DC 20

Romance Series 37728

Selesai majlis perkahwinan Daiyan dan Amira.Amira bersandar di bahu Daiyan bagi menghilangkan lelahnya yang terkumpul itu.

"Awak ?" Panggil Amira dengan manjanya.

"Yes ?" Daiyan mengangkat kening.

Amira mengangkat kepalanya meskipun berat dikepalanya masih belum reda.

"Thank you !" Kata-kata itu ditutur perlahan tapi masih bisa menembusi gegendang telinga Daiyan.

"For ?" Daiyan pelik kenapa isterinya berterima kasih kepadanya.

"Thanks sebab dah halalkan hubungan kita dan terima saya walaupun saya tak sempurna and walaupun keluarga kita ada kisah silam yang mungkin awak takkan lupakan !" Panjang berderet ayat Amira.

"Dalam dunia ni..takkan ada yang sempurna ! Yes memang awak tak sempurna tapi mungkin saya akan sempurnakan awak ! Saya juga ada kelemahan saya tersendiri !" Daiyan berkata manis.

"Dan satu lagi,awak tak payah nak fikir pasal masa lalu keluarga kita ! Yang tu saya tak nak ambil tahu !" Tambah Daiyan.

Amira memeluk erat tubuh suaminya.Daiyan hanya bisa memberi senyuman palsu kepada Amira agar dia rancangannya tidak akan terbongkar.

"Kau ingat aku betul-betul ke nak kahwin dengan kau !" Bisik hati Daiyan.

"Aku akan bahagiakan kau malam ni,tapi esok aku tak janji hahaha !" Daiyan ketawa dalam hati.

"Awak nak makan apa-apa ke ?" Soal Amira seraya melepaskan pelukannya.

"Tak nak saya nak peluk awak je malam ni !" Kini giliran Daiyan memeluk Amira.Amira membalas pelukan itu.

Disebabkan keletihan yang melampau mereka tertidur di sofa tanpa melepaskan pelukan itu dari semalam.Amira cuba membuka matanya yang masih berat itu.Dia meraba sofa kerana tidak terlihat kelibat Daiyan.

"Mana mamat ni pergi ?" Amira bangun dari sofa.Dia menghidu bau yang mampu menarik dia.

"Takkan lah dia masak ?" Amira menjejak bau itu sampai lah ke dapur.

"Eh sayang dah bangun ? Sekarang awak pergi mandi and then turun sarapan !" Amira terkejut melihat Daiyan yang bangun lebih awal darinya dan terus membuat sarapan untuknya.

"Awalnya awak bangun !" Amira menggosok-gosok matanya.

"Ish awal apanya,dah pukul berapa ni sayang woii ! Awak yang bangun lewat !" Daiyan menggeleng kepala.

"Dah pukul berapa ?" Mata Amira automatik terbentang luas.

"Dah lah,awak pergi mandi..gosok gigi ! Busuk tau tak !" Sakat Daiyan.

"Mana ada busuk !" Amira menghidu tubuhnya.

"Werkk !" Mimik mukanya terus berubah.

"Haha kan saya dah kata ! Awak pergi naik mandi and then turun balik !" Arah Daiyan.

"Okey !!" Amira memuncungkan mulutnya.

"Ish minah ni..macam mana lah aku boleh suka kat dia !" Daiyan berfikir sejenak.

10 minit berlalu,Amira menuruni tangga.Dia menjenguk ke bawah untuk melihat kelibat suaminya.Tiba-tiba munculnya kelibat itu sambil memandang ke atas.

"Cepat lah sayang !" Panggil Daiyan.

"Hehe kejap lah !" Balas Amira sambil melompat-lompat persis budak-budak.

"Jangan lah lompat-lompat nanti jatuh saya juga yang susah ! Dah lah awak berat macam gajah..tak larat saya nak dukung awak ke hulu ke hilir nanti !" Kata Daiyan.

"Errrr !" Amira memberi jelingan maut.

"Haa,tak baik jeling kat suami tau ! Berdosa nanti !" Daiyan melabuhkan punggungnya.

"Habistu nak buat apa ? Takkan nak kiss,awak dah kenakan saya !" Amira mendekatkan mukanya dengan muka Daiyan.

"Maybe bukan awak tapi saya !" Daiyan mencium dahi Amira.Peluang terbuka luas takkan nak dipersiakan ! Muka Amira berubah.

"Apa ni !!!" Amira menutup mukanya kerana malu.

"Alah..padahal dia suka ! Tak payah nak acah malu lah,awak dah jadi milik saya ! So saya ada hak !" Daiyan menuang susu ke dalam gelas dan diletakkan di tepi pinggan Amira.

"Mana boleh !" Amira masih menutup mukanya.

"Dah..dah ! Jom makan,nanti nak shopping !" Daiyan memasukkan sesuap nasi ke dalam mulutnya.

"Hah shopping ?" Dengar sahaja perkataan shopping,Amira terus hilang rasa malunya tadi.

"Eh eh dia ni,bila dengar shopping laju je ! Dah tak malu ke ?" Daiyan menatap dalam mata Amira.

"Err..bila nak pergi ?" Amira menukar topik.Malas dia nak bergaduh dengan suaminya itu.

"Sayang nak pergi bila ? Tapi saya kena pergi pejabat papa harini nanti saya balik kita pergi ! So macam mana ?" Daiyan kembali mengunyah nasinya.

"Buat apa pergi pejabat papa ?" Tanya Amira.

"Papa suruh saya datang,mungkin nak bagi job kot ! Saya kan dah habis belajar and dah berbini !" Meleret senyuman manis diberi kepada Amira.

"Oh,kalau macam tu baiklah...saya tunggu awak eh ! Jangan lupa pula !" Amira meminum susu yang diberi oleh suaminya.

"Takkan lupa punya !" Daiyan mengelap bibir Amira yang masih tersisa susunya.

"Hah sebelum saya lupa,saya nak minta izin keluar boleh tak ?" Minta Amira.

"Nak pergi mana ?" Tanya Daiyan.

"Jangan kata awak nak pergi jumpa dengan Adyan !?" Muka Daiyan berubah.

"Eh tak lah,saya nak jumpa kawan ! Boleh ke tak ? Bosan lah duduk dekat rumah sorang-sorang !" Amira memujuk Daiyan agar mendapat keizinan dari suami.

"Awak pergilah saya izinkan,tapi kena ingat janji kita ! Lunch dan shopping !" Kata Daiyan.

"Thanks encik suami saya yang handsome dan anoyying !" Pandai Amira memikat hati Daiyan.

Seusai sarapan,Daiyan bersiap-siap untuk ke pejabat papanya.Amira menggosok baju kemeja yang berwarna dark brown itu.Daiyan memakai baju itu dan dilengkapkan lagi dengan necktie berwarna light brown.

"Handsome juga aku ni..kalau tak handsome takkan nya minah tu jatuh cinta dekat aku ! Hahah !" Daiyan ketawa seorang diri.

"Awak ni dah kenapa cakap sorang-sorang ?" Amira menegur Daiyan setelah melihat suaminya itu bercakap seorang diri.

"Eh eh mana ada.. !" Daiyan dah berasa malu.

"Pakai necktie pun senget awak ni !" Amira mendekati Daiyan seraya membetulkan necktie Daiyan yang senget itu.

"Amboi bukan main sweet eh isteri saya ni !" Daiyan laju merangkul pinggang isterinya.

"Eh malu lah orang tengok !" Amira cuba melepaskan diri.

"Mana ada orang lah sayang !" Daiyan mengusik sambil mencium harum rambut isterinya.

I need somebody to heal,somebody to know,somebody to have,somebody to hold ~~~~

Telefon Daiyan berdering.Dia melepaskan pelukan dia dan membuatkan Amira dapat bernafas seketika.

"Ish kacau je orang nak bersweet !" Bebel Daiyan seraya melihat pada skrin telefonnya.

"Siapa awak ?" Tanya Amira.

"Papa ni hah !" Selamba Daiyan menjawab.

"Hello pa ? What happen ?" Daiyan bertanyakan kepada Tuan Malik.

"Yes pa,i'll be there ! Yes i'm on the way !" Daiyan menjeling kearah Amira.

Amira mengangkat kening kepada Daiyan dan secara tak lansung bibirnya meleret.

"Ok pa,bye !" Daiyan meletak panggilan itu.

"What's wrong ?" Amira melabuhkan punggungnya di pinggir katil.

"Papa suruh saya pergi pejabat dia sebab dia ada meeting nanti !" Daiyan turut duduk dipinggir Amira.

"Kalau macam tu awak pergi lah,sebab saya pun nak bersiap ! Nanti lambat pula !" Kata Amira.

"Okey lah !" Daiyan menghulurkan tangan untuk Amira bersalam.

"Jaga diri !" Ujar Amira.

"Sayang pun take care !" Daiyan mengusap lembut rambut Amira.

"Sweet siak suami aku ni !" Amira berbicara dalam hati.

Selepas Daiyan berangkat ke pejabat Tuan Malik,Amira terus bersiap-siap.Matanya tidak lepas dari skrin telefonnya sewaktu dia sedang bersiap.Entah apa yang ditunggunya.

Oh,she's sweet but a psycho ~~
A little bit psycho ~~~

Lagu Sweet but Psycho yang dipilih oleh Amira untuk menjadikan nada dering telefon pintarnya.Telefonnya terus berbunyi,dek kerana sibuk menghias mukanya dia tidak sempat untuk angkat panggilan itu.

"Time ni lah dia nak call !" Amira mengangkat panggilan itu setelah bising mendengar telefonnya yang terus berdering.

"Hello ! Abang tunggu je lah kat luar tu...Amira dah siap ni nanti Amira keluar !" Tergopoh-gopoh diri Amira.Dia menggapai beg tangannya yang baru dikasi oleh suaminya.

"Abang sorry buat abang tertunggu !" Lantas perkataan maaf itu keluat dari mulut Amira selepas dia membuka pintu rumahnya.

Terpampanglah seorang yang bertubuh sasa memakai baju kemeja berwarna putih dan berseluar dark blue.Ditambahkan pula kaca mata hitam bagi menampakkan lagi kegantengan wajahnya.

"Cepat lah,semua orang dah tunggu tu !" Lelaki itu bercakap dengan nada yang tegas terhadap Amira.

"Ish jangan lah marah !" Amira membuat muka menyampah dia.

"Elok lah tu buat muka macam tu !" Marah lelaki sasa itu.

Mereka pergi dan terus ke sebuah taman yang jauh juga dari rumah Daiyan.Amira keluar dari perut kereta yang cukup mewah juga itu.

"Suami Amira tak marah ke keluar dengan abang ?" Tanya lelaki itu.

"Tak,lagipun Amira dah minta izin dengan dia ! Kalau dia tahu yang Amira jumpa ni Abang Harith mengamuk lah dia nanti !" Amira melabuhkan punggungnya di sebuah batu yang besar.

"Kenapa ? Dia tak tahu ke yang abang ni bapa saudara Amira ?" Tanya Harith.

"Tak,sebab Amira tak cerita pun pasal abang dekat dia.." Amira memeluk tubuhnya.

"Why ?" Tanya Harith lagi.

"Ala,malaslah nak cerita pasal abang ! Abang bukannya menarik ! Haha !" Amira ketawa kecil.

"Amboi sedap mulut anak buah abang ni !" Harith mencubit pipi gebu Amira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience