Jam berbunyi dan telah membangunkan Daiyan.Daiyan bangun dari katilnya,dia merenggangkan ototnya sebelum masuk ke dalam bilik air untuk mandi.Dia mengambil tuala yang sudah tersidai di tepi katilnya.
Setelah siap mandi,Daiyan bersiap dan mengenakan baju yang sesuai untuk ke kubur.Dia merapikan rambut supaya lebih kelihatan kemas.
Daiyan melangkah menuruni anak tangga.Dia melihat sekeliling namun tidak terlihat kelibat papanya.Dia bertanyakan kepada pembantu yang sedang menyediakan makanan.
"Bik,papa mana ?" Tanya Daiyan.
"Tuan dah berangkat pergi tadi !" Balas pembantunya.
"Pergi mana ?" Daiyan bersoal lagi.
"Setahu bibik tuan sudah ke pejabat !" Jawab pembantunya lagi.
"What ! Liar !!" Daiyan marah.
Daiyan naik ke atas semula dengan perasaan yang marah.Dia mencampak semua barang didalam biliknya.
"Kalau dah tahu busy,tak payah nak bagi fakehope !" Daiyan menjerit.
Bibik yang berada dibawah terkejut mendengar teriakan Daiyan.Dia terus menelefon Tuan Malik.
"Hello tuan ! Tuan muda mengamuk ni ! Entah kenapa saya pun tak tahu !" Ujar bibik rumah itu.
"Hah okey saya balik sekarang !" Tuan Malik dengan cemasnya segera pulang ke rumah.
"Alamak aku lupa lah pula ! Aku kan dah janji dengan dia nak pergi lawat arwah mama dia !" Bisik hati Tuan Malik
Tuan Malik bergegas ke kereta mewahnya.Dia menghidupkan enjin dan terus memecut laju.Difikirannya hanyalah tentang Daiyan.Dia risau jikalau Daiyan membuat perangai gila.
"Hello bik,Daiyan macam mana ?" Tuan Malik menelefon pembantu rumahnya.
"Entah lah tuan,dari tadi dah sunyi sepi dalam bilik tu ! Tuan cepatlah balik,saya risau ni !" Ujar pembantunya.
"Sabar bik,saya dah nak sampai ni !" Tuan Malik berkata.
Tak sampai 15 minit Tuan Malik sampai.Dia terus menuju ke bilik Daiyan yang sudah terkunci.Dia mengetuk sejuta kali namun tiada yang menjawab.Pembantu rumahnya memberikan kunci kepada Tuan Malik.
Tuan Malik membuka pintu.Alangkah terkejutnya dia pabila melihat semua barang yang sudah bersepah tambah lagi pecah di lantai.
"Daiyan ! Daiyan !" Panggil Tuan Malik.
"Papa nak apa lagi ! Tak cukup nak tipu mama and then nak tipu Daiyan ! Please stop it !" Marah Daiyan.
"Papa lupa lah Daiyan ! Papa minta maaf !" Tuan Malik memegang bahu Daiyan.
Daiyan menepis tangan Tuan Malik.
"Don't touch me ! If you can't go with me please don't make a promise ! You just give me fakehope !" Daiyan berambus begitu saja.
Daiyan turun ke bawah lalu mengambil kunci superbikenya.Tuan Malik memanggilnya namun diendah olehnya.
"Macam macam lah budak ni !" Tuan Malik melangkah keluar.
"Tuan !" Panggil pembantu rumah itu.
"Yes bik ?" Tuan Malik menoleh kebelakang.
"Tuan kena luangkan masa dengan Tuan muda,mungkin sebab tu dia kurang ajar dengan Tuan Malik ! Sebab kurang kasih sayang,lepas kematian mamanya tuanlah tempat dia meraih kasih sayang ibubapa." Pesan pembantu itu.
"Baiklah bik,saya cuba luangkan masa dengan dia ! Mungkin kebelakangan ni saya sangat sibuk hingga mengabaikan dia ! Baiklah bik saya pergi ke pejabat semula !" Tuan Malik masuk ke dalam perut kereta mewahnya.
Daiyan yang dalam keadaan marah itu pergi ke sebuah tempat yang bisa menyejukkan hatinya.Seperti biasa dia akan pergi ke kubur mamanya.
"Mama,papa tipu Daiyan ! Tak cukup dia tipu mama sekarang dia nak tipu Daiyan !" Air mata Daiyan mula menitis.
"Kalau lah mama hidup lagi,semua ni takkan terjadi !" Daiyan mula menyalahkan takdir.
"Kenapa awak cakap macam tu ? Tak baik lah,seolah-olah awak menyalahkan takdir !" Satu suara yang mengejutkan Daiyan.
Daiyan menoleh kebelakang,terus dia menyela air matanya.Dia terkejut melihat kelibat itu.
"Bila kau datang ?" Daiyan bangun dan mendekati orang itu.
"Kan cuti sem dah habis,saya balik lah ! Tapi sebelum tu entah kenapa hati saya terdetik nak datang sini ! And bila saya datang,saya jumpa awak !" Terang Amira.
"Oh macam tu,jadi kau dengar lah apa yang aku cakap tadi !" Daiyan memandang mata Amira.
"Tak semua,tapi saya dengar lah awak cakap tadi !" Amira tersenyum.
"Ermm,kau dah makan ke ?" Daiyan malu kucing bertanya.
"Hah ? Belum lagi hehe ! Nak belanja ke ?" Amira ketawa.
"Kau kalau bab makan cepat je kan !" Daiyan menjentik dahi Amira.
"Aduh,sakitlah ! Kalau tak nak belanja cakap ! Jangan main jentik jentik !" Amira menggosok dahinya.
"Ala manja betul lah kau ni ! Jom lah aku belanja !" Tawar Daiyan.
"Betul ke ni ?" Amira tersenyum gembira.
"Kau nak tak ? Kalau tak nak aku balik !" Daiyan berjalan pergi.
"Eh mesti lah nak ! Rezeki tak baik ditolak !" Amira mengejar Daiyan.
"Nah !" Daiyan memberikan helmet kepada Amira.
"Kita nak makan kat mana ?" Amira bertanya seraya memakai topi keledarnya.
"Kau nak makan kat mana ?" Daiyan pula yang bertanya.
"Orang tanya dia,dia tanya kita pula ! Saya tak kesah nak makan kat mana ! Saya ikut je !" Balas Amira.
"Kalau macam tu kita makan kat tepi pantai lah,sambil-sambil makan angin !" Daiyan berkata.
"Boleh juga,saya pun dah lama tak pergi pantai !" Amira membalas.
Daiyan dan Amira pergi ke pantai seperti yang dirancang tadi.Mereka mencari kedai makan yang ada di pantai itu.
"Kita makan kat sini lah !" Daiyan melabuhkan pungunggnya setelah sampai ke sebuah kedai.
"Ok !" Amira memberikan tanda setuju menggunakan jarinya.
"Kau nak makan apa ?" Daiyan bertanya.
"Saya nak makan kerepok je lah dengan air kelapa !" Amira membalas.
Daiyan memanggil mak cik yang tengah duduk bersahaja di kedai itu untuk mengambil pesanannya.
"Saya nak air kelapa 2 dan kerepok 5 ringgit !" Ujar Daiyan.
"Banyaknya !" Amira berkata setelah mendengar pesanan Daiyan.
"Banyak apanya,cukup lah untuk kau yang kuat makan tu !" Daiyan memperli.
"Ish !" Amira menjeling tajam.
"Itu je mak cik !" Kata Daiyan kepada mak cik itu.
Suara desiran ombak menghempaz pantas jelas kedengaran sayup-sayup membelah suasana yang tenang.Angin datang menyentuh kulit mereka.Rasa nyaman jelas di wajah Amira.
Daiyan diam-diam melihat Amira yang memejamkan matanya untuk merasakan kenyamanan yang lebih lagi.Amira perlahan-lahan membuka kelopak matanya dan melihat Daiyan yang sudah terlanjur memandangnya tanpa berkedip.
"Kenapa tenung saya macam tu ?" Suara Amira membangunkan Daiyan dari lamunannya.
"Bila masa ?!" Daiyan memandang ke arah yang bertentangan.
"Tak nak mengaku !" Amira memancungkan mulutnya.
"Perasan lah kau ni ! Lepas makan nak pergi mana ?" Daiyan lari dari topik.
"Lepas makan nak jalan-jalan boleh tak ? Dah lama tak main air pantai !" Amira membuat mimik muka comelnya.
"Erm okey !" Hanya itu yang mampu Daiyan jawab.
Amira makan dengan gelojohnya kerana tidak sabar untuk bermain air pantai.Daiyan yang perasan akan perangai Amira cuba menegurnya.
"Kau ni kan makan perlahan lahan boleh tak ! Nanti tersedak aku yang susah !" Tegur Daiyan.
"Alaa saya tak sabar nak main air pantai tu !" Amira menunjuk ke arah ombak-ombak pantai yang sudah beralun-alun itu.
"Kalau tak sabar sangat nak main tu,makan lah slow slow ! Kan aku tak bagi kau main baru tahu !" Daiyan mengugut.
"Tak !!! Okey okey saya makan slow slow !" Amira menurut apa yang yang diperkatakan oleh Daiyan.
Setelah selesai mengisi perut,mereka pergi ke pantai.Amira terlihat sangat gembira sehinggakan dia tidak sedar yang dia sedang merangkul lengan Daiyan.Daiyan pula entah kenapa terasa sangat tenang apabila Amira memegangnya.
"Awak maril lah sini !" Ajak Amira.
"Kau main lah dulu,nanti aku pergi !" Jawab Daiyan seraya meninggalakan Amira keseorangan bermain dengan ombak pantai.
Amira tidak kesah akan kepergian Daiyan.Dalam kepala dia hanyalah main,main dan main ! Tiba-tiba seorang lelaki datang menyapa Amira.Daiyan yang leka bermain telefon tidak melihat Amira dan lelaki itu.
"Hai,boleh tak nak berkenalan ?" Lelaki itu berkata.
"Boleh,nama saya Amira !" Amira membalas.
"Saya Zulfan !" Ujar Zulfan.
Mereka berbual seperti kawan lama,mereka juga sempat bertukar nombor telefon tanpa pengetahuan Daiyan.Mata Daiyan tiba-tiba meliar kearah Amira.Secara tak lansung,Daiyan melihat kemesraan antara Zulfan dan Amira.
Jauh di sudut hati Daiyan menyimpan perasaan cemburu.Kerana sayang perasaan itu muncul.Daiyan mendekati mereka.
"Dah habis main ?" Sengaja Daiyan bertanya.
"Dah,awak nak balik dah ke ?" Tanya Amira.
"Habistu takkan nak tunggu kau tengah bermesra dengan mamat ni !" Daiyan bermonolog sendiri.
"Hah apa dia ?" Tanya Amira yang seakan akan mendengarkan kata-kata Daiyan namun masih tidak jelas.
"Tak,dia ni siapa ?" Jari telunjuknya ditunding ke arah Zulfan.
"Oh dia Zulfan !" Jawab Amira.
"Oh Zulfan,buruk gila nama !" Daiyan bergurau kasar.
"Apa awak ni ! Sedap je mengata orang !" Amira menepuk bahu Daiyan.
"Okey,minta maaf ye sebab mulut ni asyik nak terlepas je ! But the way aku Daiyan Dzhuhaizan ! Jangan berbelit pula nak sebut nama aku !" Daiyan menghulurkan tangannya.
Zulfan menyambut huluran itu seraya meleretkan sebaris senyuman kepada Daiyan.Daiyan menjeling tajam ke arah Amira yang sudah tersengih-sengih melihat Zulfan seakan-akan tengah berangan-angan.
"Woii !" Jerkah Daiyan.
"Hah apa ?" Terkejut Amira dibuatnya.
"Kau nak balik tak ni ? Kan aku tinggal kat sini baru tahu !" Ugut Daiyan.
"Nak lah !" Ujar Amira.
"Wait Amira !" Panggil Zulfan.
"Yes ?" Amira kembali menoleh.
"Don't forget to call me !" Zulfan memperingatkan kepada Amira.
"What dah ada nombor ! Memang nak kena mamat ni !" Bisik hati Daiyan.
"Okey !" Amira menjawab.
"Dah jom !" Geram Daiyan seraya menarik tangan Amira.
Share this novel