"Hello ibu ? Are you okay ?" Risau Amira.
"Yes,i'm okay ! Ira tak perlu risau,ibu sekarang risaukan Ira ni ! Ira macam mana okay tak ?" Soalan itu berbalik kepada Amira.
"Ira okey je ibu,tak apa lah ibu Ira kena pergi ni ! Nanti Ira call ibu lagi eh !" Amira terus meletak panggilan.
"Amira !" Suara itu sudah tidak asing di telinga Amira.Amira berpaling setelah mendengar namanya disebut.
"Awak nak apa lagi ? Tak puas lagi ke awak hina ibu saya dan saya !" Nada suara Amira meninggi.
"Saya nak minta maaf,saya tahu yang saya salah ! Saya minta maaf !" Daiyan terus melutut.
"Apa awak buat ni ?!" Laju Amira memaksa Daiyan untuk bangun.
"Selagi awak tak maafkan saya,saya takkan bangun ! Biarlah saya malu,memang patut pun saya malu !" Air mata jantan Daiyan mula membasahi.
"Awak bangun lah,saya tak sanggup tengok awak macam ni !" Ujar Amira.
"Saya dah cakap yang saya takkan bangun kalau awak tak maafkan saya lagi !" Kata-kata sekali lagi keluar dari mulut Daiyan.
"Saya maafkan awak,dah lah cepat bangun !" Amira membantu Daiyan berdiri.
Amira menyeka air mata Daiyan.Mereka berpelukan sesaat.Dalam masa yang sama senyuman kejahatan Daiyan terserlah di wajahnya.Entah apa yang dirancang oleh Daiyan.
"Awak betul-betul ke dah terima saya balik ? Lepas apa yang saya kata dekat ibu awak,awak ?" Daiyan pura-pura sedih.
"Manusia mana yang lepas dari kesilapan,mungkin time tu awak marah sangat ! Dan mungkin saya juga ada salahnya !" Amira menghela nafasnya.
"Awak,saya betul-betul minta maaf !" Tangan Amira dipegang erat.
"It's okay lah,saya maafkan !" Seleret senyuman manis terukir di wajah Amira.
"Sekarang boleh lah kau senyum,nanti kau tunggu lah nasib kau !" Bisik hati Daiyan.Dia sudah merancang bagaimana hendak membalas dendam untuk ibunya.
Keesokan harinya,hari yang paling bersejarah.Kenangan yang mungkin akan tersemat selalu dalam ingatan.Hari ini hari terakhir mereka belajar di situ.Amira dan Daiyan bakal menghabiskan waktunya dalam pelajarannya.
Amira termenung di tepi tasik setelah habis bergambar bersama kawan-kawannya untuk dijadikan kenangan.Dia menikmati keindahan alam sampai tidak perasan akan kehadiran seorang lelaki di belakangnya.
"Jauh termenung,ingat saya ke ?" Kata-kata itulah yang membuatkan Amira tersentak dari lamunannya.
"Perasan,bila masa saya fikirkan awak ! Perasan betullah !" Ujar Amira.
"Tak nak mengaku pula ! I can see in your eyes !" Daiyan melabuhkan punggungnya disamping Amira.Dicuit hidung Amira sampai merah muka gadis itu.
"Dah makan ?" Tanya Daiyan.
"Dah !" Jawab Amira.
"Dengan siapa ?" Tanya Daiyan lagi.
"Dengan abang Adyan !" Sengaja Amira memanaskan keadaan.Meskipun Daiyan berpura-pura masih terselit dalam diri dia perasaan cemburu itu.
"Kalau macam tu pergi lah makan dengan dia lain kali !" Mimik muka Daiyan terus berubah.
"Eleh cemburu lah tu !" Amira ketawa tanda puas hati.
"Mana ada cemburu !" Elak Daiyan.
"Amira,saya nak bagitahu something ni !" Riak muka Daiyan serta merta menjadi serius.
"Kenapa serius sangat ? Cakap je lah !" Amira bermain jari manisnya.
"Saya nak lamar awak,kan kita dah habis belajar ! So saya nak cakap dekat papa saya untuk ke rumah awak dan pinangkan awak untuk saya !" Jujur Daiyan.
"Hah kenapa cepat sangat ?" Terbeliak biji mata Amira.
"Ye lah,saya tak nak awak jadi hak orang lain,so saya cepat-cepat lah halalkan awak !" Daiyan mengenggam tangannya.
"Ermm,kalau itu yang terbaik saya ikut je !" Tanpa berfikir panjang Amira menyetujui apa yang diperkatakan oleh Daiyan.
"Kalau macam tu,saya tak nak tunang but nak kahwin terus !" Senyuman diukir pada wajah Daiyan.
"What ? Why ?" Sekali lagi Amira terkejut dengan kata-kata Daiyan.
"Yes,cause orang kata dugaan bertunang itu banyak ! So saya tak nak ambil risiko !" Daiyan bangun dari bangkunya.
"Tapi tak cepat sangat ke,nanti apa orang cakap !" Ujar Amira.
"Peduli lah apa orang nak cakap,mak cik bawang sekarang ni kalau tengok kita senang mula menggelabah lah dia ! Mulut dia tu dah gatal nak sibuk hal orang !" Daiyan cuba menghiburkan Amira.
"Hahaha !" Amira ketawa sejenak.
"Bila awak nak datang rumah ?" Tanya Amira.
"Maybe lusa ! Awak siap sedia lah !" Daiyan membetulkan rambutnya.
"What ? Lusa ? Ish apa yang saya nak cakap dekat ibu ni ?!" Ujar Amira.
"Ala awak cakap lah macam mana pun,yang pastinya rombongan sampai lusa !" Desak Daiyan.
"Ish awak ni kan !" Amira meretap gigi dengan perasaan geram yang meluap-luap.
Seketika suasana hening bening tak terdengar suara apa pun kecuali kicauan burung-burung yang bebas terbang kelangit.Mereka diam seribu bahasa.Tidak ada apa lagi yang hendak diperkatakan.
"Jom lah balik,saya hantar !" Suara itu menghapuskan suasana yang sunyi itu.
"Hah,tak menyusahkan ke ?" Amira tersipu malu.
"Haah lah dia ni,malu malu pula ! Menyampah lah !" Kata-kata itu meluncur laju dari mulut Daiyan.
"Ehek ! Ermm tak apa lah,saya dah janji dengan kawan !" Balas Amira.
"Alaa awak ni,saya gurau je tadi ! Janganlah ambil hati !" Kata Daiyan.
"Tak ada lah,betul saya dah janji dengan kawan !" Amira seperti menyembunyikan sesuatu.Dia tidak mahu Daiyan melihat teman yang dia perkatakan itu.
"Kenapa dengan muka awak ni ? Macam nak sembunyikan sesuatu ?" Persoalan keluar dari mulut Daiyan.
"Hah tak ada apa lah,awak pergilah balik dulu ! Nanti saya call kalau dah sampai rumah !" Ujar Amira.
"Siapa kawan awak tu ? Penting sangat ke ?" Daiyan berasa aneh akan kelakuan Amira.
"Tak ada siapa-siapa ! Awak pergilah dulu !"
"Lantak kau lah,kau ingat aku kesah dengan kau !" Bisik hati Daiyan.
Amira memetik jarinya di hadapan Daiyan untuk mengejutkan dia dari lamunannya.
"Eh ! Kenapa mengelamun pula ni ?" Ujar Amira.
"Hah tak ada apa lah,kalau macam tu saya pergi dulu lah ! Jumpa lusa ni eh !" Daiyan melambai-lambai tangannya digabungkan dengan senyuman yang tidak ikhlas.Amira membalas lambaian itu.
Setelah melihat kelibat Daiyan yang semakin lama semakin hilang dari pandangannya,Amira terus mengeluarkan telefonnya dari kocek seluarnya.
"Hello,abang kat mana ?" Tanya Amira.
"Abang ada kat taman ni,nanti abang share location." Balas lelaki ditelefon itu.
"Okey abang !" Lantas Amira menjawab dan meletak panggilan itu.
"Lama tak jumpa ! Finally dapat jumpa juga,mujurlah sempat cover depan Daiyan ! Kalau tak marah lah mamat tu !" Bisik hati Amira.
Tidak sampai 10 saat,satu mesej masuk.Amira melihat mesej daripada seseorang yang sudah lama dia tunggu.
"Oh kat taman ni !" Amira membuka langkahnya setelah melihat lokasi yang dihantar oleh lelaki itu.
Amira menaiki grab yang dipesan olehnya dalam online.Dia terus menuju ke taman yang dikongsi oleh lelaki itu.Sesampainya dia disana,matanya meliar-liar mencari kelibat lelaki itu.
Matanya tertumpu pada satu sudut dan kelihatan satu bayang-bayang yang sudah dia kenali.
"Abang !" Amira menepuk belakang lelaki misteri itu.
"Eh Amira !" Lelaki itu berpaling dan kini berada tepat di hadapan Amira.
"Lama tak jumpa abang,rindu lah !" Amira memeluk erat tubuh lelaki itu.
"Ish kamu ni,tak malu ke orang tengok !" Lelaki itu melepaskan diri dia daripada Amira.
"Eleh Abang Harith ni macam lah tak boleh,abang kan saudara Amira mestilah boleh peluk !" Amira membuat muka.
"Eleh merajuk lah tu ! Dah tak payah nak merajuk sangat,jom abang belanja makan !" Tawar Harith.
"Nak nak !" Ujar Harith.
"Kalau orang belanja laju je dia ni !" Harith mengetuk lembut kepala Amira.
"Hihi memang lah,sebab orang belanja kan ! So tak habis duit Amira !" Jawab Amira.
"Menjawab eh !" Dijentik dahi Amira sampai kemerahan.
"Sakit lah abang,kalau tak jawab marah kalau jawab pun nak marah juga ! Yang mana satu tak tahu lah !" Ujar Amira.
"Dah lah tu,kalau bergaduh dengan Amira memang besok takkan habis ! Jom pergi beli aiskrim !" Balas Harith.
Seusau membeli aiskrim,mereka duduk di bangku yang berhampiran dengan taman permainan.Kelihatan keriangan budak-budak yang tengah asyik bermain di taman itu.
"Abang !" Suara itu membuatkan Harith tersentak.
"Hah apa dia ?" Jawab Harith.
"Abang tak nak jumpa ibu lagi ke ? Ibu dah lama maafkan abang !" Persoalan itu memberhentikan Harith melahap aiskrimnya.
"Abang akan jumpa ibu Amira,but tunggu masa yang sesuai !" Setiap kali soalan itu ditujukan kepada dia,hanya itulah yang alasan sering dia sampaikan.
"Nak tunggu masa sesuai bila abang,nak tunggu ibu dah tiada baru abang nak pergi jumpa ! Kalau masa tu abang tak payah nak menyesal pula !" Perasaan geram Amira mula membuak-buak.Sudah lama dia cuba untuk memperbaikikan hubungan adik-beradik itu tetapi tetap tidak berhasil.
"Apa Amira cakap ni !" Tegas suara itu kedengaran.
"Betullah yang Amira cakap kan !" Amira bangun kerana terlalu marah.
"See Amira ! Amira tak faham keadaan kami sekarang,so can u just duduk diam !" Harith cuba menenangkan perasaan Amira.
"Tak faham apanya ! Sejak dari kejadian tu,abang dan ibu tak pernah bersua muka ! Dah berapa kali abang bersemuka dengan ibu cuba cakap dekat Amira ? Cakap lah !" Amira semakin mendesak.
"Kalau nak jumpa sebab nak cakap pasal ni,baik tak payah lah Amira !" Harith mula kecewa dengan Amira.
"Okey ! Amira minta maaf !" Kata maaf itu keluar dari mulut Amira.
"Dah cepat makan,lepas ni abang hantar Amira balik !" Kata Harith seraya membelai rambut Amira.Amira tersenyum manis.
Share this novel