DC 19

Romance Series 37728

Degupan jantung laju berdegup.Hari yang dinantikan sudah tiba.Seorang wanita mengenakan baju kurung mini dan dipadankan lagi dengan tudung bagi menyerlahkan lagi kesopanan dalam dirinya.

Dia melihat dirinya yang terpancar di dalam cermin.Sengaja dia memejamkan matanya bagi menghilangkan rasa takut dan debarannya.Dia tersentak apabila terdengar ketukan pintu.Namanya dipanggil berselang seli bunyi dari ketukkan pintu.

"Amira mari turun !" Puan Masturi memanggil anak kesayangannya.

"Baik ibu !" Degupan jantungnya semakin laju.Dia menghela nafas bagi meredakan lagi debarannya.

Amira menuruni anak tangga.Bola matanya terus tertumpu pada tetamu yang sudah berada di ruang tamu.Seleret senyuman indah terukir di wajahnya.

"Come Amira !" Dipanggil sekali lagi namanya oleh ibunya.

"Cantik bakal menantu uncle !" Puji Tuan Malik.

"Tanpa melengahkan lagi masa yang ada ni,baik saya beritahu sahaja tujuan saya ke mari.Saya bagi pihak anak saya ingin melamar anak awak untuk dijadikan suri hati sepenuhnya untuk dia !" Jelas Tuan Malik.

"Kalau macam tu kena tanya tuan badan sendiri lah,kalau diikutkan saya okey je !" Jawab Puan Masturi.

"Hah macam mana tuan badan ? Setuju tak ?" Ditatap terus ke mata Amira.

Amira diam seribu bahasa.

"Kalau senyap tu tandanya setuju kan !" Celah Tuan Malik.Amira hanya mengangguk tanda setuju.

"Kalau macam tu,selesai lah ! Kalau pasal kahwin tu anak saya akan uruskan !" Tambahnya lagi.

"Amira dan Daiyan dah bincang pasal kahwin ni,dia kata nak kahwin akhir bulan ni !" Amira mula membuka mulut.

"Hah kenapa cepat sangat ?" Puan Masturi terkejut dengan omongan Amira,malah Tuan Malik juga.

"Dia cakap tak nak ambil risiko,dan dia takut Amira kena rembat dengan orang lain !" Amira senyum pahit.

"Ish Daiyan ni kan !" Tuan Malik menggelengkan kepalanya.

"Tak apa lah tuan,saya setuju saja dengan budak-budak ni ! Better buat awal-awal !" Celah Puan Masturi.

"Amira pun tak kesah lah dengan apa yang Daiyan rancang !" Amira menggengam tangannya sendiri.

"Kalau macam tu jadilah kan akhir bulan ni ?" Daiyan yang entah datang dari mana mencelah perbincangan mereka bertiga.

"Awak datang juga ?" Tanya Amira.

"Nak tengok bakal isteri saya takkan tak boleh kan ?" Daiyan tersenyum sinis.

"Eleh kamu berdua ni,tak payah nak romantik depan kami yang tua ni !" Gurau Tuan Malik.

"Kalau Daiyan dah ada tu,marilah kita bincang !" Ujar Puan Masturi.

Daiyan melabuhkan punggungnya disamping papanya,Tuan Malik.Mereka berbincang tentang majlis perkahwinan antara Daiyan dan Amira.Seusai perbincangan mereka,Tuan Malik dan anaknya Daiyan sudah bersedia untuk berangkat pergi.

Amira menghantar mereka berdua ke depan pintu rumah.Wajah gembira Amira tidak dapat disorok lagi.Daiyan menatap dekat wajah Amira.

"Dah dah lah tu,nanti kahwin kamu tengok lah puas-puas !" Sakat Tuan Malik.

"Ish papa ni,biar lah Daiyan lepas rindu !" Jawab Daiyan.

"Nanti kamu kahwin lepas lah rindu tu !" Tuan Malik ketawa kecil.

Persiapan perkahwinan sedang disiapkan.Baju semua sudah sedia tunggu masa untuk menyarungkannnya saja.Kini hanya tersisa 2 hari sahaja lagi,setelah itu Amira akan sah menjadi isteri Daiyan Dzhuhaizan.

"Hello ! Dah bersedia ke nak jadi isteri saya besok ?" Pertanyaan itu muncul setelah Amira mengangkat panggilan dari bakal suaminya.

"Berdebar lah awak !" Jawab Amira.

"Just relax honey,besok kita debar sama-sama eh !" Daiyan memberi semangat kepada Amira.

"Ish awak ni,okey lah saya nak tidur dulu,nanti besok kena bangun awal !" Kata Amira.

"Ermm,saya pun sama ! Selamat malam,mimpikan saya ! Assalammualaikum bidadari saya !" Kata-kata manis itu meluncur deras dari bibir Daiyan.Amira tersengih seperti kerang busuk.

"Kau tunggu lah nanti Amira ! Aku akan buat hidup kau terseksa !" Bisik hati jahat Daiyan.

"Besok status aku bakal berubah ! Kau harus jadi isteri yang solehah Amira !" Ayat terakhir yang keluar dari mulut Amira sebelum dia melelapkan mata.

Keesokkan harinya,hari yang mendebarkan bakal tiba.Terserlah keayuan wajah Amira pabila memakai baju perkahwinan mereka yang berwarna putih suci.

Wajah yang polos,putih gebu itu ditatap lama oleh orang yang melahirkannya.Secara tidak sedar,mutiara-mutiara indah mula jatuh mengalir di pipi.Tangannya diangkat untuk mengesa air matanya yang semakin lama menurun deras.

"Cantik anak ibu !" Ujar Puan Masturi.

"Betul ke ibu !" Senyuman manis terukir di wajah bakal pengantin itu.

"Anak ibu bila tak cantik,selalu cantik !" Tambah Puan Masturi bagi menghilangkan rasa sebaknya.

"Kenapa ibu nangis ?" Pertanyaan itu keluar dari mulut Amira.

"Air mata ibu bukan air mata sedih tapi air mata kegembiraan.Ibu gembira Amira dah nak jadi isteri orang !" Air mata Puan Masturi kembali mengalir.

"Ala ibu,janganlah nangis...nanti Ira menangis juga !" Amira membuat mimik muka sedih.

"Heh pengantin mana boleh nangis,nanti rosak make up !" Puan Masturi memukul lembut belakang anaknya.

"Ira pasti akan bahagia bila bersama Daiyan ibu,Ira cintakan dia !" Ujar Amira.

Amira tidak tahu muslihat Daiyan.Adakah dia betul-betul cintakan Amira atau hanya untuk membalas dendam ? Adakah perkahwinan yang baru ini dibina untuk dimusnahkan ?

Sesi akad nikah bakal berlansung sebentar lagi.Amira dan ibunya menuruni anak tangga.Semua mata tertumpu kepada pengantin perempuan termasuklah mata pengantin lelaki.

"Cantiknya minah ni !" Bisik hati Daiyan.

"Ish Daiyan ! Kau kena ingat tujuan kau kahwin dengan dia !" Daiyan mengerlipkan matanya.

"Boleh kita mulakan sekarang ?" Tanya tok kadi yang berada di depan Daiyan.

"Boleh...boleh.." Balas Daiyan.

"Tengku Muhammad Daiyan Dzhuhaizan,aku kahwinkan dikau dengan Nur Amira Arisya dengan mas kahwinnya RM 300 tunai !"

"Aku terima nikahnya Nur Amira Arisya dengan mas kahwin RM 300 tunai !" Hanya sekali lafaz Amira sah menjadi isteri Daiyan.

Amira didatangi suaminya,Daiyan untuk menyarungkan cincin di jari manisnya.Amira mengucup lembut tangan suaminya.Daiyan pula mencium dahi Amira.

"Sekarang aku bagi kau bahagia tapi lepas habis majlis ni...kau nantikan lah !" Daiyan mula memikirkan perkara jahat yang bakal dia lakukan terhadap Amira.

"Daiyan awak termenung apa tu ?" Amira membuatkan Daiyan tersentak dari lamunannya.

"Hah tak ada apa-apa !"

Mereka berdua bersalaman dengan tetamu yang datang dan pulang.Senyuman indah masih terlukis di wajah Amira manakala senyuman yang penuh dengan kepuraan itu terukir di wajah Daiyan.

Seusai majlis perkahwinan mereka,Daiyan dan Amira berehat sebentar di ruang tamu.Daiyan mendakap isterinya agar lebih nampak seperti realiti.

"Letih kan harini !" Ucapan itu keluar dari mulut Amira.

"Biasalah sayang,hari special kan kena lah perah tenaga !"

Tuan Malik dan Puan Masturi ke ruang tamu untuk bersua dengan pasangan pengantin baru itu.Mereka melihat pasangan itu dari jauh.

"Nak pergi ke ?" Tanya Puan Masturi.

"Pergilah,lagipun saya kena balik ni !" Jawab Tuan Malik.

"Eh pengantin baru,alah sweet nya diorang ni ! Mengimbas zaman ibu !" Ujar Puan Masturi seraya mendekati Daiyan dan Amira.

"Eh ibu,nak balik dah ke ?" Amira tersipu malu.

"Iya lah,takkan nak tunggu sini sampai berjanggut !" Gurau Puan Masturi.

"Ala ibu,tidur lah sini dulu !" Pujuk Amira.

"Mana boleh,tak ada siapa yang nak jaga rumah tu ! Kamu kan dah ada suami,berkepitlah dengan suami kamu !"

"Tapi...."

Tidak sempat Amira melepaskan kata-kata dia,Ibunya sudah memberhentikan dia.

"Tak ada tapi tapi..! Ibu pergi dulu !"

"Kejap lah nak salam ibu !" Amira menarik tangan ibunya dan mengucup halus.Perkara yang sama dilakukan oleh Daiyan.

"Daiyan kamu jaga anak ibu baik-baik eh,ibu tak nak anak ibu menangis ataupun terluka !" Nasihat itu diberikan khas kepada Daiyan.

"Baiklah ibu,Daiyan akan jaga !"

"Kau ingat aku nak jaga ke anak kau ni !" Pada masa yang sama,Daiyan masih meneruskan dendam dia yang terpendam dan yang dia sudah rancang dari awal.

"Daiyan !" Panggil Tuan Malik seraya menepuk belakang anaknya.

"Apa pa ?" Soal Daiyan.

"Daiyan..sekarang kamu dah jadi suami orang,ingat pesan papa..kamu kena jaga isteri kamu dengan baik ! Bimbing dia !" Kata-kata itu dilempar kepada Daiyan.

"Daiyan akan ingat nasihat papa ! Papa jangan risau,Daiyan akan bimbing dan jaga Amira sampai Daiyan dipanggil kembali !" Daiyan memberi senyuman palsu kepada papanya.

"Kalau macam tu,kami pergi dulu ! Jangan lupa solat lima waktu ! Kalau ada masalah bincang,jangan tunjuk ego kamu masing-masing !" Masih ada kata-kata nasihat dari Tuan Malik.

"Okey pa !" Daiyan hanya mengiyakan kata-kata Tuan Malik.

"Rumah ni papa hadiahkan kepada korang berdua sebagai hadiah perkahwinan kamu berdua !"

Sedap kan jadi orang kaya ni,hadia perkahwinan rumah banglo besar ! Kalau korang mesti seronok kan ! Dah jom sambung baca !

"Terima kasih papa !" Daiyan memeluk Tuan Malik.

"Jom kami hantarkan papa dan ibu ke depan pintu !"

"Jom !" Ujar Tuan Malik dan Puan Masturi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience