Ketika amira sedang termenung sambil menikmati keindahan alam.Tiba-tiba dia terdengar suatu suara yang amat dia kenali sedang memanggil namanya.
"Siapa yang panggil nama aku ni ?" Bisik hati Amira.
"Amira ! Amira !" Panggilan itu makin dekat didengari
Amira mengukirkan senyuman setelah menoleh ke belakang.Dia melihat kelibat Adyan bersama sejambak bunga ditangannya.Adyan menghadiahkan senyuman manis kepada Amira. Amira seakan akan tercair melihat senyuman itu.
Adyan bersuara bagi memecahkan kesunyian kerana dari tadi lagi mereka hanya mendiamkan diri.
"Amira !" Panggil Adyan dengan suara yang mendatar.
Amira mnjawab panggilan itu.Tiba-tiba Adyan merapatkan lagi tubuhnya,Amira terkejut.
"Abang ingin meluahkan sesuatu kat Amira !" Lembut Adyan.
Amira kehairanan ?
"Actually abang suka dekat Amira !" Luah Adyan.
Terbeliak biji mata Amira setelah mendengar pengakuan Adyan.Entah apa yang dia harus rasa pada saat ini ? Bahagia ? Dia pun tidak pasti.
"Apa yang abang cakap ni ? Kita baru berjumpa ! Tak mungkin perasaan itu hadir dengan tiba-tiba kan ?" Amira mempersoal.
"Kenapa ? Amira tak percaya ke ?" Adyan memeluk tubuh Amira.
Amira terkejut namun dia membiarkan.
"Bukan Amira tak percaya tapi...susahlah !" Amira melepaskan diri dari pelukan Adyan.
"Tapi Amira ...." Belum sempat perkataan itu berakhir kedengaran bunyi yang kuat seakan ada yang terjatuh.
"Aduh !" Amira bersuara.
Rupanya Amira terjatuh dari katilnya.Lagi malang bila semua yang dia dengar dari mulut Adyan hanyalah mimpi !
"Alamak mimpi rupanya !" Amira mengetuk kepalanya.
"Kenapa dengan kau ni Amira !!" Amira baring di atas katil semula.
"Kau datang kat sini untuk belajar lah ! Buat apa bercinta ni !" Amira bercakap sendiri.
Amira melihat ke arah jam,dia baru menyedari baru pukul 5 pagi.Amira bangun untuk melihat telefonnya.Dia membuka telefonnya dan melihat terdapat 5 panggilan tidak dijawab dari nombor yang tidak dikenali.
"Siapa ni ?" Amira berfikir.
"Takkan lah Abang Adyan ?!" Entah kenapa Amira terus berfikir tentang Adyan.
"Kan sedap kalau bukan mimpi !" Amira mula berangan.
Amira tersentak kerana mendengar suatu bunyi yang aneh !
"Bunyi apa pulak tu ?" Amira ketakutan.
Amira menutup seluruh tubuh badannya dengan selimut.Dia terkurung didalam selimut itu sampailah pukul 8.
"Alamak aku dah lambat !" Amira menjerit halus.
Dia mengambil tuala yang disangkut rapi di belakang pintu dan terus meluru ke tandas untuk bersiap.Hari ini Amira mengenakan baju berwarna merah jambu dan dipakai dengan skirt sampai paras lutut.
Amira keluar dari biliknya.Langkahnya mula terhenti apabila melihat kelibat seorang lelaki yang sangat dikenalinya.
"Alamak betul-betul datang lah !" Hati Amira berbisik.
"Amira !" Laung Qairuddin Anaqi.
Senyuman pura-pura menghias wajah Amira disaat melihat Qairuddin didepan tempat dia tinggal.Amira melangkah ke arah Qairuddin.
"Abang betul-betul datang ?" Amira bertanya.
"Memang lah,takkan abang nak biarkan Amira pergi class sorang-sorang !" Qairuddin mula bermanis mulut.
"Dah lah jom !" Qairuddin berkata.
Amira berjalan bersama Qairuddin tanpa berkata apa-apa.Dia tak nak melengahkan masa lagi ! Mereka pergi universiti yang tidak jauh dari tempat tinggal Amira.Amira hanya berdiam diri,tidak berkata sepatah pun.Mungkin malu dengan kehadiran Qairuddin.
"Amira !" Qairuddin memecahkan kesunyian.
"Ye ?" Amira menjawab.
"Amira dah ada boyfriend ?" Qairuddin bertanya.
"Kenapa abang tanya ?" Amira pelik.
"Tak lah,nanti takut boyfriend Amira marah bila tengok abang dengan Amira !" Tipu Qairuddin.
"Tak apa,Amira tak ada boyfriend tapi dah bertunang !" Gurau Amira.
Reaksi Qairuddin berubah terus.Tak disangka perempuan yang dia suka dah menjadi tunang orang ! Amira ketawa melihat reaksi Qairuddin.
"Hahahah !" Amira ketawa.
"Kenapa suka ?" Qairuddin bertanya setelah melihat Amira ketawa.
Amira tidak menjawab.Amira melihat jam ditangannya.Dia baru sedar yang dia betul-betul dah lambat.
"Abang terima kasih,nanti jumpa kat kafe !" Amira berlari.
"Ish ish budak ni ! Tapi betul ke dia dah bertunang ?" Benak Qairuddin mula bertanya.
Sedang Amira berlari,dia tidak sengaja melanggar seorang yang tinggi lampai.Amira mengeluh kesakitan kerana terjatuh.
"Aduh !" Amira berkata.
"Kau buta ke ? Eh kau lagi ! Memang sial lah hidup aku,selalu jumpa kau !" Perkataan kasar itu keluar dari mulut lelaki tinggi lampai itu.
Amira bangun dan melihat siapa lelaki itu ! Alangkah terkejutnya dia apabila melihat wajah lelaki itu.
"Awak !" Amira terkejut.
"Awak apa awak ! Lain kali jalan guna mata bukan lutut !" Daiyan Mengetuk kepala Amira.
"Ah !" Hanya itu yang keluar dari mulut Amira.
"Kenapa ?" Tambah Amira.
"Kau tu yang langgar aku ! Ish memang nasib lah kau nanti !" Daiyan bersuara.
"Nasib baik aku dah lambat,kalau ada masa dah arwah kau ni !" Daiyan mengugut.
"Ikut awak lah !" Amira menjeling.
"Aku korek kan biji mata tu !" Daiyan menunding jari ke arah Amira.
Amira menjelir ke arah Daiyan tanpa rasa takut.Dia terus berlari untuk masuk ke kelas.
Daiyan menahan kemarahan.
"Siap lah kau perempuan !" Daiyan menggengam tangannya.
Share this novel