Mereka berbual sambil meratap makanan masing-masing.Seperti sudah kenal lama,begitulah mereka sekarang.Setelah selesai makan,Amira membuat keputusan untuk ke tandas sebentar sambil menunggu Adyan yang belum habis makan.
"Saya nak pergi toilet kejap." Amira meminta izin.
"Okey,jangan lama-lama nanti ada yang rindu !" Qairuddin menyampuk.Amira tersenyum kelat.
"Amira pergilah,nanti selesai kita pergi jalan-jalan." Kini Adyan pula yang menyampuk.
Amira mengangguk tanda mengerti.Amira pergi meninggalkan mereka berdua.Senyuman Qairuddin belum berhenti melihat telatah Amira yang dianggap comel itu.Senyuman Qairuddin dimatikan dengan panggilan suara perempuan.
"Sayang !!!" Panggilan yang keluar dari mulut Marina.
"Alamak,sejak bila dia datang ni !" Qairuddin menghentuk kepala dengan tangannya.
"What happen sayang ? I call u tak dapat ?" Marina duduk di sebelah Qairuddin.
Qairuddin menjeling ke arah Adyan memohon pertolongan.Namun Adyan hanya mengangkat kening.
"I cakap dengan u ni,u dah bisu ke ?" Tidak berhenti mulut Marina bertanya.
"Hah apa dia ? I okey je ! I ada something nak cakap dengan u." Qairuddin membuka mulut.
"Apa dia ?" Marina bertanya.
"I nak kita break ! I dah tak ada apa-apa perasaan dengan u !" Qairuddin berkata.
"What,u ingat i apa ? Sial punya jantan !" Marina marah lalu dia mengambil gelas yang masih berisi air dan mencurahkan di atas kepala Qairuddin.
Adyan terkejut namun masih dianggap kelakar.Dia ketawa angin.Semua orang berpaling ke arah Qairuddin.Habis basah baju Qairuddin tapi dia tidak membalas.
"Apa yang dah jadi ni ?" Amira bertanya setelah melihat kejadian tadi.
"Baik Amira tak payah masuk campur ni hal diorang !" Adyan Menarik beg Amira.
Qairuddin mengelap mukanya yang sudah dibasahi dengan air.Dia malu dengan ketibaan Amira.
"Qai,kau urus lah dulu hal kau dengan dia nanti dah siap kau datang jumpa kami kat taman !" Adyan bangun dari kerusi dan beredar pergi bersama Amira.
"U nak apa lagi ? Tak puas lagi ke malukan i !" Qairuddin serius.
"Dah u tiba-tiba putuskan i !" Marina menjawab.
"Eh kalau perangai u macam ni kan,memang tak menyesal i putuskan u !" Qairuddin pergi meninggalkan Marina.
Qairuddin pergi ke taman seperti yang dibilang oleh Adyan.Dia melihat Adyan dan Amira yang sudah berada di bangku.
"Hey korang !" Qairuddin melaung kuat.
Amira dan Adyan terkejut dengan laungan keras Qairuddin.Mereka berdiri untuk menyambut Qairuddin.
"Jom lah jalan-jalan !" Qairuddin mengajak.
"Jom lah ! Nanti tak habis Amira tengok universiti ni !" Amira tersenyum gembira.
"Ala dia buat muka cute pulak !" Qairuddin mencubit kedua-dua pipi tembam Amira.
Mata Amira membulat luas dan pipinya merah kemerahan.Adyan Asyraf menarik kolar baju Qairuddin.
"Nanti Marina tengok kau buat macam ni,tak pasal-pasal dia yang kena tanggung !" Adyan menperli.
"Aduh sakitlah ! For your information aku dengan Marina sudah rasmi putus !" Qairuddin merangkul leher Adyan.Tertunduk Adyan dibuatnya.
"Jom lah !" Amira merengek.
"Jom !!" Qairuddin mengukirkan senyuman yang lebar.
Adyan menggeleng kepala melihat perangai Qairuddin yang seolah-olah seperti kanak-kanak.
Mereka menunjukkan kawasan-kawasan yang belum diperlihatkan lagi.Hari sudah petang,Amira meminta izin untuk ke biliknya.Penat seharian berjalan.
"Abang Adyan dan Abang Qairuddin,terima kasih sebab dah temankan Amira seharian.Nanti ada masa kita jumpa lagi eh !" Amira berterima kasih kepada mereka berdua.
"Okey,sama-sama !" Adyan dan Qairuddin menjawab serentak.
"Nanti besok abang jemput Amira tau !" Jelas Qairuddin.
"Bukan ke kelas kau petang ?" Adyan menyampuk.
"Hish diam lah !" Qairuddin mencubit paha Adyan yang menyebabkan Adyan mengadu kesakitan.
"Tak menyusahkan ke ? Lagipun Amira boleh je pergi sorang !" Amira mengangkat kening.
"Tak pun,nanti abang ambil Amira ! Bye !" Qairuddin melambai ke arah Amira.
"Abang pergi dulu ye !" Adyan menyentuh rambut Amira.
Amira tertunduk ! Hatinya mula berkencang ! Apakah ini yang dikatakan cinta ? Atau hanya Halusinasi dia sahaja ?
Share this novel