawat mama seminggu sekali !" Daiyan melafazkan syaratnya.
Tuan Malik terdiam seribu bahasa.
"See apa yang Daiyan suruh mesti papa tak boleh buat ! Pa Daiyan suruh papa pergi seminggu sekali ! Bukan setiap kali !" Amarah Daiyan semakin menaik.
"Okey papa boleh ikut apa yang Daiyan suruh,tapi papa ingatkan Daiyan supaya Daiyan kena kekalkan kedudukan Daiyan sebagai student yang cemerlang !" Kini Tuan Malik pula yang membuat syarat.
"Okey,demi arwah mama Daiyan sanggup buat apa saja !" Daiyan berkata.
Keesokan harinya,Daiyan dan Amira berangkat pada masa yang sama.Takdir yang menentukan mereka bersama.Daiyan dan Amira melanjutkan pelajaran di universiti yang sama.
Pertemuan antara Daiyan dan Amira merupakan kenangan pahit yang dialami oleh Amira.Pertama kali dah buat hal si Daiyan ni ! Amira terjatuh kerana hampir dilanggar oleh Daiyan Dzhuhaizan yang membawa motosikal berteknologi tinggi.
Mujur Amira sempat mengelak.Namun elakannya membuatkan dia tergelincir dan terjatuh.
"Aduh !!" Amira menahan kesakitan.
Daiyan memberhentikan motosikalnya dan terus menuju ke arah Amira.
"Lain kali kalau jalan tengok kiri kanan ! Jangan nak berangan je !" Marah Daiyan.
"Awak yang nak langgar saya kan kenapa saya pula yang dipersalahkan !" Amira membalas.
"Lantak kau lah !" Daiyan pergi ke arah motornya.
"Eh kejap auch !" Amira cuba untuk bangun tapi dia gagal kerana kesakitan yang dia alami.
"Aduh minah ni !" Daiyan kesian melihat Amira yang kesakitan.Lalu dia pergi ke arah Amira dan mengangkat Amira untuk berdiri.
"Slow slow lah !" Jerit Amira.
"Kau ni manja kan ! Ini baru sikit !" Balas Daiyan.
"Awak tak kena sedap lah cakap !" Amira berkata.
Daiyan melihat luka yang ada di kaki Amira.Dia mengambil kain sapu tangan yang dia sayang selama ini dan membalut luka dikaki Amira.Kain sapu tangan itu dihadiahkan oleh mamanya sebelum kematiannya.
"Baik juga mamat ni !" Bisik hati Amira.
"Okey dah siap ! Kau boleh jalan kan,kau pergi sendiri !" Daiyan bangun dan terus pergi.
"Hah terima kasih !" Laung Amira.
Langkah Daiyan terhenti dan dia tersenyum sinis.
"Apalah nasib aku jumpa minah ni,tapi dia comel juga !" Bisik hati Daiyan Dzhuhaizan.
Share this novel