Daiyan bersiap-siap dengan mengenakan pakaian yang serba putih dan dilengkapkan lagi dengan topi warna hitam.Entah kenapa outfits dia hari ini lain macam.
"Senangnya dalam hati bila Amira balik,terasa didunia aku yang punya ~" Daiyan bernyanyi sambil membetulkan hujung rambutnya.
"Aku nak cari dia kat mana ? Dia dah pindah kan,nombor pun aku tak mintak ! Bodohnya kau Daiyan !" Daiyan menampar dirinya sendiri.
"Lony mesti ada kan !" Daiyan senyum gembira.
Daiyan menggapai telefon pintarnya yang berada di atas meja kecil di birai katilnya.Dia mendail nombor Lony dan membuat panggilan.
"Hello Lony !" Semangat betul suara Daiyan selepas panggilannya diangkat.
"Ha you nak apa call i ? Tak pernah pun call i tetiba harini ada mood nak call i ! Nak apa ?" Perli Lony.
"Alah you ni takkan i nak call you sedangkan husband you dah ada ! Well i nak minta tolong ni !" Manja betul suara Daiyan bila meminta pertolongan.
"Betul ke you ni ? Lembut betul suara !" Lony ketawa terbahak bahak.
"Eh ingatlah dalam perut tu tak keluar lagi,nanti you ketawa kuat kang terkeluar anak tu !" Daiyan menuruni anak tangga rumahnya.
"Ish you ni ! Ha nak minta tolong apa ?" Tanya Lony.
"Finally !!!! I nak nombor Amira,you ada kan ?" Daiyan melabuhkan punggungnya setibanya dia di meja makan.
"What seriously ? You nak buat apa ?" Bergema suara Lony.
Daiyan mengalihkan telefonnya dari telinganya.Takut nanti terpekak lepas dengar suara mak cik kepoh tu !
"Yang you terkejut sangat ni apasal ? I nak call la,takkan nak jual pula !" Nada suara Daiyan sedikit meninggi.
"Yang you nak marah ni kenapa ? I tak boleh beritahu nombor dia !" Kata Lony.
"Why ?" Nada Daiyan meninggi.
"Yang you emo ni apasal ? Dia cakap dia tak nak you tahu nombor dia ! And i kena jalankan amanah tu,kalau you nak you pergi jumpa dia !" Kata Lony seraya meletak panggilan itu.
"Oh shit ! Dia tutup macam tu je ! Kurang ajar betul !" Marah Daiyan.
Daiyan mengambil kunci keretanya dan terus melangkah turun.Daiyan menghidupkan enjin keretanya dan terus memecut.
Entah kemana Daiyan nak pergi.Tapi dalam kepalanya hanya ingin mencari Amira.
"Kat mana eh aku nak cari dia ni ?" Fikir Daiyan.
Daiyan berhenti kerana lampu isyarat menunjukkan warna merah.Dia memasangkan radio dan menikmati lagu menerusi radio itu.
Kepalanya digoyangkan kerana lagunya begitu rancak.Tiba-tiba satu kereta berhenti di tepinya.Daiyan tidak melihat pemandu kereta ditepinya.
Secara tidak lansung kepalanya terpaling memandang kereta ditepinya.Ternganga mulut dia melihat pemandu itu.
"A...Amiraa ?" Kejut Daiyan.
Tidak sempat Daiyan menurunkan tingkap kereta lampu hijau sudah menyala.Amira tidak perasan yang ditepinya adalah Daiyan.
Amira terus memecut pergi.Manakala Daiyan pula mengikuti Amira dari belakang.Daiyan mengikuti dari jauh kerana takut Amira perasan akan kehadirannya.
"Baru pukul 2 ! Andika sampai sekurang kurangnya pukul 3 ! Aku nak buat apa satu jam ?" Amira berfikir sejenak.
So look me in the eyes
Tell me what you see
Perfect paradise
Tearing at the seams
I wish I could escape
I don't wanna fake it
Wish I could erase it
Make your heart believe
But I'm a bad liar, bad liar
Now you know
Now you know
That I'm a bad liar, bad liar
Now you know, you're free to go (go)
Amira turut menyanyi apabila lagu Bad liar dari Imagine Dragons kedengaran dari radio keretanya.Amira bernyanyi sambil memetik jari seraya matanya masih fokus akan pemanduannya.
"Sedap juga suara aku ! Hihi !" Amira memuji diri sendiri.
Sesaat matanya memandang pada cermin kecil yang memantulkan ke belakang.Amira mengecilkan bola matanya.
"Asal dengan mamat belakang ni ? Follow aku ke ?" Amira bermonolog sendiri.
Meremang bulu roma Amira.Dia tidak henti menoleh ke belakang.Kakinya terus menekan minyak sampai ke puncak.
"Asal dengan kereta belakang ni ? Seram bai dengan kereta ni !" Amira memecut laju.
Daiyan tidak berhenti mengikuti Amira.Dia perasan yang Amira semakin laju.Dia juga tak nak hilang jejak Amira dan disebabkan itu dia turut memecut.
"Dia perasan ke aku follow dia ?" Bisik hati Daiyan.
Terdapat simpang di depan.Ini peluang Amira untuk elakkan diri dia daripada terus diikuti oleh seseorang yang dia tidak kenal.
"Okey kau nak ikut sangat kan ? Haha ikut lah sampai jalan mati !" Amira membelok ke kiri tanpa memberi signal.Mujurlah tiada kereta lain di lebuh raya itu.
Daiyan hilang jejak Amira.Daiyan terus kedepan tanpa membelok ke kiri.
"Mana dia menghilang ni ?" Kepalanya menjenguk jenguk kedepan.
"Sial ! Sempat dia lolos ! Kau pun slow sangat apasal bodoh !" Daiyan melepaskan geram pada stereng keretanya.
"It's okay ! Kau nak lari dari aku..makin lagi aku kejar kau !" Kata Daiyan.
Amira meneruskan perjalannya selepas selesai melenyapkan dirinya daripada kereta itu.Amira melihat jam ditangannya .
"Eh cepatnya masa berlalu,dah pukul 2.30 lah ! Aku ada 30 minit lagi untuk jemput Andika !" Amira menaik taraf kelajuannya.
Share this novel