"Akhirnya sampai juga !" Kata Amira seraya memarkir keretanya.
Setelah selesai memarkir kereta,Amira bergegas keluar dari perut keretanya.Mujur dia tidak memakai kasut bertumit tinggi kalau tak memang tak boleh dia nak berlari lari.
"Aku tunggu kat sini lah !" Kata Amira sambil matanya melirik melihat jam ditangannya.
Amira masih menunggu kelibat Andika yang datang dari Indonesia.Amira menunggu dan terus menunggu sampailah muncul satu kelibat yang terukir senyuman pada wajah empunya diri.
"Andika !" Amira menjerit nama Andika.Entah kenapa dia terlebih semangat.
"Udah lama nunggunya ?" Tanya Andika setelah muncul didepan Amira.
"Saya baru sampai tadi !" Amira sengih.
"So welcome to Malaysia !" Amira mendepakan tangannya.
Andika menolak troli bagasinya.Amira berada dekat disamping Andika.Selepas keluar dari lapangan,mata Andika terbuka luas.
"Kenapa dengan mata tu ?" Amira senyum.
"Malaysia is very beautiful !" Jawab Andika yang terpesona dengan kecantikan Malaysia.
"Ofcourse ! Just like me right !" Perasan Amira.Andika menggeleng kepala sambil bibirnya tersenyum sinis.
"Dah jom !" Ajak Amira.
Andika dan Amira masuk ke dalam perut kereta.Amira memandu kerana Andika belum tahu selok belok jalan di Malaysia.
"Andika dah booking ke hotel mana yang Andika nak duduk ?" Amira menyoal.
"Udah !" Jawab Andika.
"Awak bagi location dekat saya nanti saya hantar !" Kata Amira.
"Andika nak jalan-jalan ke ?" Amira memandang wajah Andika.
"I'm tired now ! Maybe next time ?" Jawab Andika.
"Alright !" Amira senyum sahaja.
Suasana dalam kereta itu kembali sunyi.Entah kenapa Amira sedikit janggal dengan Andika meskipun dia sudah lama mengenali Andika.
"Awak dah sampai ni !" Amira mengejutkan Andika yang lena diulik mimpi.
Mungkin kerena terlalu letih Andika terlelap di dalam kereta Amira.Perlahan lahan Andika membuka kelopak matanya .
"Udah tiba ya ?" Andika menggosok gosok matanya.
"Yes Andika ! Kita dah sampai ni,awak letih sangat sampai tertidur hehe !" Tersengih Amira melihat gelagat Andika yang cukup comel.
"Jom turun check in !" Amira membuka pintu keretanya seraya melangkah keluar.
"Baiklah !" Andika turut melakukan hal yang sama dengan Amira.
Mereka masuk ke dalam hotel yang cukup mewah itu bersama-sama.Andika bukan dari keluarga yang miskin tetapi dari keluarga yang cukup berada.Cuma Andika lebih berminat untuk berdiri atas kaki sendiri.
"Hai encik !" Amira melambai ke arah pekerja yang duduk dikaunter itu.
"Ye cik,apa yang boleh saya tolong ?" Tanya pekerja itu seraya melempar senyuman manis kepada Amira.
"Saya nak check in untuk tempahan atas nama Andika Naufal !" Jawab Amira.
"Tunggu ya cik,bagi saya masa untuk periksa." Pekerja itu memeriksa data dalam komputernya.
Amira dan Andika menunggu.Mereka saling bertentang mata sejenak dan ketawa.Entah apa yang kelakar pun tak tahu.
"Why are you laughing ?" Tanya Andika.
"Nothing !" Selamba Amira.
"Cik ni kunci bilik untuk tempahan atas nama Andika Naufal !" Pekerja itu memberikan kunci bilik kepada Amira.
"Oh terima kasih eh !" Kata Amira seraya senyuman indah yang singgah di wajahnya.
Amira berpaling ke arah Andika seraya memberi kunci tersebut.Andika mengambil kunci tersebut dari tangan Amira.
"Thank you !" Andika mengenyitkan mata.
"Eleh tak tergoda eh !" Amira mencebik bibirnya ke depan.
"I should try next time !" Andika sengih sampai terlihat gigi taringnya.
"Dah lah awak masuk bilik awak and then rehat okay !" Ibu jari dan jari telunjuk digabung untuk menunjukkan isyarat okay.
"Besok kamu jemput saya ya ?" Kata Andika sebelum pergi ke biliknya.
"Ish ish mamat ni !" Amira senyum sendiri.
Amira kembali ke keretanya.Belum sempat dia membuka pintu keretanya seorang budak kecil terlanggar dia.
"Aduh !" Keluh budak itu setelah tersungkur kerana jatuh.
"Eh adik okay tak ni ?" Tanya Amira seraya duduk tersinggung dan memeriksa badan budak perempuan itu.
"Sakit !" Budak perempuan itu mengadu sambil menunjukkan tangannya yang luka kepada Amira.
"Alamak ! Jom ikut aunty !" Amira memimpin tangan budak perempuan itu.
Mereka berdua melabuhkan punggung di sebuah bangku.
"Meh aunty tengok luka kamu !" Kata Amira sambil menarik lembut tangan budak perempuan itu.
"Nama kamu siapa ?" Soal Amira.
"Tasya !" Jawab budak itu dengan nada yang sedih.Mungkin kesakitan dia masih belum reda.
"Jangan lah nangis,aunty dah tengok tadi tangan Tasya cuma luka sikit.Mana parents Tasya ?" Amira mengusap lembut kepala Tasya.
"Mama tak ada tapi papa Tasya tak tahu papa kat mana ?" Tasya mencebik bibirnya.
"Habis tu Tasya datang dengan siapa ?" Risau Amira.
"Tasya datang dengan papa tapi tadi papa kata dia nak pergi ambil barang,lepastu lama Tasya tunggu papa tak datang-datang !" Tasya mengimbas kembali.
"Tasya !" Suara garau itu melaung nama Tasya.
Mereka berdua serentak menoleh ke arah empunya suara itu.Terbeliak biji mata Amira melihat empunya suara itu.
"Zul...Zulfan ?" Tergagap Amira.
Amira sangat terkejut apabila pemilik suara itu adalah Zulfan.
"Papa !" Tasya berlari ke arah Zulfan lalu memeluk erat tubuh papanya itu.
"Tasya kenapa ni ? Asal tangan luka ni sayang ?" Bertubi-tubi soalan diajukan.
"Tasya terjatuh tapi aunty tu dah tolong Tasya !" Zulfan memandang Amira yang sudah terpaku tidak jauh dari kedudukannya.
Zulfan mendukung Tasya dan mendekati Amira.Dia sudah melemparkan senyuman yang manis dari jauh nun disana lagi.
"Buat apa datang sini ?" Tanya Zulfan.
"Saya hantar kawan dari luar negara tadi,awak pula buat apa datang sini ?" Soalan itu diajukan kembali kepada Zulfan.
"Ada kerja dekat kawasan ni !" Jawab Zulfan.
"Ni anak awak ke ? Tak tahu pun yang awak dah kahwin ?" Amira senyum melihat Tasya.
"Anak angkat saya ! Ayah kandung dia abang saya and umur dia tak panjang,so saya lah yang jadi papa dia sekarang !" Jelas Zulfan.
"Oh,kiranya dia ni anak saudara awak lah !" Amira mengangguk tanda faham.
"Angguk apa tu !" Zulfan ketawa.
"Angguk tanda faham lah !" Jawab Amira.
"Tangan dia luka tu,nanti awak sapukan ubat eh !" Amira menunjukkan tangan Tasya yang luka.
"Okey,terima kasih sebab tolong jaga dia sebentar !" Ucap Zulfan.
"Sama-sama !" Terukir senyuman pada wajah Amira.
"Jom makan saya belanja ?" Ajak Zulfan.
"Ala sorry,tak boleh lah ! Saya kena balik ni ! Next time ?" Ujar Amira.
"It's okay,bukan rezeki awak harini ! Nanti bila awak ada masa kita pergi lunch !" Kata Zulfan.
"Sure ! Bawa si kecik molek ni juga eh !" Amira mencubit pipi Tasya.
"Alaa...Kita nak dating tak boleh bawa dia !" Sakat Zulfan.
"Tak boleh kan Tasya !" Ujar Amira.
"Okey lah,saya balik dulu lah !" Kata Amira.
"Hrmm...Baiklah,nanti saya mesej balas tau !" Kata Zulfan.
"Okey bye !" Amira melambai.
Amira melangkah pergi.Dia membuka pintu keretanya lalu masuk ke dalam perut kereta itu.Amira menghidupkan enjin seraya membuka jendela keretanya untuk melihat Tasya dan Zulfan sebelum dia pergi.
"Bye aunty !" Laung Tasya.
Amira melambai-lambai ke arah Tasya.Selepas melambai Amira menaikkan semula jendela keretanya dan berlalu pergi.
Share this novel