DC 30

Romance Series 37728

"Lepas ni nak pergi mana ?" Tanya Zulfan.

"Kita pusing pusing lah sambil makan aiskrim !" Jawab Amira.

"Okey,awak tunggu kat sini saya pergi beli aiskrim !" Zulfan menuju ke kedai aiskrim.

Amira menunggu di bangku yang tersedia khas untuk pengunjung disitu.Amira membalas pesanan dari Andika.

Sungguh dia leka berjalan jalan bersama Zulfan sampai tiada masa untuk membalas mesej Andika.

"Kamu lagi sama siapa ?" Tanya Andika.

"Sama teman !" Balas Amira.

"Cowok atau cewek ?" Cepat Andika membalas.

"Cepatnya dia balas ! Haha" Amira senyum indah.

"Kalau cowok,awak nak buat apa ?" Sengaja Amira ingin menyakat Andika.

"What ?" Belum sempat Amira membalas mesej Andika,Zulfan datang.

"Nah aiskrim ! I didn't know your favorite flavor, so I bought you a strawberry flavor !" Zulfan menghulurkan aiskrim itu kepada Amira.

"It's okay lah ! Ni pun saya suka !" Jawab Amira.

Amira dan Zulfan meneruskan perjalanan mereka sambil makan aiskrim.Mereka berbual sambil berjalan.

"Sedap ke Amira duduk sana ?" Tanya Zulfan.

"Sedap lah juga,tapi tak sesedap duduk kat negara kita sendiri kan !" Amira senyum.

Bang !

Amira terlanggar dengan seseorang.Habis aiskrim yang ada ditangan dia melekat pada baju orang itu.

"Sorry ! Sorry !" Kata Amira berkali kali.

"No no ! It's okay !" Jawab lelaki itu.

Amira mendongak sedikit kepalanya untuk melihat wajah lelaki itu.Matanya tertumpu dan tubuhnya kaku apabila melihat insan yang berdiri didepan dia.

"Amira !" Nada suara lelako itu sedikit menurun.

"Da...Daiyan !" Gagap Amira memanggil nama itu.

Amira melihat sebelah Daiyan.Dia melihat Lony yang duduk disamping Daiyan.Amira mengukirkan senyuman indah kepada Lony.

"Hai Lony !" Sapa Amira.

"Hai Amira !" Sapa Lony balik.

"Dah berapa bulan mengandung !" Mata Amira melirik ke arah perut Lony.

"Dah 8 bulan,ni keluar sebab beli barang baby !" Balas Lony sambil mengusap perutnya.

"Kahwin tak ajak eh !" Gurau Amira.

Amira terpaksa bertahan meskipun hati dia sakit.Mata dia kini tertumpu pada Daiyan.Amira senyum tawar.

"What do you mean ?" Tanya Lony.

"You know what i mean !" Amira senyum.

"Awak jangan salah faham,saya tahu yang sebelum korang bercerai saya dengan Daiyan dah banyak sakitkan hati awak ! I'm sorry !" Jawab Lony.

"Heh it's okay ! Saya dah lupa semua tu !" Jawab Amira.

"Sebenarnya...." Baru sahaja Daiyan mahu membuka mulut,telefon Amira berdering.

Amira menghulur aiskrimnya kepada Zulfan.Dia mengeluarkan telefon pintarnya dari begnya.Terpapar nama pemanggil pada skrin telefon Amira.

Daiyan sempat mengintai siapa yang menelefon Amira.Hatinya sudah bertanya tanya apabila dia melihat nama Andika pada skrin itu.

"Siapa Andika ? Takkan dia dah jumpa yang baru !" Bisik hati Daiyan seraya menjeling ke arah Amira.

"Hello,awak nak apa eh ?" Tanya Amira setelah menjawab panggilan Andika.

"Saya kangen sama kamu !" Jawab Andika.

Hati Daiyan dah membara.Penuh rasa cemburu ! Boleh pula si Amira pergi jawab panggilan Andika depan Daiyan.

"Awak nanti kita cakap lagi eh,awak call tak kena masa lah !" Sengaja Amira ingin mencemburukan Daiyan.

Daiyan memberi jelingan tajam kepada Amira.Rasa ingin tahu membuak buak dalam diri dia.

"Baiklah,maaf udah ganggu kamu !" Jawab Andika.

"Okey ! Bye Andika !" Manja suara Amira.

"Siapa call ?" Tanya Daiyan.

"Someone !" Jawab Amira acuh tak acuh.

"Dah jumpa pengganti eh ?!" Perli Daiyan.

"What pengganti ? Apa maksud dia ?" Zulfan menyampuk dari belakang.

"Nothing !" Amira mengelak daripada menjawab soalan Zulfan.

Zulfan menggaru kepala dia yang tidak gatal.Pening dengan perangai Amira.Macam ada sesuatu yang disembunyikan.

"Aiskrim saya !" Minta Amira.

"Nah,cepat habiskan dah cair tu !" Zulfan memberi aiskrim itu kepada Amira.

"Dah lah jom kita pergi,tak baik kacau orang tengah bahagia !" Amira menjeling ke arah Daiyan.

"What do you mean Amira ?" Tanya Lony seraya membuat mimik muka pelik.

"Yes you know what i mean right !" Jawab Amira.

"Sorry sayang abang lambat !" Suara itu datang dari jauh.

Semua berpaling ke arah suara itu.Senyuman manis terukir di wajah Lony.

"It's okay lah abang,Daiyan ada jaga sayang !" Jawab Lony.

Amira dah ternganga melihat kelibat itu.Rupanya itu adalah Qairuddin Anaqi.Teman baik kepada Adyan Asyraf.

"Eh Amira lah ! How are you ?" Tanya Qairuddin yang melihat Amira.

"Eh Abang Qairuddin,Amira sihat alhamdulillah !" Jawab Amira.

"But apa hubungan korang ?" Meluncur soalan itu dari mulut Amira.

"Actually Qairuddin husband i !" Lony memaut lengan Qairuddin.

"What seriusly ?" Terkejut Amira.

"Yes ! She is my wife !" Qairuddin memegang lembut bahu isterinya.

"And you ?" Jari telunjuk Amira tertumpu pada Daiyan.

"Saya kawan diorang ! Mesti awak dah salah anggap kan !" Daiyan senyum sinis.

Amira mencebik bibirnya.Daiyan ketawa angin.

"Kitorang nak ajak u datang wedding kitorang but lost contact kan ! I didn't know where you were at that time !" Kata Qairuddin.

" Maafkan saya,maybe at that time i was near jakarta !" Jawab Amira.

"But bukan ke awak dengan mamat tu dulu ?" Tanya Amira tiba tiba.

"Tu lah yang awak pergi menghilang tu apasal ? Kan dah tahu what happen !" Sampuk Daiyan.

"I didn't ask you !" Jawab Amira seraya memberi jelingan maut kepada Daiyan.

"Panjang cerita dia,by the way jom lah kita pergi lepak ! Boleh borak borak !" Ajak Lony.

"Sayang u kan dah sarat ni,ada hati nak lepak !" Marah manja Qairuddin.

"Ala abang,bagi lah chance sayang dengan Amira ! Kitorang banyak nak cerita !" Jawab Lony.

"Yes tapi jangan lama lama ! Nanti ada orang rindu !" Qairuddin mencuit dagu gebu Lony.

Lony memaut lengan Amira.Pertelingkahan dulu sudah dia lupakan.Amira pula banyak yang nak tanya Lony ! Mereka pergi ke sebuah kafe yang berdekatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience